JABATAN DAN AGENSI
![]() Tingkat 22, Ibu Pejabat MARA |
Mengenai MARAMARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489] dengan tujuan untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi serta sosial dalam Malaysia khususnya bagi kawasan-kawasan luar bandar. Penubuhan MARA adalah berasaskan cetusan idea dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang telah diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Melalui Kongres tersebut, resolusi supaya RIDA yang ditubuhkan pada tahun 1950 disusun semula agar badan ini menjadi pencetus perubahan dalam pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi masyarakat, berfokuskan kepada pembangunan sumber modal insan menerusi keusahawanan dan tenaga kerja. |
![]() Aras 5-9, No.47 Tel: 603-8891 2000 E-Mel: info@kemas.gov.my |
Mengenai KEMASKEMAS adalah lanjutan daripada Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada tahun 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”. Berikutan pelancaran “Dasar Ekonomi Baru” pada tahun 1970, Jabatan ini telah ditukar namanya kepada “Jabatan Kemajuan Masyarakat” dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat di luar bandar. Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkat dengan pengenalan konsep “Functional Literacy” oleh UNESCO sebagai usaha menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai strategi membangunkan masyarakat luar bandar. |
![]() Tkt. 3, 5, 20 & 20m, West Block Tel: 03-2161 0577 E-Mel: pro@jakoa.gov.my |
Mengenai JAKOAJabatan Orang Asli (JOA) ditubuhkan pada 25 Februari 1954 di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) untuk memberi perlindungan, kesejahteraan dan kemajuan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Penubuhan JOA awalnya berorientasikan keselamatan untuk memastikan masyarakat Orang Asli tidak terpengaruh dengan gerakan komunisme. Pada tahun 1963, JOA bertukar nama kepada JHEOA sehingga 2011, sebelum dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Peranan JAKOA diperluas dengan misi melaksanakan pembangunan inklusif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup serta memartabatkan warisan masyarakat Orang Asli. |
![]() Bangunan RISDA Tel: 03-4256 4022 E-Mel: webmaster@risda.gov.my |
Mengenai RISDARISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 [Akta 85]. Objektif penubuhan RISDA adalah untuk menggalakkan penanaman semula dan penanaman baharu tumbuhan getah dalam sektor pekebun kecil, membangunkan industri getah, mengawal selia industri getah dalam sektor pekebun kecil kecuali penyelidikan, dan membangunkan dasar serta pentadbiran teratur bagi sektor pekebun kecil. |
![]() Wisma FELCRA, Lot 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya Tel: 603 – 4145 5000 E-Mail: felcrabhd@felcra.com.my |
Mengenai FELCRAFELCRA Berhad sebelum ini merupakan sebuah Badan Berkanun Kerajaan dikenali sebagai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Pesekutuan atau Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority ditubuhkan pada 1 April 1966 di bawah Akta Memperbadankan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah. Bermula pada 1 September 1997, FELCRA telah dikorporatkan dan statusnya berubah daripada sebuah Badan Berkanun kepada sebuah entiti syarikat milik penuh Kerajaan berdasarkan Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran) 1997 [Akta 570]. Penggubalan akta baharu ini menjadikan FELCRA Berhad sebagai sebuah syarikat yang mengambil alih peranan FELCRA. |
![]() No. 1, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah Tel: 604-314 1100 E-Mel: webmaster@perda.icu.gov.my |
Mengenai PERDAPERDA ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983 [Akta 282] bagi memajukan kumpulan sasar PERDA dalam bidang sosioekonomi melalui pembangunan modal insan, ekonomi dan fizikal, serta peningkatan taraf hidup. PERDA beroperasi di empat daerah: Seberang Perai Utara, Tengah, Selatan, dan Barat Daya (kecuali Timur Laut). |
![]() Karung Berkunci No. 3, Tel: 609-8231 000 E-Mel: ketengah@ketengah.gov.my |
Mengenai KETENGAHKETENGAH telah ditubuhkan pada 12 April 1973 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973 [Akta 104]. KETENGAH diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. Pada 12 Jun 1993, kawasan pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan negeri Terengganu. |
Bandar Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan Tel: 609-9132200 Faks: 609-9121211 Portal Rasmi: www.kesedar.gov.my |
Mengenai KESEDARKESEDAR ditubuhkan pada 1 Mei 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 [Akta 203] bagi mengimbangi komposisi penduduk Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, mengecilkan jurang pembangunan, meningkatkan kemudahan infrastruktur dan awam, membasmi kemiskinan, serta membangunkan modal insan. KESEDAR diberi kuasa menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 1.234 juta hektar meliputi jajahan Gua Musang seluas 797,976 hektar, jajahan Kuala Krai seluas 227,690 hektar, jajahan Jeli seluas 129,680 hektar dan sebahagian jajahan Tanah Merah (Ulu Kusial dan Jedok) seluas 78,652 hektar. |
Tingkat 2-5, Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Tel: 604-7205 300 / 7205 301
E-Mel: keda@keda.com.my |
Mengenai KEDAKEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 [Akta 249] bagi mempercepat pembangunan sosioekonomi di kawasan KEDA seluas 8,297 km². KEDA bertanggungjawab dalam pembangunan sosioekonomi, pembasmian kemiskinan dan menyeimbangkan pembangunan fizikal antara bandar dan luar bandar. |
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA
Tel: 607-8843 000
E-Mel: kejora@kejora.gov.my |
Mengenai KEJORAKEJORA ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 [Akta 75]. KEJORA diberikan kuasa untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kawasan dalam negeri Johor, mewujudkan peluang pekerjaan dan mempercepat pertumbuhan ekonomi dalam wilayah KEJORA. Wilayah KEJORA terletak di dua daerah: Kota Tinggi dan Kluang, meliputi 300,277 hektar (~16% negeri Johor). |
