Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah

Profil Perkhidmatan

Setiausaha Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah

Nama : Encik Muhamed bin Mat Yaakob
E-mel : muhamedmy[at]rurallink[dot]gov[dot]my
No. Telefon : 03 – 8891 2181
No. Faks : 03 – 8888 2334

Objektif

  • Menjadikan agensi LKW sebagai agensi pembangunan wilayah yang unggul.
  • Menjadikan agensi LKT sebagai agensi pembangunan tanah, pertanian dan pekebun kecil yang terbaik.
  • Mewujudkan pembangunan wilayah dan kawasan yang seimbang dengan penglibatan agensi LKW dan agensi-agensi pelaksana di bawah KPLB.

Fungsi

CAWANGAN PEMAJUAN TANAH (T)

  1. Mengawal selia LKT dan menyelaras perancangan dasar serta strategi pembangunan tanah;
  2. Menyelaras perancangan program/projek pembangunan LKT;
  3. Bertindak sebagai liaison, mediator, pemudahcara bagi pihak LKT dan agensi-agensi pelaksana dengan pihak lain;
  4. Memantau pelaksanaan program/projek pembangunan oleh LKT; dan
  5. Menilai keberkesanan dan prestasi program pembangunan tanah yang telah dilaksanakan.

CAWANGAN PEMAJUAN WILAYAH (W)

  1. Mengawal selia LKW dan menyelaras perancangan dasar serta strategi pembangunan wilayah;
  2. Menyelaras perancangan program/projek pembangunan LKW;
  3. Bertindak sebagai liaison, mediator, pemudahcara bagi pihak LKW dan agensi-agensi pelaksana dengan pihak lain;
  4. Memantau pelaksanaan program/projek pembangunan oleh LKW;
  5. Menilai keberkesanan dan prestasi program pembangunan wilayah yang telah dilaksanakan;
  6. Menyelaras pelaksanaan dasar/keputusan pembubaran agensi bagi memastikan ia teratur dan sempurna;
  7. Menguruskan pentadbiran sebelum, semasa dan selepas pembubaran LKW bagi memastikan proses pembubaran sempurna; dan
  8. Mengurus dan menubuhkan task force bagi menyelesaikan isu dan masalah melibatkan aset tertinggal di LKW Bubar iaitu Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) secara berterusan.

CAWANGAN PEMAJUAN KAWASAN (K)

  1. Menilai dan menggubal dasar PPK mengikut dasar dan keperluan semasa;
  2. Merancang pelaksanaan Program Pemajuan Kawasan (PPK);
  3. Menyelaras dan mengkaji kebolehlaksanaan cadangan permohonan projek PPK daripada negeri dan agensi;
  4. Menyelaras keperluan peruntukan dan membuat penilaian pelaksanaan projek PPK di lapangan;
  5. Memantau dan mengawasi pelaksanaan projek.
  6. Mengurusetia dan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan PPK 4 kali setahun dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan;
  7. Menyelaras keperluan dan isu melalui kerjasama dengan negeri dan agensi; dan
  8. Menilai keberkesanan dan prestasi program pembangunan kawasan yang telah dilaksanakan.

CAWANGAN AGROPOLITAN (G)

  1. Menggubal dasar, menyelaras dan mengkaji kebolehlaksanaan cadangan permohonan Projek Agropolitan/ Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) daripada negeri dan agensi;
  2. Menyelaras keperluan peruntukan, memantau dan membuat penilaian pelaksanaan projek di lapangan bagi tujuan kawalan dan keberkesanan pelaksanaan Projek Agropolitan/ Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK);
  3. Menilai, memantau dan mengawasi pelaksanaan Projek Agropolitan/ Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) melalui lawatan, menyemak senarai laporan projek, menyemak kedudukan peruntukan anggaran belanjawan yang ditetapkan dan sebagainya;
  4. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan; dan
  5. Mengemaskini maklumat dan data prestasi bagi Projek Agropolitan/Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK).

UNIT PENTADBIRAN

  1. Menguruskan hal-hal berkaitan perolehan bekalan, perkhidmatan pegawai Bahagian dan kerja;
  2. Mengurus dan mengawal selia hal-hal yang berkaitan dengan kewangan pejabat; dan
  3. Menguruskan hal-hal pentadbiran pejabat dan personal.