PROGRAM PENJANA KERJAYA

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama KPLB dalam usaha untuk menyampaikan maklumat dan perkhidmatan pekerjaan PERKESO khasnya berkaitan peluang-peluang pekerjaan kepada pencari pekerjaan selaras dengan matlamat Majlis Pekerjaan Malaysia iaitu bagi merealisasikan strategi menjana dan mengekalkan pekerjaan dan matlamat pertama Belanjawan 2021 iaitu ‘Kesejahteraan Rakyat’ berikutan pekerja-pekerja yang diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi dan penularan pandemik Covid-19. Kerajaan memperkenalkan program Penjana Kerjaya ini di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bertujuan untuk merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan dalam kalangan pencari kerja tempatan.
Untuk makluman lanjut sila rujuk dokumen seperti di bawah ini
Paparan terbaik menggunakan browser Google Chrome atau Mozila Firefox versi terkini dengan skrin beresolusi 1280 x 1024 piksel | 2020 © Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Jumlah Pelawat : 1,753,948