OBJEKTIF PROGRAM PEMAJUAN KAWASAN (PPK)

  1. Mewujudkan penempatan baru yang lebih terancang dan teratur khususnya bagi penduduk kampung yang terdedah kepada ancaman bencana alam, ancaman keselamatan, ancaman kesihatan, dan petempatan yang terletak di kawasan yang tidak sesuai dan aksessibiliti yang sukar.
  2. Menyusun semula kampung atau menaik taraf kampung-kampung tradisi melalui penyusunan semula struktur kampung dan penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur yang lebih baik bagi tujuan peningkatan taraf hidup penduduk.
  3. Meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar melalui penempatan baru yang lebih terancang dan serba lengkap dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur serta ameniti sosial yang bersesuaian.

KUMPULAN SASAR

  1. Berada bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  2. Berdaftar dalam Pangkalan Data e-Kasih.
  3. Mangsa terdedah kepada ancaman keselamatan dan bencana alam seperti banjir, hakisan sungai / pantai, tanah runtuh, dsb.
  4. Peserta penempatan semula kampung seperti golongan orang asli, nelayan dsb.

JENIS PEMBANGUNAN

JENIS PEMBANGUNAN 1

  • Penyediaan tapak
  • Kerja tanah

 

JENIS PEMBANGUNAN 2

  • Penyediaan tapak,
  • Kerja tanah,
  • Infrastruktur asas

 

JENIS PEMBANGUNAN 3 (LENGKAP)

  • Penyediaan Tapak
  • Kerja tanah
  • Infrastruktur Asas
  • Rumah PBR
  • Ameniti Sosial
  • Bekalan Elektrik
  • Bekalan Air
  • Prasarana perniagaan