PIAGAM PELANGGAN KKDW

Menyiapkan Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan Projek Ameniti Sosial (PAMS) tidak melebihi 12 bulan daripada tarikh milik tapak.

Menyiapkan Projek Bantuan Rumah (PBR) bina baru dalam tempoh 4 bulan dan baik pulih dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh milik tapak.

Memproses permohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) tidak melebihi 25 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima daripada pihak Bank.

Melaksanakan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Desa kepada MPKK yang baru dilantik

Membuat akuan terima aduan dalam tempoh 3 hari bekerja.