Ekonomi

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)

[Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)]
[Program Latihan Dan Bimbingan Usahawan]
[Program Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/Kilang Industri Luar Bandar]
[Program Pemasaran Dan Promosi]
[Program Pertanian Komersial Dan Pelancongan Desa]
[Program Pembangunan Ekonomi]

Program Pembangunan Perusahaan Luar Bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)

Objektif Skim

  • Meningkatkan bilangan pengusaha Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan di benarkan oleh undang -undang.
  • Meningkatkan perusahaan yang diceburi oleh pengusaha luar bandar supaya lebih berdaya maju, berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai komitmen yang tinggi.
  • Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pengusaha bumiputera luar bandar bagi membantu meningkatkan bidang ekonomi di luar bandar.
  • Menyediakan skim pembiayaan tanpa cagaran dengan kadar bayaran balik yang rendah.
  • Meningkatkan penglibatan pengusaha Bumiputera luar bandar dalam bidang-bidang ekonomi luar bandar yang lebih berpotensi dan berdaya maju bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dari kalangan penduduk luar bandar.

 

Agensi Pelaksana

  • Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB) - bagi pembiayaan yang melibatkan industri pembuatan perkhidmatan dan pelancongan desa.
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) - bagi pembiayaan yang melibatkan industri pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan desa.

 

Ciri – Ciri Skim

Konsep Pebiayaan

  • Pembiayaan berlandaskan konsep Syariah (Ijarah Thummalbai, Bai Bithaman Ajil, Bay-Dayn dan Al-Quran Hassan)

 

Tujuan Pembiayaan

  • Pembelian mesin/peralatan yang akan membantu meningkatkan perniagaan/perusahaan yang diceburi
  • Pembiayaan modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah
  • Pembiayaan untuk mengubahsuai atau menaik taraf premis perniagaan/perusahaan

 

Had Pembiayaan

  • RM20,000.00 – RM250,000.00 (bagi pengusaha yang beroperasi kurang daripada tiga tahun)
  • RM250,000.00 – RM500,000.00 (bagi pengusaha yang beroperasi lebih daripada 3 tahun)
     
  • Pembiayaan dibenarkan sebanyak 3 kali tetapi tidak melebihi had maksimum kelayakan pemohon

 

Tempoh Bayaran Balik

  • 3 hingga 5 tahun (pinjaman RM250,000.00 ke bawah)
  • 5 hingga 7 tahun ( pinjaman RM250,000.00 – RM500,000.00)

 

Tempoh Pernafasan (Grace Period)

Bayaran pokok selama 6 bulan mulai dari tarikh pengeluaran pinjaman.

Pemberian Geran

Pemberian geran akan dipertimbangkan kepada peminjam yang mendapat pembiayaan RM250,000.00 ke bawah dan memenuhi kriteria berikut :

  • Telah menjelaskan bayaran balik pinjaman sebanyak 70%
  • Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman
  • Prestasi perniagaan yang baik selepas pembiayaan SPED

 

Kadar Bayaran Perkhidmatan

  • 5% setahun berasaskan baki pinjaman

 

Skop Pembiayaan

  • Industiri Pembuatan
  • Pertanian Komersial
  • Industri Perkhidmatan
  • Pelancongan Desa

 

Pinjaman Yang Tidak Dibiayai

  • Perusahaan/perniagaan bidangan besar seperti projek cari gali petroleum/galian,projek perumahan dan perhotelan.
  • Pembelian aset tetap untuk tujuan dijual semula atau untuk disewakan seperti pembelian tapak perusahaan/tanah, kedai dan kilang/bengkel.
  • Pembelian kenderaan-kenderaan untuk tujuan pengangkutan awam.
  • Pinjaman untuk membayar hutang.

 

Syarat – Syarat Memohon

  • Perniagaan/perusahaan dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera.
  • Perniagaan/perusahaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Tapak perusahaan/perniagaan bertempat di luar bandar iaitu luar kawasan bandar raya dan bandar Petaling Jaya,Subang Jaya dan Putrajaya.
  • Pengusaha menjalankan perniagaan/perusahaan sepenuh masa.
  • Premis perniagaan berasingan daripada premis kediaman.
  • Pengusaha atau syarikat yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank atau institusi kewangan serta lain-lain dana kerajaan melebihi jumlah RM250,000.00. Walau bagaimanapun, SPED boleh membiayai sekiranya pinjaman tersebut telah selesai dibayar.
  • Menepati peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan termasuk Kod Amalan Kebersihan Makanan dan Pembuangan Sisa Industri, Akta Pencemaran Alam Sekitar dan sebagainya.
  • Had umur peminjam tidak melebihi 60 tahun.