![]() Maklumat PerhubunganTingkat 22, Ibu Pejabat MARA | Mengenai MARAMARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489] dengan tujuan untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi serta sosial dalam Malaysia khususnya bagi kawasan luar bandar. Penubuhan MARA adalah berasaskan cetusan idea dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang telah diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Melalui Kongres tersebut, resolusi supaya RIDA yang ditubuhkan pada tahun 1950 disusun semula agar badan ini menjadi pencetus perubahan dalam pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi masyarakat, berfokus kepada pembangunan modal insan menerusi keusahawanan dan tenaga kerja. |
Maklumat PerhubunganAras 5-9, No.47 | Mengenai KEMASKEMAS merupakan lanjutan daripada Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada tahun 1961 melalui Kertas Kabinet Bil.385/25/60 dengan fokus utama kepada program pembasmian buta huruf. Berikutan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970, jabatan ini ditukar namanya kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat dengan penekanan kepada pembangunan masyarakat luar bandar. Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf dipertingkatkan melalui pengenalan konsep “Functional Literacy” oleh UNESCO sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar secara lebih menyeluruh. |
Maklumat PerhubunganTingkat 3, 5, 20 & 20M, West Block | Mengenai JAKOAJabatan Orang Asli (JOA) telah ditubuhkan pada 25 Februari 1954 di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) bagi memberi perlindungan, kesejahteraan dan kemajuan kepada masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Pada peringkat awal, penubuhan JOA berorientasikan aspek keselamatan bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak terpengaruh dengan gerakan komunisme. Pada tahun 1963, JOA ditukar nama kepada JHEOA sehingga tahun 2011 sebelum dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Peranan JAKOA kini diperluas dengan misi melaksanakan pembangunan secara inklusif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi serta kualiti hidup masyarakat Orang Asli secara menyeluruh dan mampan. |
Maklumat PerhubunganBangunan RISDA | Mengenai RISDARISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 [Akta 85]. Objektif penubuhan RISDA adalah untuk:
|
Maklumat PerhubunganWisma FELCRA, Lot 4780 | Mengenai FELCRAFELCRA Berhad sebelum ini merupakan sebuah badan berkanun kerajaan yang dikenali sebagai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority), ditubuhkan pada 1 April 1966 di bawah Akta Memperbadankan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah. Bermula 1 September 1997, FELCRA telah dikorporatkan dan statusnya berubah daripada badan berkanun kepada sebuah entiti syarikat milik penuh Kerajaan berdasarkan Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran) 1997 [Akta 570]. Penggubalan akta baharu ini menjadikan FELCRA Berhad sebagai sebuah syarikat yang mengambil alih sepenuhnya peranan dan fungsi FELCRA terdahulu dalam pembangunan tanah dan peningkatan sosioekonomi luar bandar. |
Maklumat PerhubunganNo. 1, Lorong Kampung Gajah 2 | Mengenai PERDAPERDA ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983 [Akta 282] dengan tujuan memajukan kumpulan sasar dalam bidang sosioekonomi melalui pembangunan modal insan, ekonomi dan fizikal serta peningkatan taraf hidup. Secara amnya, PERDA beroperasi di empat daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Daerah Barat Daya, kecuali Daerah Timur Laut. Peranan utama PERDA adalah melaksanakan program pembangunan yang meliputi bidang hartanah, latihan kemahiran, ekonomi, pembangunan modal insan dan pelaburan. |
Maklumat PerhubunganKarung Berkunci No. 3, | Mengenai KETENGAHKETENGAH telah ditubuhkan pada 12 April 1973 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973 [Akta 104]. KETENGAH diberi kuasa untuk melaksanakan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. Pada 12 Jun 1993, kawasan pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah diwartakan melalui P.U.(B) 356. Pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah pembangunan berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira separuh daripada keluasan negeri Terengganu. |
Maklumat PerhubunganBandar Gua Musang, | Mengenai KESEDARKESEDAR ditubuhkan pada 1 Mei 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 [Akta 203] dengan tujuan mengimbangi komposisi penduduk antara Kelantan Selatan dan Kelantan Utara, mengecilkan jurang pembangunan, meningkatkan kemudahan infrastruktur serta membasmi kemiskinan melalui pembangunan modal insan dan penyusunan semula masyarakat. KESEDAR diberi kuasa menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial meliputi kawasan:
|
Maklumat PerhubunganTingkat 2–5, Bangunan Tunku | Mengenai KEDAKEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 [Akta 249] dengan tujuan mempercepat pembangunan sosioekonomi di kawasan operasi KEDA. Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,297 kilometer persegi daripada keseluruhan negeri Kedah. KEDA diberi tanggungjawab dalam pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi termasuk pembasmian kemiskinan serta menyeimbangkan pembangunan fizikal antara kawasan bandar dan luar bandar. |
Maklumat PerhubunganBangunan Ibu Pejabat KEJORA, | Mengenai KEJORAKEJORA telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 [Akta 75]. KEJORA diberikan kuasa di bawah Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 bagi mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kawasan dalam negeri Johor melalui pewujudan peluang pekerjaan dan mempercepat pertumbuhan ekonomi wilayah. Wilayah KEJORA terletak di dalam dua daerah iaitu Kota Tinggi dan Kluang meliputi kawasan seluas 300,277 hektar, iaitu kira-kira 16 peratus daripada keluasan negeri Johor (Pelan Gazet 738 bertarikh 7 Mei 1972, Seksyen 410 KTN). |

