Program Makanan Tambahan Seimbang

 

Konsep

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan anak-anak kumpulan sasar yang berumur 12 tahun ke bawah dan bersekolah menikmati pakej makanan tambahan yang seimbang dan berkhasiat. Matlamat program ini ialah untuk membantu pertumbuhan fizikal dan keupayaan belajar anak-anak kumpulan sasar yang bersekolah.

Kumpulan Sasar

Golongan miskin tegar terutamanya Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ibu Tunggal (IT) dan KIR kurang upaya yang mempunyai Ahli Isi Rumah (AIR) berumur 12 tahun ke bawah dan bersekolah.

Komponen Dan Kadar Bantuan

Setiap penerima bantuan akan diberi 5 pakej bakul makanan tambahan setahun dan disediakan mengikut nasihat Kementerian Kesihatan. Harga maksimum satu bakul makanan mengikut kawasan yang ditetapkan seperti berikut:

Kawasan

Harga Sebakul (RM)

Semenanjung Malaysia

110.00

Sarawak

125.00

Sabah & W.P Labuan

130.00

Pakej A


Bil

Kandungan Bakul

Kuantiti Untuk Satu Bungkusan (Kotak)

1

Bijirin: Cornflakes

1 paket

2

Cucur Segera: Bilis

2 paket

3

Kismis

2 paket

4

Susu Tepung Penuh Krim

1 Kg

5

Multivitamin

60 biji

6

Biskut: Tiger Susu

2 paket

7

Biskut: Chipsmore

2 paket

8

Milo

1 paket besar

9

Keropok Ikan (mentah)

1 paket besar

Pakej B


Bil

Kandungan Bakul

Kuantiti Untuk Satu Bungkusan (Kotak)

1

Bijirin: Koko Crunch

1 paket

2

Cucur Segera: Udang

2 paket

3

Kismis

2 paket

4

Susu Tepung Penuh Krim

1 Kg

5

Multivitamin

60 biji

6

Biskut: Marie

2 paket

7

Biskut: Oreo

2 paket

8

Ovaltine

1 paket besar

9

Keropok Ikan (mentah)

1 paket besar

Pakej C


Bil

Kandungan Bakul

Kuantiti Untuk Satu Bungkusan (Kotak)

1

Bijirin: Nestum

1 paket

2

Cucur Segera: Lemak Manis

2 paket

3

Kismis

2 paket

4

Susu Tepung Penuh Krim

1 Kg

5

Multivitamin

60 biji

6

Biskut: Wheatmeal

2 paket

7

Biskut: Teddy Bear

2 paket

8

Horlicks

1 paket besar

9

Keropok Ikan (mentah)

1 paket besar

Kaedah Pelaksanaan

Program akan dilaksanakan melalui Ibu Pejabat KEMAS kerjasama KEMAS Negeri-negeri meliputi perolehan, pengagihan bantuan dan mengenalpasti bakal penerima bantuan. Bakal-bakal penerima bantuan dikenalpasti melalui syarat berikut:

  • Mempunyai anak berumur 12 tahun ke bawah dan bersekolah; dan
  • Ketua Isi Rumah (KIR)/ ibu tunggal (IT) miskin tegar yang berdaftar dengan Sistem Maklumat KIR Miskin Tegar - Sistem SPKR.