YBHG. DATO’ DR. AHMAD JAILANI BIN MUHAMED YUNUS

PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Pembangunan luar bandar kini memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan prasarana dan peningkatan sosio-ekonomi komuniti setempat. Ia sejajar dengan aspirasi pentadbiran Kerajaan baharu yang memfokuskan kepada program pembangunan fizikal dan pembasmian kemiskinan. Ini penting agar kawasan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Demi merealisasikan matlamat ini, laman Web KPLB ini akan sentiasa dikemaskini dengan pelbagai bentuk pengisian, maklumat dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.

Saya meletakkan harapan yang amat besar agar laman Web ini menjadi gerbang komunikasi dan tali penghubung antara Kementerian dan kumpulan sasar untuk menambahbaik penyampaian perkhidmatan yang diamanahkan kepada KPLB supaya ia kekal relevan dan sentiasa selari dengan visi, misi dan objektif Kementerian.

‘Luar Bandar Sejahtera’

Dato' Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamad Yunus

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR