| |
|
|
 |
Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) [Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)] [Sistem Alternatif A] [Sistem Alternatif B] [Sistem Alternatif C] Tujuan  Program BELB dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumah-rumah di kampung-kampung tradisional di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara termasuklah rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman negeri Sabah dan Sarawak, perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia, perkampungan di pulau-pulau serta penempatan di estet-estet kecil berkeluasan kurang dari 400 hektar (kurang 1,000 hektar). Program BELB dilaksanakan melalui 2 kaedah: pertama melalui kaedah sambungan talian grid dari punca-punca bekalan Pihak Berkuasa Elektrik Negeri (PBEN) iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi Semenanjung Malaysia, Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) bagi negeri Sabah dan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCo) bagi negeri Sarawak. Bagi kawasan-kawasan pedalaman yang tidak kesampaian serta tidak ekonomik untuk disambung menggunakan talian grid akan diberi bekalan elektrik menggunakan kaedah alternatif seperti solar, set generator, solar hibrid dan sebagainya. Mulai tahun 1998, Kerajaan telah menubuhkan tabung Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK). Dana akaun ini disumbangkan oleh semua Penjana Kuasa Bebas (IPP) yang beroperasi di Semenanjung Malaysia. 60% daripada tabung akaun ini dibelanjakan bagi melaksanakan program BELB (di bawah KKLW, TNB dan sebagainya.) Dengan adanya tabung AAIBE, semua projek BELB talian grid serta projek solar hibrid di Semenanjung Malaysia dibiayai menggunakan peruntukan tersebut. Peruntukan pembangunan BELB Semenanjung Malaysia digunakan untuk membiayai pelaksanaan projek alternatif lainnya, kos operasi dan penyenggaraan projek alternatif (selain solar hibrid), kos pemasangan projek LJK, kos operasi dan penyenggaraan LJK serta kos khidmat perunding. Lebihan peruntukan sekiranya ada dipindah ke negeri Sabah serta Sarawak bertujuan mengimbangi jurang ketidaksamaan liputan di antara Semenanjung dengan kedua-dua negeri tersebut. Sambungan Talian Grid Skop  - Pembinaan infrastruktur ke had maksima talian penghantaran voltan 33kv
- Pembinaan stesen pencawang dan stesen jana elektrik diesel luar bandar
- Penyambungan talian bekalan voltan rendah ke kampung-kampung dan rumah
- Peningkatan sistem dan kualiti bekalan dari 12 jam kepada 24 jam
- Pendawaian elektrik dalam rumah adalah diluar skop
Kriteria Pemilihan  - Keutamaan diberi kepada kampung-kampung yang mempunyai bilangan rumah yang banyak, terdapat rumah baru serta mempunyai kemudahan awam seperti sekolah dan klinik;
- Kos purata sebuah rumah hendaklah tidak melebihi RM25,000.00. Jika melebihi kos purata itu, pertimbangan secara berasingan akan dibuat berdasarkan bilangan penduduk.
- Bagi penempatan baru, sekurang-kurangnya 30% daripada bilangan lot telah didirikan rumah dan didiami. Walaubagaimanapun, kelonggaran syarat boleh diberi berdasarkan faktor-faktor tertentu.
- Bagi kawasan-kawasan perumahan yang dimajukan oleh pihak swasta atau Agensi-agensi Kerajaan adalah tidak termasuk dalam kriteria ini.
| Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) [Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)] [Sistem Alternatif A] [Sistem Alternatif B] [Sistem Alternatif C] Tujuan  Program BELB dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumah-rumah di kampung-kampung tradisional di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara termasuklah rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman negeri Sabah dan Sarawak, perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia, perkampungan di pulau-pulau serta penempatan di estet-estet kecil berkeluasan kurang dari 400 hektar (kurang 1,000 hektar). Program BELB dilaksanakan melalui 2 kaedah: pertama melalui kaedah sambungan talian grid dari punca-punca bekalan Pihak Berkuasa Elektrik Negeri (PBEN) iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi Semenanjung Malaysia, Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) bagi negeri Sabah dan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCo) bagi negeri Sarawak. Bagi kawasan-kawasan pedalaman yang tidak kesampaian serta tidak ekonomik untuk disambung menggunakan talian grid akan diberi bekalan elektrik menggunakan kaedah alternatif seperti solar, set generator, solar hibrid dan sebagainya. Mulai tahun 1998, Kerajaan telah menubuhkan tabung Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK). Dana akaun ini disumbangkan oleh semua Penjana Kuasa Bebas (IPP) yang beroperasi di Semenanjung Malaysia. 60% daripada tabung akaun ini dibelanjakan bagi melaksanakan program BELB (di bawah KKLW, TNB dan sebagainya.) Dengan adanya tabung AAIBE, semua projek BELB talian grid serta projek solar hibrid di Semenanjung Malaysia dibiayai menggunakan peruntukan tersebut. Peruntukan pembangunan BELB Semenanjung Malaysia digunakan untuk membiayai pelaksanaan projek alternatif lainnya, kos operasi dan penyenggaraan projek alternatif (selain solar hibrid), kos pemasangan projek LJK, kos operasi dan penyenggaraan LJK serta kos khidmat perunding. Lebihan peruntukan sekiranya ada dipindah ke negeri Sabah serta Sarawak bertujuan mengimbangi jurang ketidaksamaan liputan di antara Semenanjung dengan kedua-dua negeri tersebut. Sambungan Talian Grid Skop  - Pembinaan infrastruktur ke had maksima talian penghantaran voltan 33kv
- Pembinaan stesen pencawang dan stesen jana elektrik diesel luar bandar
- Penyambungan talian bekalan voltan rendah ke kampung-kampung dan rumah
- Peningkatan sistem dan kualiti bekalan dari 12 jam kepada 24 jam
- Pendawaian elektrik dalam rumah adalah diluar skop
Kriteria Pemilihan  - Keutamaan diberi kepada kampung-kampung yang mempunyai bilangan rumah yang banyak, terdapat rumah baru serta mempunyai kemudahan awam seperti sekolah dan klinik;
- Kos purata sebuah rumah hendaklah tidak melebihi RM25,000.00. Jika melebihi kos purata itu, pertimbangan secara berasingan akan dibuat berdasarkan bilangan penduduk.
- Bagi penempatan baru, sekurang-kurangnya 30% daripada bilangan lot telah didirikan rumah dan didiami. Walaubagaimanapun, kelonggaran syarat boleh diberi berdasarkan faktor-faktor tertentu.
- Bagi kawasan-kawasan perumahan yang dimajukan oleh pihak swasta atau Agensi-agensi Kerajaan adalah tidak termasuk dalam kriteria ini.
| Sistem Alternatif [Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)] [Sistem Alternatif A] [Sistem Alternatif B] [Sistem Alternatif C] A. Solar Photovoltaic Skop Skop program PV ini meliputi bekalan ke rumah-rumah kediaman, dewan serbaguna, bilik darjah, pondok polis, klinik, vaksin, rumah istiadat dan lampu jalan. Komponen setiap satu adalah seperti berikut; Rumah-rumah kediaman - 3 biji lampu 11 watt setiap satu
- Satu salur alur keluar (soket) berkuasa 80 watt
- 2 panel yang menghasilkan 23.5 AH sehari (12V,4.7A)
- 2 biji panel bateri 125 AH setiap Satu
- Satu kotak kawalan
- Satu ‘inventer’
Dewan Serbaguna - 6 biji lampu 11 watt setiap satu
- Satu salur alur keluar (soket) berkuasa 80 watt
- 6 panel yang menghasilkan 70.5 AH sehari (12V,4.7A)
- 12 biji panel bateri 430 AH setiap satu
- Satu kotak kawalan
- Satu ‘inventer’
- 2 kipas siling
- Pendawaian dalam rumah
Bilik Darjah - 6 biji lampu 11 watt setiap satu
- Satu salur alur keluar (soket) berkuasa 80 watt
- 4 panel yang menghasilkan 47.0 AH sehari (12V,4.7A)
- 12 biji panel bateri 430 AH setiap satu
- Satu kotak kawalan
- Satu ‘inventer’
- 1 kipas siling
- Pendawaian dalam rumah
Pondok Polis/Klinik - 5 biji lampu 11 watt setiap satu
- 2 salur alur keluar (soket) berkuasa 80 watt
- 6 panel yang menghasilkan 94.0 AH sehari (12V,4.7A)
- 12 biji panel bateri 430 AH setiap satu
- Satu kotak kawalan
- Satu ‘inventer’
- 1 kipas siling
- Pendawaian dalam rumah
Rumah Ibadat/Surau - 6 biji lampu 11 watt setiap satu
- 2 salur alur keluar (soket) berkuasa 80 watt
- 8 panel yang menghasilkan 94.0 AH sehari (12V,4.7A)
- 12 biji panel bateri 570 AH setiap satu
- Satu kotak kawalan
- Satu ‘inventer’
- 2 kipas siling
- Pendawaian dalam rumah
Vaksin - 4 panel yang menghasilkan 94.0 AH sehari (12V,4.7A)
- 6 biji bateri 430 AH setiap satu
- Satu set vaksin
- Satu kotak kawalan
Lampu Jalan - 1 lampu 11 watt (DC load) berserta tiang
- 1 biji bateri 125 AH
- 1 panel yang menghasilkan 23.5 AH sehari (12V,4.7A)
Kriteria Pemilihan - Terletak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai jalan masuk biasa;
- Tidak pernah menerima bekalan elektrik
- Tidak ada sumber air yang sesuai dengan sistem hidro
- Tidak mungkin terdapat bekalan elektrik menggunakan talian grid dalam tempoh terdekat(sekurang-kurangnya 5 tahun)
- Kampung yang terdapat sekolah adalah diberi keutamaan; dan
- Mendapat persetujuan dari penduduk setempat.
| | Sistem Alternatif [Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)] [Sistem Alternatif A] [Sistem Alternatif B] [Sistem Alternatif C] | B. Solar Hibrid Kriteria Pemilihan - Pengguna hendaklah bersetuju membiayai kos pendawaian elektrik dalaman, membayar deposit meter serta membayar bil elektrik bulanan sebagaimana tarif biasa.
- Jarak lokasi dari talian grid 11kV yang terdekat hendaklah melebihi 10 km.
- Tiada perancangan sistem grid dalam tempoh 3 tahun akan datang.
Sekiranya jarak lokasi dari talian grid 11kV yang terdekat kurang dari 10 km atau ada perancangan sistem grid dalam tempoh kurang 3 tahun; tetapi kos sistem solar hibrid dianggarkan lebih murah daripada kos sistem grid, maka pertimbangan bekalan sistem solar hibrid boleh diberi berdasarkan ‘case by case’ . - Keadaan rumah mestilah sesuai dan selamat untuk dipasang pendawaian dalaman, sistem Saluran Atas Voltan Rendah (SAVR) dan pemasangan meter.
- Memerlukan tanah lapang bagi menempatkan sistem solar hibrid berkeluasan 1 ekar persegi atau lebih. Masalah izin lalu hendaklah diselesaikan oleh pemohon terlebih dahulu.
- Terdapat laluan melalui darat atau air untuk mengangkut peralatan ke lokasi. Sekiranya tiada laluan yang sesuai, kos pengangkutan alternatif akan dikira secara berasingan.
- Kedudukan rumah yang berkelompok dengan bilangan minima 20 buah adalah diberi keutamaan.
- Anggaran kos projek, kos pemasangan sistem solar hibrid dan pemasangan SAVR seperti berikut:. Jenis
Jenis | Bil. Rumah | Anggaran Kos | Jenis 1 | 20 – 29 buah | RM1,000,000 | Jenis 2 | 30 – 39 buah | RM1,100,000 | Jenis 3 | 40 – 49 buah | RM1,200,000 | Jenis 4 | 50 – 59 buah | RM1,300,000 | Jenis 5 | 60 – 100 buah | RM1,500,000 | Nota: Anggaran kos di atas tertakluk perkara-perkara berikut: - Siling kadar pengeluaran kuasa elektrik bagi sistem solar hibrid adalah 50kW
- Nilai tukaran matawang ringgit adalah kekal (1USD = RM3.80)
- Memperolehi pengecualian cukai Kerajaan bagi semua jenis barang/peralatan/ kelengkapan yang berkaitan
- Kos pengangkutan dikira mengikut jalan darat dan air. Sekiranya melalui jalan alternatif seperti jalan udara, tambahan kos akan dikira secara berasingan
- Kos sebenar hanya dapat disediakan setelah lawatan tapak dibuat oleh pihak TNB-ES
| | Sistem Alternatif [Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)] [Sistem Alternatif A] [Sistem Alternatif B] [Sistem Alternatif C] | C. Gen Set Kriteria Pemilihan - Kampung berkenaan boleh dihubungkan melalui jalan darat atau sungai(easily accessible) untuk membawa diesel;
- Jarak kampung dari talian grid hendaklah tidak kurang daripada 10 kilometer.
