SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA (SPED)
- Membangunkan usahawan Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang.
- Menggalakkan penglibatan dan pembangunan usahawan Bumiputera bagi mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan serta perniagaan yang berdaya maju kepada masyarakat di luar bandar.
- Memajukan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi tinggi di luar bandar.
- Pembiayaan berlandaskan konsep Syariah (Ijarah Thummalbai, Bai’ Bithaman Ajil, Bai Murabahah dan Bai’ Dayn).
- Pembelian aset / mesin / peralatan;
- Modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah / stok;
- Pengubahsuaian atau menaik taraf premis perniagaan;
Jenis-jenis sektor perniagaan yang dibiayai mesti mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan tidak menyalahi undang-undang seperti berikut:
- Pembuatan
- Perkhidmatan
- Pertanian (Bank Rakyat sahaja)
- Pelancongan Desa
- Minimum RM20,000.00 dan tidak melebihi maksimum RM250,000.00 untuk setiap permohonan
- Tempoh pembiayaan adalah dari 3 tahun sehingga 7 tahun. (tidak termasuk Tempoh Tangguhan selama 6 bulan)
- Bayaran perkhidmatan sebanyak 3.5% setahun atas baki bulanan untuk jumlah pembiayaan.
- Rebat sebanyak 30% Geran Kerajaan daripada nilai pembiayaan pokok yang diluluskan.
- Pemberian bukan secara automatik dan hanya diberikan kepada Pelanggan SPED yang memohon, layak dan mematuhi syarat.
- Dibenarkan bagi pembiayaan SPED terkumpul yang diluluskan/dikeluarkan tidak melebihi RM250,000.00 sahaja.
- Pembiayaan tiada mempunyai tunggakan, bayaran balik mengikut tarikh ditetapkan dan tidak dijadual atau distruktur semula.
- Penerima Muqasah akan dicalonkan untuk Anugerah Usahawan Cemerlang sekiranya menunjukkan prestasi perniagaan yang meningkat selepas mendapat kelulusan pembiayaan.
- Pemohon perlu mengisi dan melengkapkan satu (1) salinan Borang Permohonan.
- Melampirkan Kertas Kerja atau Rancangan Perniagaan.
- Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat/cawangan berdaftar di luar bandar MPLB.
- Perniagaan dimiliki sepenuhnya pegangan individu 100% Bumiputera iaitu Melayu, Orang Asli dan Masyarakat Pribumi Sabah dan Sarawak yang diiktiraf oleh undang-undang.
- Berumur 18 tahun dan tidak melebihi had umur 60 tahun sewaktu permohonan.
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak.
- Mempunyai Lesen Berniaga daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan ‘Di Luar Kawasan Seliaan’ oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.
- Had pendedahan baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM500,000.00 dengan pengiraan had pendedahan dan pengecualian seperti berikut:
- Firma, Syarikat Sdn Bhd, PLT dan Koperasi – Tidak meliputi pembiayaan di atas nama pengarah/pemegang saham.
- Pengecualian untuk pembiayaan SPED sedia ada dan Premis Perniagaan sahaja.
- Semakan laporan kredit Bank Negara iaitu Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang tiada tunggakan dan sekiranya ada, resit bayaran perlu dilampirkan.
- Pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan.
- Mengemukakan Laporan Kewangan Beraudit atau Pengurusan bagi Firma / Syarikat Sdn Bhd / PLT / Koperasi mengikut tahun beroperasi (minimum 1 tahun).
- Mengemukakan Penyata Bank firma/syarikat untuk tempoh 6 bulan terkini.
- Melampirkan salinan bagi Perjanjian Sewa Premis dan/atau Surat Kebenaran Menduduki yang dimatikan setem atau Geran Tanah. Walau bagaimanapun, ‘Sublet’ (sewa atas sewa) bagi sesebuah premis perniagaan adalah tidak dibenarkan.
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa untuk firma perseorangan atau salah seorang bagi firma perkongsian, Sdn Bhd, PLT dan Koperasi.
- Lain-lain dokumen berkaitan yang diperlukan bagi penilaian kredit dan kemampuan bayaran balik Pelanggan.
