DATA TERBUKA SEKTOR AWAM

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DATASET

Definisi Data Terbuka

Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat dan agensi Sektor Awam atau Swasta.

Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan e-Kerajaan. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kerjasama agensi-agensi di bawah KKDW telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut sila layari : www.data.gov.my

PEMAKLUMAN

Penyelarasan set data terbuka yang baharu masih dalam tindakan pengemaskinian di antara pihak Data Terbuka Sektor Awam dan KKDW. 

Set data baharu ini akan dipaparkan sebaik sahaja penyelarasan di antara kedua pihak selesai dilaksanakan.

Sekian terima kasih.