- Kampung tersebut tidak akan menerima bekalan dari talian grid bagi tempoh sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
- Penjanaan tersebut hendaklah mematuhi Akta Perbekalan Elektrik, Jabatan Bekalan Elektrik, bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah , dan Ordinan Elektrik Sarawak bagi Sarawak . Jika memerlukan pengecualian khususnya bagi keperluan memenuhi syarat-syarat pelesenan dan keselamatan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) dan/atau Jabatan Pembangunan Negeri Sarawak (JPNS) perlu menguruskannya;
- Keperluan tenaga/beban diperlukan hendaklah di antara 500 watt sejam ke 1000 watt sejam bagi sebuah rumah (bekalan di antara 6 jam hingga 12 jam sehari) bagi membolehgunakan peralatan seperti radio, television, lampu, kipas dan peralatan ringan yang lain, yang kuasa watt masih di bawah had yang dibenarkan. Alat-alat seperti seterika, peti sejuk, mesin basuh, periuk nasi elektrik dan alatan elektrik berat yang melebihi kuasa 1000 watt sama sekali tidak dibenarkan; dan
- Jika talian elektrik disambung melalui sistem grid, kos puratanya melebihi RM25,000.00 bagi sebuah rumah.
Program Lampu Jalan Kampung (LJK) Program Lampu Jalan Kampung (LJK) yang mula diperkenalkan oleh Kerajaan pada awal tempoh Rancangan Malaysia KeLapan (RMKe8). Program LJK ini bertujuan untuk menceriakan kawasan liputan supaya kegiatan ekonomi, sosial dan riadah dapat dijalankan pada waktu malam dengan selesa dan selamat. Ianya dipasang di tiang elektrik yang sedia ada seperti berhadapan bangunan awam (balairaya, rumah ibadat dan sebagainya) serta di persimpangan jalan dengan jumlah tidak melebihi 10 unit setiap kampung. Program ini merupakan ‘one off programme’ yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan termasuk kos operasi serta senggaraan secara berterusan. Skop Program Kos bagi pemasangan dan Operasi serta penyenggaraan 1 unit LJK adalah seperti berikut: | Kos Asal | O&M Asal | Naik Taraf | Kos Baru | O&M Baru | (RM) | (RM) | (RM) | (RM) | (RM) | Sem M'sia | 460 | 4.36 | 342 | 379.13 | 9.47 | Sabah | 598 | 7.56 | | 598 | 7.56 | Sarawak | 598 | 11.844 | | 1 M - 730.00 | 11.844 | 3 M - 770.00 | * LJK yang digunakan di Sabah dan Sarawak berkuasa 70 watt manakala bagi Semenanjung Malaysia 150 watt Kriteria Pemilihan Kampung - Semua kampung di bandar dan di luar bandar yang mendapat bekalan elektrik melalui talian grid adalah layak dipertimbangkan untuk dipasang dengan lampu jalan.
- Program ini meliputi kawasan penempatan atau kampung-kampung di bawah rancangan FELDA yang telah diserah milik kepada peneroka. Bagi kampung-kampung yang masih di bawah rancangan FELDA, kos pelaksanaan dan pembiayaan penyenggaraan adalah di bawah tanggungjawab FELDA.
- Program ini tidak meliputi kampung-kampung yang belum mendapat bekalan elektrik melalui sambungan grid. Ini kerana LJK dipasang di tiang elektrik yang sedia ada.
- Kampung-kampung tradisional yang telah dipasang dengan lampu jalan di bawah pembiayaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), taman perumahan atau penempatan semula yang dimajukan oleh pihak swasta atau perseorangan juga tidak layak untuk dipertimbangkan.
- Bilangan lampu yang boleh dipasang adalah maksima 10 unit bagi setiap kampung.
- Lokasi pemasangan lampu hendaklah disepanjang jalan utama kampung, dengan tumpuan di hadapan bangunan awam seperti di hadapan surau/masjid, balairaya dan sekolah-sekolah.
- Kampung yang telah dipasang lampu jalan dengan bilangan maksima 10 unit tidak layak untuk dipertimbangkan.
- Lampu jalan bagi kampung-kampung yang mendapat bekalan elektrik melalui sistem solar telah sedia terangkum dalam sistem berkenaan.
| |
|
 |
|
|
|
|