Tingkat 22, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.
Tel : 603-2613 2000 / 603-2613 2000
E-Mel : webmaster@mara.gov.my
Portal Rasmi : https://www.mara.gov.my

Aras 5-9, No.47
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 603-8891 2000 Faks : 603 – 8888 2312
E-Mel : info@kemas.gov.my
Laman Web : https://www.kemas.gov.my

Tkt. 3, 5, 20 & 20m, West Block,
Wisma Golden Eagle Realty,
142-c, Jalan Ampang,
50548 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2161 0577 / Fak : 03-2162 1470
E-Mel : pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my
Laman Web : https://www.jakoa.gov.my/

Bangunan RISDA,
Km 7, Jalan Ampang,
Karung Berkunci 11067,
50990 Kuala Lumpur.
Tel : 03-42564022 / Fak : 03-42576726
E-Mel : webmaster@risda.gov.my
Laman Web : https://www.risda.gov.my/my/

Wisma FELCRA, Lot 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
Phone : 603 – 4145 5000
Fax : 603 – 4142 8162
E-Mail : felcrabhd@felcra.com.my
Portal Rasmi : www.felcra.com.my

No. 1, Lorong Kampung Gajah 2,
Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth,
Pulau Pinang
Tel : 604-314 1100 | Faks : 604-310 3178
E-Mel : webmaster[at]perda.icu.gov.my
Portal Rasmi : https://www.perda.gov.my

Karung Berkunci No. 3
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23409, Dungun, Terengganu.
Tel : 609-8231 000 Faks : 609-8223 104 / 105 / 106
E-Mel : ketengah@ketengah.gov.my
Portal Rasmi : https://www.ketengah.gov.my

Bandar Gua Musang
18300 Gua Musang Kelantan
Tel : 609-9132200 Faks : 609-9121211
Portal Rasmi : https://www.kesedar.gov.my

Tingkat 2-5, Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195
05720 Alor Setar
Kedah.
Tel : 604-7205 300 / 7205301 Faks : 604-7340 958
E-Mel : keda@keda.com.my
Portal Rasmi : https://www.keda.gov.my

Bangunan Ibu Pejabat KEJORA
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus
81930 Bandar Penawar, Johor.
Tel : 607-8843 000 Faks : 607-8221 600
E-Mel : kejora@kejora.gov.my
Laman Web : https://www.kejora.gov.my



