Profil Perkhidmatan

Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti

Nama : Puan Nor Hasnah binti Badroddin
E-mel : hasnah[at]rurallink[dot]gov[dot]my
No. Telefon : 03 – 8891 2080
No. Faks : 03 – 8888 2325

Objektif

  • Merancang, menyelaras dan menggubal dasar-dasar berkaitan kelestarian ekonomi komuniti luar bandar selaras dengan dasar dan hala tuju Kerajaan.
  • Memastikan program-program yang dirancang mencapai objektif yang ditetapkan serta dilaksanakan secara telus, cekap dan teratur.

Fungsi

UNIT A – INTERNET DESA DAN E-DAGANG

  1. Merancang, membangun dan melaksana dasar serta strategi pelaksanaan program/aktiviti bagi menaiktaraf capaian internet di luar bandar.
  2. Merancang, membangun dan menyediakan dasar serta strategi pelaksanaan program pemasaran e-dagang untuk usahawan luar bandar.
  3. Merancang, membangun dan menyediakan aktiviti berkaitan belanjawan serta peruntukan bagi program/aktiviti pemasaran e-dagang untuk usahawan luar bandar.
  4. Memantau dan menyediakan laporan status pelaksanaan program pemasaran e-dagang luar bandar dan program/aktiviti naiktaraf capaian internet luar bandar.
  5. Merancang, menyelaras dan mengadakan kerjasama strategik bersama kementerian/ jabatan/ agensi/ syarikat/ NGO yang berkaitan untuk menaiktaraf/ akses capaian internet luar bandar.

 

UNIT B – PUSAT KOMUNITI DESA

  1. Merancang serta menyelaras inisiatif PKD seluruh negara.
  2. Menyediakan serta mengemaskini laporan pencapaian PKD.
  3. Menyelaras dan mengurus urusan pelantikan, penilaian prestasi dan program latihan Pengurus PKD
  4. Merancang dan menyelaras program serta latihan kemahiran teknikal jangka pendek komuniti luar bandar;
  5. Mengurus hal-hal pembangunan PKD dan penyelenggaraan infrastruktur PKD
  6. Menyelaras perjawatan, pentadbiran, kewangan dan aset PKD
  7. Mengadakan kerjasama strategik bersama agensi-agensi lain serta NGO yang berkaitan untuk pembangunan komuniti di kawasan PKD.

 

UNIT C – DESA LESTARI

  1. Merancang dan menyediakan dasar dan strategi pelaksanaan mengenai program pembangunan ekonomi komuniti
  2. Merancang dan menyediakan dasar, belanjawan dan strategi pelaksanaan Program Desa Lestari (PDL)
  3. Menyelaras, merancang dan melaksanakan aktiviti penilaian bagi pemilihan kampung untuk disenarai di dalam PDL
  4. Merancang, menyelaras dan memastikan pelaksanaan PDL sebagaimana mekanisme yang ditetapkan
  5. Merancang dan melaksanakan program pembangunan dan aktiviti sokongan PDL
  6. Merancang dan menyelaras urusan kewangan bagi projek-projek PDL
  7. Memantau dan melapor pelaksanaan projek-projek PDL
  8. Merancang, menyelaras dan melaksanakan verifikasi, tindakan inspektorat dan penilaian outcome bagi projek-projek PDL.