 

Cagaran

  • Mesin/peralatan yang dibiayai diberi berdasarkan perjanjian dan mesin/peralatan tersebut akan menjadi cagaran kepada peminjam.

 

Insurans

  • Peminjam dikehendaki mengambil polisi insurans ke atas mesin/peralatan bagi sepanjang tempoh pinjaman.
  • Bagi pinjaman bukan mesin, syarat mengambil polisi insurans akan ditentukan mengikut keperluan seperti insurans nyawa.

 

Kos Setem Dan Guaman

  • Agensi Pelaksana akan mengenakan pembayaran cukai setem atas Surat Perjanjian Ijarah, Ijarah Thummalbai, Bal’Bithaman Ajil Al-Qardhul Hassan atau dokumen lain dan bayaran guaman yang berkaitan berdasarkan kadar yang standard dan munasabah.
  • Syarat-syarat tambahan lain yang dikenakan dari semasa ke semasa.

 

Pengeluaran Wang Pembiayaan

  • Agensi Pelaksana akan mengeluarkan pinjaman setelah peraturan-peraturan dan syarat-syarat berikut dipatuhi :
  • Menyempurnakan Surat Perjanjian Pinjaman.
  • Mengemukakan invois-invois pembelian dan sebagainya yang sah dibuat atas nama bank.
  • Menerima tawaran berserta syarat-syarat dan peraturan seperti mana yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran.
  • Mengesah penerimaan mesin/peralatan melalui dokumen Certificate of Acceptance and Satisfaction.
  • Mengemukakan nota/polisi insurans Comprehensive/All Risk.
  • Mengemukakan bayaran guaman dan kos yang berkaitan di dalam penyediaan, pendaftaran, duti setem dan perbelanjaan lain ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan.

 

Jawatankuasa Pelaksanaan Skim

Permohonan diproses melalui 2 peringkat Jawatankuasa :

  • Jawatankuasa Penilaian Teknikal - diurus setiakan oleh Bank
  • Jawatankuasa Tertinggi SPED - diurus setiakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

 

Tatacara Permohonan

  • Tatacara Permohonan SPED adalah seperti berikut :
  • Menggunakan Borang Permohonan SPED yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat atau Pejabat Cawangan Agensi Pelaksana atau di KKLW.
  • Panduan bagi mengisi borang dan penyediaan kertas projek disertakan bersama-sama dengan borang permohonan
  • Borang permohonan sebanyak (2) salinan yang telah dilengkapi bersama-sama kertas projek dan dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan seperti berikut :

 

SET PERTAMA dikemukakan kepada KKLW untuk penyemakan pematuhan dasar, syarat dan skop pembiayaan.

SET KEDUA dikemukakan kepada Agensi Pelaksana iaitu Bank untuk penilaian teknikal pengurusan, pemasaran, kewangan dan daya maju projek.

  • Permohonan akan diproses setelah borang dan kertas kerja projek diisi dengan lengkap.
     
  • Sekiranya permohonan tidak lengkap, satu tempoh 30 hari akan diberikan untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Selepas tempoh tersebut,permohonan tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berminat.

 

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui Agensi Pelaksana. KKLW akan memaklumkan terus kepada pemohon bagi permohonan yang ditolak.
  • Permohonan yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pinjaman dengan Agensi Pelaksana.
  • Pengeluaran wang pinjaman bagi mesin/peralatan dan modal kerja dibayar terus oleh pihak Agensi Pelaksana kepada pembekal.

 

Borang dan Panduan Berkaitan

Panduan Ringkasan Kertas Kerja
Senarai Dokumen Dikemukakan Bersama Permohonan

Borang SPED Muka Depan
Borang SPED Muka Belakang

 

 

 Nota :

Semua jadual di atas adalah dalam fail "Portable Document Format" (PDF). Untuk membaca dokumen-dokumen tersebut, anda memerlukan perisian Acrobat Reader, yang boleh didapati secara percuma dengan klik di sini :  
 

 
  Pautan  
 
Pemudah SME Info Public Complaint Bureau Mampu MSC MyGov MyId MyIdeas JKJR IIM SPA SPR MICCOS PMSPK KSN PRPM
 
     

 


image
Hakcipta Terpelihara 2012 © Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dasar Privasi | Keselamatan | Penafian
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1280 x 1024