Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik

SUB-R-PROFILE

Nama : KOSONG

E-mel : –

No. Telefon : 03 – 8891 2111

No. Faks : 03 – 8888 2328

OBJEKTIF

  • Menyediakan Rangka Dasar dan Strategi Makro Bagi Pembangunan Luar Bandar yang komprehensif ke arah mewujudkan kawasan luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan.
  • Memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program dan projek pembangunan Luar Bandar yang dilaksanakan oleh semua Bahagian/jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengikut matlamat dan dasar yang ditetapkan.
  • Menyediakan Rangka Dasar dan Strategi Makro Bagi Pembangunan Luar Bandar.
  • Merangka, menyelaras dan menilai strategi pembangunan modal insan dan menangani ketidak seimbangan sosioekonomi luar bandar.
  • Mengumpul dan menyediakan pangkalan data yang lengkap untuk perancangan serta penilaian program/projek pembangunan KPLB.
  • Mengendalikan Urusan Hal Ehwal Antarabangsa mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan.
  • Mempromosi dan meningkatkan penglibatan pihak Agensi Kerajaan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam Pembangunan Luar Bandar.

FUNGSI

CAWANGAN DASAR

UNIT DASAR (D1)
  • Merancang, menyelaras dan menggubal rangka dasar makro dan sektoral.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan dasar utama negara (menekankan aspek pembangunan modal insan, institusi, ekonomi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan infrastruktur luar bandar.
  • Menyedia dan menyelaras Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP), Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), Rancangan Tahunan dan Kajian Separuh Penggal (KSP).
  • Bersama Agensi Pusat merangka dasar pembangunan desa/luar bandar melalui mesyuarat Inter Agency Planning Group (IAPG) dan Technical Working Group (TWG).
  • Menyelaras serta menyediakan ulasan ke atas dasar-dasar sektoral pembangunan luar bandar dan dasar makro yang berkaitan.
  • Mengurus dan menyelaras Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB).
  • Focal point Kementerian bagi penyelarasan dasar-dasar kerajaan berkaitan pembangunan luar bandar serta dasar berkaitan.
  • Menyediakan Memorandum/Nota Jemaah Menteri Kementerian dan Agensi serta ulasan Memorandum daripada Kementerian lain.
  • Menyediakan jawapan Parlimen.
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Dasar (JKD); dan
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Kos Sara Hidup (JKSH).
UNIT DATA DAN ANALISIS (D2)
  • Menyedia, mengumpul dan menganalisis data dan statistik pembangunan luar bandar.
  • Mengenal pasti, menganalisa dan merumuskan implikasi hasil kajian dari segi dasar sebagai input untuk proses perancangan, penggubalan dan pengukuhan dasar dan strategi pembangunan luar bandar.
  • Menilai dan mengkaji untuk memberi nilai tambah terhadap program-program Kementerian yang sedang dilaksanakan supaya terus releven.
  • Focal Point KPLB bagi Perancangan Dasar Fizikal Negara dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); dan Focal point bagi Sektor Pembangunan Ekonomi.
  • Menyelaras dan mengurus setia War Room KPLB.
  • Menyediakan jawapan Parlimen; dan
  • Menyediakan ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri daripada kementerian lain.
UNIT PERHUBUNGAN ANTARABANGSA (D3)
  • Menyelaras dan merancang serta menyelaras program KPLB di peringkat antarabangsa.
  • Mengendali dan menyelaras isu-isu pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di peringkat antarabangsa khususnya di bawah kerjasama ASEAN (pelbagai hala) dan dua hala.
  • Focal point bagi AMRDPE, SOMRDPE, AARDO, dan CIRDAP.
  • Focal point penyelarasan aktiviti berkaitan ICT luar bandar di peringkat ASEAN.
  • Menyelaras penyertaan peserta Malaysia dalam kursus/seminar antarabangsa dalam bidang pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan.
  • Menjalin kerjasama dan perkongsian pintar dengan Kementerian Luar Negeri, organisasi antarabangsa.
  • Mengurus dan menyelaras bantuan kewangan dan kepakaran kepada pertubuhan-pertubuhan serantau.
  • Mengurus dan menyelaras lawatan-lawatan peringkat Menteri dan pegawai dari luar negara termasuk memberi taklimat umum mengenai KPLB.
  • Mengurus dan menyelaras lawatan-lawatan peringkat Menteri dan pegawai Kementerian ke luar Negara.
  • Mengumpul data-data mengenai maklumat daripada negara-negara lain.
  • Menyediakan MJM/NJM Kementerian dan Agensi serta ulasan Memorandum daripada Kementerian lain.

