PROGRAM SKIM PEMERKASAAN KEUSAHAWANAN LUAR BANDAR (SPKLB)

Pengenalan

Program Skim Pemerkasaan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB)

 
  • Sokongan Mampan:
    Menyediakan geran kepada usahawan bagi menampung kos operasi dan keperluan modal untuk mengembangkan perniagaan.
  • Peluang Pemasaran:
    Menggalakkan usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang bernilai tinggi bagi meluaskan pasaran.
Objektif program
OBJEKTIF
Kumpulan Sasar



Syarat Permohonan



Bentuk Bantuan Perniagaan
  • Pemberian geran bantuan antara RM3,000.00 sehingga RM10,000.00 sebagai sokongan kepada usahawan luar bandar bagi tujuan mengukuhkan perniagaan
7 Skop Utama Pengukuhan Keusahawanan



Skop Bantuan



Pemantauan
  • Pemantauan & Prestasi: Penerima manfaat perlu memastikan peningkatan jualan kasar sekurang-kurangnya 10% sebagai indikator keberkesanan program.
  • Pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan selama 12 bulan oleh Agensi Pelaksana yang dilantik oleh Kementerian.
Lain-Lain Syarat & Dokumen diperlukan


Hendak memohon?

Saluran Permohonan Program SPKLB

 
  • Permohonan & Rujukan Agensi:
    Usahawan luar bandar yang berminat hendaklah menghubungi agensi pelaksana berkaitan seperti
    MARA, FELCRA, RISDA, JAKOA, PERDA, KETENGAH, KEMAS, KEDA, PKPP, PPNPP, KEJORA, KESEDAR, LIGS, SLDB dan SALCRA
    bagi memaklumkan hasrat serta mendapatkan panduan lanjut untuk permohonan Program SPKLB.
Borang Permohonan

Muat Turun Borang Permohonan SPKLB

Untuk mendapatkan borang rasmi permohonan Program Skim Pemerkasaan
Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB), sila klik butang di bawah.

Garis Panduan SPKLB

Garis Panduan SPKLB

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Garis Panduan Program Skim Pemerkasaan
Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB), sila klik butang di bawah.

Senarai Parlimen Luar Bandar

Senarai Parlimen Luar Bandar

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Senarai Parlimen Luar Bandar, sila klik butang di bawah.

Alamat Perhubungan

Maklumat Perhubungan

 

Bahagian Pembangunan Usahawan Desa
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Aras 19, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

Tel: +603-8891 5635 / 5620 / 5632 / 5616

Faks: +603-8888 2341

Pengenalan
  • Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan sokongan kepada para usahawan luar bandar yang ingin mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan mereka.
  • Program ini juga dapat menyediakan peluang kepada usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan mereka bagi tujuan pemasaran yang lebih luas.
Objektif program
  • Memberikan pilihan bagi usahawan untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi mengembangkan perusahaan;
  • Menyediakan platform kepada usahawan untuk mendapatkan latihan berkaitan dengan perusahaan dan produk;
  • Membantu usahawan melalui pelaksanaan program berkaitan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka;
  • Menggalakkan usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan bagi meluaskan pasaran.
Kumpulan Sasar
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 dan ke atas;
  • Tinggal di kawasan luar bandar (beralamat di bawah parlimen luar bandar); dan
  • Memiliki perniagaan sedia ada (sekurang-kurangnya 1 tahun)
  • Terjejas akibat Covid-19
  • B40
Syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 dan ke atas;
  • Permohonan terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau Syarikat Sendirian Berhad;
  • Pemohon tidak disenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan/ KPLB;
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  • Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat berdaftar di luar bandar dengan merujuk kepada takrifan senarai Parlimen di bawah Majlis Pembangunan Luar Bandar;
  • Perniagaan perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak;
  • Mempunyai lesen berniaga iaitu kebenaran menjalankan perniagaan daripada Pihak Berkuatkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan di Luar Kawasan Seliaan oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan;
  • Memiliki premis perniagaan yang bersesuaian;
  • Jumlah pendapatan tahunan kurang RM200,000
Bentuk Bantuan Perniagaan
  • Pemberian bantuan pelaksanaan melalui kaedah geran penuh dengan nilai RM 3000.00 hingga RM 5000.00 untuk tujuan Re-Start.
7 Skop Utama Pengukuhan Keusahawanan

Perkhidmatan :

  • Projek-projek ekonomi yang memberikan perkhidmatan yang memerlukan daya kemahiran sebagai aktiviti utama projek seperti perkhidmatan jahitan, gunting rambut, kraftangan, spa dan urutan dan lain-lain.

Produk Makanan dan Minuman :

  • Projek-projek ekonomi yang menjalankan aktiviti penjualan produk seperti makanan/ minuman dan barangan sebagai aktiviti utama projek.

Pembuatan/ Perkilangan:

  • Projek-projek ekonomi yang menjalankan aktiviti penghasilan produk/ memproses bahan-bahan mentah sebagai aktiviti utama projek

Pertanian(Industri Hiliran/Teknologi)

  • Projek-projek yang meliputi aktiviti tanaman, ternakan dan perikanan. Penekanan akan diberikan kepada industri hiliran daripada produk atau aktiviti pertanian/asas tani.

ICT dan Kreatif Teknologi

  • Projek-projek ekonomi yang merangkumi aktiviti ICT dan kreatif teknologi seperti pembangunan software dan lain-lain.

Kesejahteraan (Wellness)

  • Projek-projek ekonomi yang merangkumi aktiviti kesejahteraan (wellness) seperti produk-produk asas kesihatan dan lain-lain.

Gaya Hidup (Lifestyle)

  • Projek-projek ekonomi yang merangkumi aktiviti gaya hidup seperti fesyen, sukan dan lain-lain.
Skop Bantuan
  • Pembelian atau baikpulih Mesin/Peralatan
  • Pengubahsuaian Premis Perniagaan
  • Modal Pusingan
Pemantauan
  • Penerima manfaat/ peserta perlu meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya 10% selepas menerima bantuan ini. Pemantauan akan dilakukan selama 12 bulan oleh Agensi Pelaksana yang dilantik oleh Kementerian.
Lain-Lain Syarat & Dokumen diperlukan
  • Salinan kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Salinan Penyata Kewangan (3 bulan terkini)
  • Lesen Premis
  • Kertas Kerja/Rancangan Perniagaan
  • Sebut Harga/Quotation
Hendak memohon?
  • Usahawan-usahawan luar bandar yang berminat untuk memohon hendaklah menghubungi MARA, FELCRA,RISDA,JAKOA, PERDA, KETENGAH, KEMAS, KEDA, PKPP,PPNPP,KEJORA,KESEDAR, LIGS,SLDB dan SALCRA dan memaklumkan hasrat untuk memohon SPKLB.
Borang Permohonan

Klik Di Sini untuk Muat Turun Borang Permohonan SPKLB

Alamat Perhubungan

Bahagian Pembangunan Usahawan Desa,

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,

Aras 19, Persiaran Perdana,Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62100 Putrajaya.

Tel : +603-88915635/ 5620/ 5632/ 5616

Faks: +603-88882341