Latar Belakang

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 27 Jun 2018 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) agar JKKK distrukturkan semula bagi memastikan ianya akan menjadi institusi yang lebih efektif dan efisien di dalam pembangunan kampung. Antara penstrukturan semula yang terlibat adalah seperti nama baharu JKKK kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), kuasa perlantikan oleh pihak Kerajaan Negeri, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita dan penetapan kadar baharu elaun.

Fungsi Utama MPKK

Fungsi utama MPKK adalah membuat perancangan dan pelaksanaan projek/ program di kampung disamping menggerakkan penglibatan komuniti setempat. MPKK juga adalah merupakan perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak-pihak yang berkuasa dan berkaitan terhadap sesuatu isu yang timbul.

Pihak Berkuasa Melantik

Halaman ini sedang dikemaskini

Syarat-Syarat Umum Pelantikan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 21 hingga 68 tahun semasa tarikh pelantikan;
  3. Bermastautin di kampung berkenaan;
  4. Tahap pendidikan sekurang-kurangnya PMR / SRP / LCE atau setaraf;
  5. Tidak muflis;
  6. Tiada rekod jenayah;
  7. Bebas daripada penyalahgunaan dadah;
  8. Sihat mental dan fizikal;
  9. Mempunyai aliran pemikiran dan daya kepimpinan yang diterima masyarakat dan pemimpin setempat;
  10. Mengamalkan nilai integriti dan kepimpinan berwibawa;
  11. Keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita; dan
  12. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Pihak berkuasa Melantik.

Bilangan Perjawatan MPKK

Halaman ini sedang dikemaskini

Tatacara Pengurusan MPKK

Halaman ini sedang dikemaskini