CAWANGAN PERANCANGAN

UNIT PERANCANGAN (P1)
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Program Transformasi Luar Bandar.
  • Focal point bagi Sektor Pembangunan Modal Insan.
  • Menyediakan teks ucapan bagi Mesyuarat/Majlis Utama Kementerian.
  • Perkongsian Pintar dengan Agensi Pusat/lain-lain agensi (IRDA, ECER, PEMANDU).
  • Melaksanakan konsultasi bagi menyediakan maklumat perancangan pembangunan.
  • Menyediakan Memorandum/Nota Jemaah Menteri Kementerian dan Agensi serta ulasan Memorandum daripada Kementerian lain.
  • Urus setia Jawatankuasa Teknikal Hak Orang Asli dan Orang Asal dalam Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan.
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Induk Luar Bandar (JITLB).
UNIT PERANCANGAN (P2)
  • Merancang, menyedia dan menggubal Pelan Perancangan Strategik yang bertepatan dengan Dasar Nasional.
  • Merancang, menyedia dan menggubal Pelan Pengurusan Risiko.
  • Mengurus dan memantau pelaksanaan Pelan Tindakan Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan Pengurusan Risiko.
  • Focal point bagi isu-isu belia/wanita/keluarga dan masyarakat.
  • Mengurus penilaian Star Rating di peringkat Bahagian Perancangan Strategik.
  • Menyediakan jawapan Parlimen yang berkaitan.
  • Menyediakan Memorandum/Nota Jemaah Menteri Kementerian dan Agensi serta ulasan Memorandum daripada Kementerian lain.
UNIT KEURUSETIAAN PARLIMEN DAN MESYUARAT KEMENTERIAN (P3)
  • Menguruskan hal-hal berkaitan Parlimen:
  1. Mewakili kementerian dalam penentuan soalan untuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara;
  2. Menyelaras dan mengurus penyediaan jawapan lisan dan bertulis; dan
  3. Urus setia mesyuarat penyediaan input untuk sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Menyediakan titah Yang Di-pertuan Agong; dan
  • Urus setia Mesyuarat Pengurusan dan Pasca Kabinet Kementerian.
UNIT KEURUSETIAAN KABINET DAN PENTADBIRAN (P4)
  • Menyelaras dan mengurus Memorandum/Nota Jemaah Menteri Kementerian dan Agensi.
  • Menguruskan hal ehwal pentadbiran, aset, stor, sumber manusia, perolehan dan kewangan Bahagian.
  • Menyelaras Kertas-kertas Pembentangan bagi mesyuarat utama (Ketua Setiausaha/Ketua Perkhidmatan, Majlis Raja-raja, Menteri Besar/Ketua Menteri, Mesyuarat Majlis Tanah Negara).
  • Mengurus dan menyelaras penyediaan maklum balas Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat Utama (Ketua Setiausaha/Ketua Perkhidmatan, Majlis Raja-raja, Menteri Besar/Ketua Menteri, Mesyuarat Majlis Tanah Negara).
  • Urus setia mesyuarat Penyelarasan Di antara YB Menteri KPLB dengan Exco Luar Bandar (MEXCLUB).
  • Menyediakan ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri daripada Kementerian lain; dan
  • Menyediakan jawapan Parlimen yang berkaitan.