JUMLAH PEMBIAYAAN (RM) | KADAR BAYARAN TEMPOH TANGGUHAN 6 Bulan (RM) | KADAR BAYARAN 1 – 60 Bulan / 1 – 5 Tahun |
20,000.00 | 63.00 | 378.00 |
50,000.00 | 157.00 | 944.00 |
70,000.00 | 219.00 | 1,321.00 |
100,000.00 | 313.00 | 1,888.00 |
150,000.00 | 469.00 | 2,831.00 |
170,000.00 | 532.00 | 3,209.00 |
200,000.00 | 625.00 | 3775.00 |
250,000.00 | 782.00 | 4718.00 |
*Nota: Jadual bayaran ansuran adalah anggaran dan tidak termasuk kos yuran guaman
- Mesin/peralatan yang dibiayai diberi berdasarkan perjanjian dan mesin/peralatan akan menjadi cagaran kepada peminjam.
- Peminjam dikehendaki mengambil polisi insurans ke atas mesin/peralatan bagi sepanjang tempoh pembiayaan; dan
- Bagi pembiayaan bukan mesin, syarat mengambil polisi insurans akan ditentukan mengikut keperluan seperti insurans nyawa.
- Agensi Pelaksana akan mengenakan pembayaran cukai setem atas Surat Perjanjian atau dokumen lain dan bayaran guaman yang berkaitan berdasarkan kadar yang standard dan munasabah; dan
- Syarat-syarat tambahan lain yang dikenakan dari semasa ke semasa.
Agensi Pelaksana akan mengeluarkan pembiayaan setelah peraturan-peraturan dan syarat-syarat berikut dipatuhi:
- Menyempurnakan Surat Perjanjian Pinjaman ;
- Mengemukakan invois-invois pembelian dan sebagainya yang sah dibuat atas nama bank ;
- Menerima tawaran beserta syarat-syarat dan peraturan dinyatakan di dalam seperti mana yang Surat Tawaran ;
- Mengesah penerimaan mesin/peralatan melalui dokumen Certificate of Acceptance and Satisfaction ;
- Mengemukakan nota/polisi insurans Comprehensive/ All Risk ;
- Mengemukakan bayaran guaman dan kos yang berkaitan di dalam penyediaan, pendaftaran, duti stem dan perbelanjaan lain ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan; dan
- Mematuhi lain-lain syarat kelulusan.
Permohonan diproses melalui 2 peringkat Jawatankuasa :
- Peringkat Penilaian Kredit – diurus setiakan oleh Bank; dan
- Jawatankuasa SPED – diurus setiakan oleh Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)
- Menggunakan Borang Permohonan SPED yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat/ Cawangan Bank Pelaksana atau di KKDW.
- Panduan bagi mengisi borang dan penyediaan kertas kerja disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.
- Borang Permohonan beserta kertas kerja dan dokumen-dokumen berkaitan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Agensi Pelaksana iaitu Bank untuk penilaian teknikal pengurusan, pemasaran, kewangan dan daya maju projek.
- Sekiranya permohonan tidak lengkap, satu tempoh 30 hari akan diberikan untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Selepas tempoh tersebut, permohonan tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berminat.
- Permohonan yang dilulus akan dimaklumkan oleh Agensi Pelaksana.
- Permohonan yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pembiayaan dengan Agensi Pelaksana.
- Pengeluaran wang pembiayaan dibayar terus oleh Bank kepada senarai pembekal-pembekal.
Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)
Bahagian Pembagunan Usahawan Desa
Aras 19, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
Tel : +603-88915602 Faks : +603-8888 2341
BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BKRM)
Perbankan Korporat Kerajaan/Syarikat Berkaitan Kerajaan
Tingkat 25, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur
Tel : +603-22024500 ext:8975 Faks : +603-2272 2307
SMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD (SME BANK)
Program Financing, Tingkat 20, Menara SME Bank, Jalan Sultan Ismail, 50774 Kuala Lumpur.
Tel : +603-26152020 Faks : +603-26932512
RURAL CAPITAL BERHAD
Tingkat 8, Menara RKT, No 36, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
Tel : +603-26910869 Faks : +63 2691 0210
Paparan terbaik menggunakan browser Google Chrome atau Mozila Firefox versi terkini dengan skrin beresolusi 1280 x 1024 piksel | 2020 © Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah
Jumlah Pelawat : 2,150,511