FNC_0825_burned

PERUTUSAN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Assalamualaikum dan selamat datang ke laman web Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Kehidupan Norma Baru, Pasca Covid-19 pastinya menjadi satu cabaran kepada kita semua. Namun begitu, ini juga ialah peluang untuk pembaharuan yang lebih efisien dan berimpak tinggi bagi semua rakyat Malaysia khususnya warga kerja KPLB.

    Saya yakin dan percaya, pembangunan luar bandar yang mampan dan penggunaan teknologi adalah langkah yang terbaik bagi masyarakat di luar bandar demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing.

  Sehubungan itu, KPLB bersama dengan agensi-agensi di bawahnya akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mencapai matlamat ‘Luar Bandar Sejahtera’ yang semestinya diiringi dengan sistem penyampaian perkhidmatan yang mengutamakan keperluan rakyat serta mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik.

    Saya mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan melayari laman web KPLB yang memaparkan pelbagai maklumat dan insentif yang disediakan untuk dimanfaatkan sertaaktiviti-aktiviti KPLB untuk makluman dan hebahan.

Datuk Dr Abd Latiff Ahmad

MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR