Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan

Nama : Dato’ Afandi bin Nordin

E-mel : afandi@rurallink.gov.my

No. Telefon : 03 – 8891 2155

No. Faks : 03 – 8888 2330

VISI

Meneraju Penyelarasan Dan Pemantauan Program/Projek Pembangunan Luar Bandar Negara

MISI BAHAGIAN

Memacu Pembangunan Luar Bandar Negara Melalui Penyelarasan, Pemantauan Dan Penilaian Program/Projek Pembangunan Dengan Mengamalkan Tadbir Urus Yang Baik Dan Budaya Kerja Yang Kreatif, Inovatif Dan Berintegriti

OBJEKTIF

  • Membantu melaksanakan dan memastikan projek pembangunan di luar bandar mengikut perancangan dan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Mengenalpasti isu dan masalah pelaksanaan projek pembangunan dan mencadangkan cara mengatasinya.
  • Memastikan prestasi kewangan dan fizikal projek-projek pembangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengikut perancangan yang ditentukan.
  • Memastikan setiap aduan / laporan diambil tindakan susulan berdasarkan tempoh yang ditetapkan.
  • Membuat penilaian ‘outcome projek berdasarkan kepada objektif program/projek yang telah ditetapkan.

FUNGSI

Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan (BPP) melaksanakan tanggungjawab secara sistematik dan berkesan bersandarkan tiga (3) teras utama iaitu:

  1. Pemantauan program/projek
  2. Pengurusan bajet pembangunan yang efisyen
  3. Penilaian outcome program/projek

PERANAN BPP

  • Memastikan pelaksanaan program/projek pembangunan luar bandar mengikut perancangan dan peraturan yg telah ditetapkan.
  • Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian terhadap isu dan masalah pelaksanaan program/projek pembangunan yang telah dikenalpasti bermasalah.
  • Memastikan prestasi kewangan dan fizikal program/projek pembangunan mencapai sasaran yang ditetapkan.
  • Melaksanakan penilaian outcome program/projek berdasarkan kepada objektif program/projek seperti yang telah ditetapkan.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal/bersesuaian yang berhubung kait dengan pelaksanaan program/projek pembangunan kepada Bahagian/Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian.