|
|
|
|
|
|
|
|
Program Jalan Luar Bandar (JALB) [Program Jalan Luar Bandar (JALB)] [Skop Dan Komponen Projek] [Strategi Pelaksanaan] [Geometri Jalan] Latarbelakang - JALB telah dilancarkan pada tahun 1977 melalui Accelerated Rural Road Programme (ARRP ) dengan tujuan asalnya untuk mempercepat dan memperbanyakkan pembinaan jalan bagi menyediakan sistem pengangkutan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar . Justeru itu jalan-jalan yang dibina ketika itu kebanyakkannya bertaraf jalan laterite yang bertujuan memberi accessibility sahaja.
- Program JALB telah dilaksanakan selaras dengan kenyataan dasar iaitu "untuk memperbaiki dan memperluaskan sistem pengangkutan diluar bandar" di samping usaha yang berterusan kearah mempertingkatkan liputan dan memperbaiki rangkaian sistem jalan raya di kawasan luar bandar.
- Dalam hubungan ini , jalan luar bandar akan dibina mengikut rekabentuk, permukaan dan standard geometric yang lebih tinggi bagi memastikan tempoh boleh guna yang lebih lama dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah, manakala jalan raya yang sedia ada akan dinaik taraf kepada standard yang sama . Standard yang lebih tinggi ini juga akan menggalakkan aktiviti industri baru di kawasan luar bandar misalnya dapat memudahkan pergerakkan kenderaan komersial dan kenderaan berat dan seterusnya mempercepatkan pembangunan luar bandar.
- JALB merupakan projek jalan negeri yang dibiayai oleh peruntukan Persekutuan. Oleh kerana jalan tersebut dibina mengikut piawai JKR, iaitu R1, R2, dan R3 ianya layak mendapat peruntukan penyenggaraan dari kerajaan persekutuan setelah di daftar di bawah system MARRIS (MALAYSIA ROAD REGISTERATION INFORMATION SYSTEM ).
Program jalan akan memberi tumpuan kepada : - Pembinaan jalan-jalan bagi menyokong pembangunan ekonomi dalam sektor perkembangan pertanian, perladangan, perindustrian, perkilangan , pelancongan dan perusahaan perkhimatan terutama sekali di kawasan dan daerah mundur dan terpencil di seluruh negara termasuk PPD / RGC.
- Pembinaan jalan-jalan bagi menwujudkan dan melengkapkan sistem rangkaian jalan yang menghubungkan kawasan-kawasan pembangunan di dalam sesuatu negeri dan seterusnya dan negeri-negeri di sebelahnya. Ini termasuk menyambung jalan-jalan yang terputus supaya lebih functional dan dapat dioptimumkan oleh penduduk-penduduk di luar bandar.
- Pembinaan/naik taraf jalan yang mampu menampung pengangkutan hasil-hasil keluaran pertanian dan ladang-ladang yang dimajukan dalam halacara baru, umpamanya PJK yang telah menjadi laluan penting boleh dinaik taraf ke JALB.
- Sebagai jalan perhubungan untuk tujuan memberi kemudahan perhubungan yang lebih baik sebagai alternatif kepada jalan-jalan yang sedia ada atau jalan sungai disamping dapat menghubungkan kampung-kampung/penempatan (remote settlements) dengan pekan terdekat.
- Sebagai pemangkin (catalyst) kepada pembangunan sosio-ekonomi kawasan terpencil di mana hasil keluaran setempat dapat dikeluarkan dengan lebih mudah, cepat dan lebih ekonomik. Disamping itu, ia juga akan memberikan limpahan dari segi ekonomi dengan kewujudan peluang-peluang pekerjaan di pekan-pekan kecil untuk mesyarakat luar bandar.
- Memberi sumbangan kepada usaha-usaha pemulihan ekonomi negara khususnya melalui new tracts of development melaui perancangan pelan pembangunan komprehensif di kawasan-kawasan luar bandar.
- Penyediaan keperluan asas infrastruktur seperti pengangkutan dan perhubungan yang menyeluruh, seimbang dan berkesan adalah amat penting dalam mewujudkan kesejahteraan dan mencapai matlamat pembangunan negara.
- Keutamaan pemilihan jalan di bawah Program JALB adalah berpandukan kriteria yang telah diberi oleh Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara seperti berikut:
- Kepadatan penduduk sekilometer jalan.
- Peratus kebun – kebun kecil yang bertanam sejauh 2.5 km dikiri kanan jalan berbanding dengan kawasan perladangan.
- Kos pembinaan sekilometer.
| Program Jalan Luar Bandar (JALB) [Program Jalan Luar Bandar (JALB)] [Skop Dan Komponen Projek] [Strategi Pelaksanaan] [Geometri Jalan] Latarbelakang - JALB telah dilancarkan pada tahun 1977 melalui Accelerated Rural Road Programme (ARRP ) dengan tujuan asalnya untuk mempercepat dan memperbanyakkan pembinaan jalan bagi menyediakan sistem pengangkutan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar . Justeru itu jalan-jalan yang dibina ketika itu kebanyakkannya bertaraf jalan laterite yang bertujuan memberi accessibility sahaja.
- Program JALB telah dilaksanakan selaras dengan kenyataan dasar iaitu "untuk memperbaiki dan memperluaskan sistem pengangkutan diluar bandar" di samping usaha yang berterusan kearah mempertingkatkan liputan dan memperbaiki rangkaian sistem jalan raya di kawasan luar bandar.
- Dalam hubungan ini , jalan luar bandar akan dibina mengikut rekabentuk, permukaan dan standard geometric yang lebih tinggi bagi memastikan tempoh boleh guna yang lebih lama dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah, manakala jalan raya yang sedia ada akan dinaik taraf kepada standard yang sama . Standard yang lebih tinggi ini juga akan menggalakkan aktiviti industri baru di kawasan luar bandar misalnya dapat memudahkan pergerakkan kenderaan komersial dan kenderaan berat dan seterusnya mempercepatkan pembangunan luar bandar.
- JALB merupakan projek jalan negeri yang dibiayai oleh peruntukan Persekutuan. Oleh kerana jalan tersebut dibina mengikut piawai JKR, iaitu R1, R2, dan R3 ianya layak mendapat peruntukan penyenggaraan dari kerajaan persekutuan setelah di daftar di bawah system MARRIS (MALAYSIA ROAD REGISTERATION INFORMATION SYSTEM ).
Program jalan akan memberi tumpuan kepada : - Pembinaan jalan-jalan bagi menyokong pembangunan ekonomi dalam sektor perkembangan pertanian, perladangan, perindustrian, perkilangan , pelancongan dan perusahaan perkhimatan terutama sekali di kawasan dan daerah mundur dan terpencil di seluruh negara termasuk PPD / RGC.
- Pembinaan jalan-jalan bagi menwujudkan dan melengkapkan sistem rangkaian jalan yang menghubungkan kawasan-kawasan pembangunan di dalam sesuatu negeri dan seterusnya dan negeri-negeri di sebelahnya. Ini termasuk menyambung jalan-jalan yang terputus supaya lebih functional dan dapat dioptimumkan oleh penduduk-penduduk di luar bandar.
- Pembinaan/naik taraf jalan yang mampu menampung pengangkutan hasil-hasil keluaran pertanian dan ladang-ladang yang dimajukan dalam halacara baru, umpamanya PJK yang telah menjadi laluan penting boleh dinaik taraf ke JALB.
- Sebagai jalan perhubungan untuk tujuan memberi kemudahan perhubungan yang lebih baik sebagai alternatif kepada jalan-jalan yang sedia ada atau jalan sungai disamping dapat menghubungkan kampung-kampung/penempatan (remote settlements) dengan pekan terdekat.
- Sebagai pemangkin (catalyst) kepada pembangunan sosio-ekonomi kawasan terpencil di mana hasil keluaran setempat dapat dikeluarkan dengan lebih mudah, cepat dan lebih ekonomik. Disamping itu, ia juga akan memberikan limpahan dari segi ekonomi dengan kewujudan peluang-peluang pekerjaan di pekan-pekan kecil untuk mesyarakat luar bandar.
- Memberi sumbangan kepada usaha-usaha pemulihan ekonomi negara khususnya melalui new tracts of development melaui perancangan pelan pembangunan komprehensif di kawasan-kawasan luar bandar.
- Penyediaan keperluan asas infrastruktur seperti pengangkutan dan perhubungan yang menyeluruh, seimbang dan berkesan adalah amat penting dalam mewujudkan kesejahteraan dan mencapai matlamat pembangunan negara.
- Keutamaan pemilihan jalan di bawah Program JALB adalah berpandukan kriteria yang telah diberi oleh Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara seperti berikut:
- Kepadatan penduduk sekilometer jalan.
- Peratus kebun – kebun kecil yang bertanam sejauh 2.5 km dikiri kanan jalan berbanding dengan kawasan perladangan.
- Kos pembinaan sekilometer.
| Skop Dan Komponen Projek [Program Jalan Luar Bandar (JALB)] [Skop Dan Komponen Projek] [Strategi Pelaksanaan] [Geometri Jalan] - Program JALB meliputi pembinaan jalan baru dan menaikkan taraf jalan termasuk jalan negeri yang akan menjadi sebahagian daripada rangkaian Jalan Negara (national road network).
- Kompenan projek terdiri daripada kajian kesesuaian (feasibility study), rekabentuk , pengambilan balik tanah (PBT), pembinaan termasuk semua kerja-kerja yang berkaitan seperti jambatan, jalan pembentung, sistem saliran/longkang, pembaikan cerun , turfing dan kerja-kerja yang bersangkutan dengannya dan pewujudan satu pengkalan data inventori projek-projek jalan yang telah dan akan dibina/naik taraf .
Program JALB TIDAK Meliputi : - Jalan dalam kawasan rancangan penempatan atau kawasan pembangunan seperti rancangan-rancangan dibawah Tadbir Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah/Tanah dan kawasan pembangunan perindustrian.
- Jalan-jalan dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan.
- Jalan-jalan negeri yang menyambung/menuju ke pelabuhan/lapangan terbang.
| | Strategi Pelaksanaan [Program Jalan Luar Bandar (JALB)] [Skop Dan Komponen Projek] [Strategi Pelaksanaan] [Geometri Jalan] | - Falsafah dan strategi Baru Pembangunan Luar Bandar.
Selaras dengan tuntutan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar untuk menyediakan infrastruktur yang berkualiti yang dapat menggerakkan aktiviti ekonomi mampan dan transformasi kedua pembangunan luar bandar, KKLW akan terus berusaha menyediakan jalan perhubungan di semua kawasan luar bandar termasuk dalam kawasan Pembangunan Lembaga Kemajuan Wilayah/Lembaga Kemajuan Tanah (LKW/LKT) Bagi menyambung ke kawasan kampung-kampung tradisional, Pusat Pertubuhan Desa serta kawasan pembangunan pertanian/perindustrian . - Memperkemaskan 'Delivery System'.
Memperkemas dan mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan projek melalui kaedah “pelaksanaan yang lebih cepat dan ringkas seperti rekabentuk dan bina, kontrak turnkey dan tender terhad secara pakej 'Delivery system' yang mantap dan cekap serta berkesan sangat penting untuk memastikan projek dapat dibina dan disiapkan dengan cepat dan sempurna . Fokus pembangunan Jalan Luar Bandar adalah kepada penyediaan jajaran-jajaran baru (new life line) kepada kawasan-kawasan / daerah-daerah terpencil / terpinggir dan mundur yang berpotensi untuk di majukan sebagai kawasan pertanian komersial berskala besar. Antaranya termasuklah kawasan sepanjang Sg. Tembeling, Jerantut menghala ke Pasir Raja, Terengganu, sepanjang koridor Timur Sg. Perak (dari Sg. Plus / Pulau Kemiri / Kg Chepor / Kg Beng menghala ke utara sehingga Tasik Temenggor), kawasan Utara Laut Matang Selama (Perak) dan daerah kulim Bandar Baru, daerah sik dan baling (Kedah) , Pendalaman Setiu / Besut di Terengganu dan kawasan – kawasan RGC di Sarawak. - Meningkatkan Sistem Pengesanan & Pelaporan Pelaksanaan PMS
Meningkatkan usaha-usaha pemantauan terhadap pelaksanaan projek melalui mesyuarat penyelarasan yang lebih kerap dan berkala , lawatan ke tapak projek dan menghadiri mesyuarat tapak bagi projek-projek bermasalah (secara terpilih). Di samping itu dengan pelaksanaan Sistem Pemantauan Projek (PMS) yang di perkenalkan mulai tahun 2001 melalui , pengemaskinian maklumat secara berkala , akan lebih sistematik . Susulan secara berterusan ke atas laporan-laporan daripada agensi pelaksana dan mendapatkan maklumbalas terperinci mengenai status kewangan dan fizikal projek akan juga di buat secara berterusan . - Menambah Bilangan Agensi Pelaksana.
Di samping menggunapakai jaringan (networking) dengan agensi pelaksana yang sedia ada seperti JKR dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), KKLW juga akan mengoptimumkan penggunaan agensi-agensi di bawah Kementerian seperti FELCRA, RISDA, KETENGAH, KESEDAR untuk melaksanakan projek-projek JALB secara lebih meluas . Perkara ini perlu dibuat memandangkan keupayaan JKR adalah terhad kerana JKR juga terlibat didalam melaksanakan projek-projek Kementerian dan Agensi lain selain KKLW. - Mengambilkira Aspek Pemeliharaan & Pemuliharaan Alam Sekitar Di Dalam Pelaksanaan Projek.
