PROGRAM PEMAJUAN KAWASAN (PPK)

  1. Program Pemajuan Kawasan (PPK) merupakan program membangunkan suatu petempatan baru/menyusun semula kampung sedia ada secara terancang di kawasan luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan ameniti sosial.
  2. Pelaksanaan PPK mengikut Garis Panduan Pelaksanaan PPK.
  3. Program PPK sebelum ini dikenali melalui 3 program iaitu:(i)  Penyusunan Semula Kampung (PSK)(ii) Pusat Pertumbuhan Desa (PPD)(iii) Pembangunan Bersepadu Desa Terpencil (PROSDET)

  1. Mewujudkan petempatan baru yang lebih terancang dan teratur khususnya bagi penduduk luar bandar yang terdedah kepada ancaman bencana alam, ancaman keselamatan, ancaman kesihatan dan petempatan yang terletak di kawasan yang tidak sesuai dan aksesibiliti yang sukar.
  2. Mewujudkan petempatan baru yang lebih terancang dan teratur khususnya bagi penduduk luar bandar yang tergolong dalam golongan miskin tegar (e-kasih), miskin dan golongan berpendapatan rendah (B40).
  3. Menaiktaraf dan menyusun semula kampung sedia ada yang telah diduduki dengan penyusunan semula struktur kampung melalui penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur yang lebih baik.