Program Pembangunan Perusahaan Luar Bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

Objektif Skim

  • Meningkatkan bilangan pengusaha Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang;
  • Meningkatkan perusahaan yang diceburi oleh pengusaha Bumiputera luar bandar supaya lebih berdaya maju, berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai komitmen yang tinggi;
  • Menyediakan kemudahan pinjaman kepada pengusaha Bumiputera luar bandar bagi membantu memula dan meningkatkan bidang ekonomi di luar bandar;
  • Menyediakan skim pinjaman tanpa cagaran dengan kadar bayaran balik yang rendah; dan
  • Meningkatkan penglibatan pengusaha Bumiputera luar bandar dalam bidang-bidang ekonomi luar bandar yang lebih berpotensi dan berdaya maju bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dari kalangan penduduk luar bandar.

Agensi Pelaksana

  • Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad – bagi pembiayaan yang melibatkan industri pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan desa; dan
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) – bagi pembiayaan yang melibatkan industri pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan desa.
  • SME Bank

Ciri – Ciri Skim

Konsep Pembiayaan

  • Pembiayaan berlandaskan konsep Syariah (Ijarah Thummalbai, Bai’ Bithaman Ajil, Bai’ Dayn dan Al Qardhul Hassan).

Tujuan Pembiayaan

  • Pembelian mesin/peralatan yang akan membantu memajukan perniagaan/perusahaan yang diceburi;
  • Pinjaman modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah; dan
  • Pinjaman untuk mengubahsuai atau menaik taraf premis perniagaan/perusahaan.

Had Pembiayaan

  • RM20,000.00 – RM250,0000.00 (bagi pengusaha yang telah beroperasi kurang dari 3 tahun);
  • RM250,000.00 – RM500,000.00 (bagi pengusaha yang beroperasi lebih dari 3 tahun); dan
  • Pembiayaan dibenarkan sebanyak 3 kali dengan syarat :
    • Tidak melebihi had maksimum kelayakan pemohon;
    • Permohonan selepas tempoh satu tahun daripada kelulusan pinjaman pertama atau kedua;
    • Perniagaan beroperasi baik dan menunjukkan prestasi meningkat; dan
    • Pinjaman pertama dan kedua tiada tunggakan dan dibayar mengikut jadual.