Pelaksanaan projek JALB mengambilkira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Untuk itu dimana yang sesuai KKLW akan mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi seperti jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhilitan dan melantik perundingan bagi meminimunkam kesan alam sekitar disebabkan oleh pelaksanaan projek . Di samping itu, KKLW juga akan mengambil pendekatan environmental friendly di mana projek-projek JALB akan dilaksanakan dengan lebih cermat agar kesannya terhadap alam sekitar dapat dikurangkan . Garis Panduan Pelaksanaan - Garis panduan ini dibahagi kepada dua bahagian :
- Geometri Jalan
- Perkara asas yang ingin dinyatakan didalam garis panduan ini ialah untuk mengadakan jalan diluar bandar yang selesa dan selamat serta tahan untuk jangka masa yang tertentu sesuai dengan kegunaan seperti yang dijangkakan.
- Garis panduan ini menyatakan nilai-nilai dan ukuran yang minima untuk sesuatu ketegori jalan. Usaha-usaha harus dibuat untuk mendapatkan nilai yang setinggi bersesuaian dengan kos.
- Sebelum jalan-jalan ini direka bentuk, adalah amat perlu untuk perancangan dan reka bentuk yang terlibat mengenal pasti dan membuat unjuran tentang penggunaan dan bebanan jalan yang sedia ada yang dijangkakan.
- Sekiranya berlaku kekurangan kewangan, bagi jalan-jalan baru, kekurangan harus dilakukan bagi kompenan-kompenan yang tidak melibatkan geometri jalan. Misalnya, lebar permukaan jalan boleh ditambah pada bila-bila masa, apabila kewangan mengizinkan, sekiranya pembetukan jalan mempunyai kelebaran yang sesuai. Jajaran jalan yang buruk contohnya rezab yang sempit atau gradien yang terlalu curam apabila telah siap dilaksanakan adalah terlalu sukar dan mahal untuk diperbetulkan dan kebiasaannya memerlukan jajaran yang baru untuk membetulkan kesilapan yang terdahulu.
- Jalan-jalan di luar bandar harus di rancang untuk Jangkahayat 20 tahun dengan penyenggaraan yang teratur setiap tahun . Bergantung kepada kegunaan dan trafik, baik pulih permukaan (overlay) diadakan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun selepas pembinaan.
- Kajian kekuatan tanah (soil stabilization test) perlu di buat bagi menentukan kekukuhan dan kestabilan jalan yang akan di bina.
- Seboleh-bolehnya kerja kerat / tambun tanah hendaklah dibuat secara paling minima sejajar dengan kategori jalan. Ini adalah untuk mengurangkan kos keseluruhan dan untuk tidak menjejaskan alam sekitar terutamanya bagi kawasan-kawasan pelancongan dimana keadaan rupabumi harus dipelihara. Dalam hal ini, adalah lebih baik jalan dibina mengikut lereng atau kontor bumi, dimana munasabah.
- Saliran dan pembentong hendaklah diadakan secukupnya kerana banyak kes-kes kerosakan jalan berlaku berpunca daripada masalah air.
- Bagi kawasan diluar bandar yang ada aktiviti komersial dan industri, rezab jalan hendaklah di lebihkan dan gradien jalan hendaklah tidak melebihi 6% sekiranya panjang gradien tidak melebihi 200m. Sebaliknya tambahan lorong untuk pendakian / penurunan hendaklah diadakan.
- Lanskap hendaklah diadakan di mana munasabah, umpamanya tempat-tempat rekreasi dan pelancongan , jalan hala ke pusat-pusat pertumbuhan dan kediaman dan sebagainya.
| | Geometri Jalan [Program Jalan Luar Bandar (JALB)] [Skop Dan Komponen Projek] [Strategi Pelaksanaan] [Geometri Jalan] | - Geometri jalan bagi jalan-jalan luar bandar dibawah pembiayaian KKLW menggunapakai piawai yang dikeluarkan oleh JKR seperti di Jadual 1.
- Bagi jalan-jalan yang tidak dapat memenuhi piawai di atas, di cadangkan mematuhi Jadual 2.
- Rezab yang sah adalah satu syarat untuk melayakkan penerimaan geran penyenggaraan.
- Jalan-jalan didalam ladang yang tidak diturap (jalan tanah ) yang mana berkemungkinan akan menjadi jalan pembangunan dimasa hadapan dicadangkan mematuhi Jadual 2 .
- Sekiranya perlu menjimatkan kegunaan tanah atas sebab-sebab tertentu, dicadangkan supaya Jadual 3 di patuhi (Jalan Sub-Stardand).
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|