Setiausaha Bahagian Komuniti Desa

Nama : Encik Che Mohd Zulkifli bin Ismail

E-mel : zulkifli@rurallink.gov.my

No. Telefon : 03 – 8891 2377

No. Faks : 03 – 8888 2340

OBJEKTIF

  • Melestari pembangunan dan kemajuan modal insan komuniti luar bandar
  • Memperkasa peranan JPKK sebagai Ejen Transformasi Luar Bandar

FUNGSI

UNIT A: JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK)

Merancang, menyelaras dan memantau:

  • penubuhan, pelantikan dan penamatan JPKK;
  • pelaksanaan Sistem e-Pelaporan JPKK;
  • peruntukan dan penyaluran elaun JPKK kepada Kerajaan Negeri;
  • Tatacara Pengurusan JPKK;
UNIT B: DASAR KOMUNITI LUAR BANDAR
  • Merancang, menyelaras dan memantau:

    • program pembangunan masyarakat luar bandar bagi semua jabatan dan agensi KPLB melibatkan kumpulan sasar bukan pemimpin desa merangkumi pembangunan belia luar bandar dan wanita luar bandar;
    • Dasar Modal Insan Nasional dan KPLB terhadap program-program pengupayaan komuniti luar bandar yang dilaksanakan Bahagian / Agensi / Jabatan KPLB;
    • Majlis Outreach YBM bersama JPKK; dan
    • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Modal Insan yang dipegerusikan oleh TKSU (D) untuk membantu perancangan Program Modal Insan di Bahagian / Agensi / Jabatan KPLB.
UNIT C: PROFIL KAMPUNG DAN PENTADBIRAN

Merancang, menyelaras dan memantau:

  • pelaksanaan Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN);
  • pelaksanaan program Anugerah Desa Perdana (ADP);
  • pelaksanaan ASEAN+3 Village Leaders Exchange Progrme;
  • urusetia Akaun Amanah Bakti Desa di bawah permohonan pembiayaan bantuan bencana;
  • mengawal selia peruntukan mengurus (OE) dan peruntukan pembangunan (DE) bahagian; dan
  • hal ehwal sumber manusia dan pentadbiran Bahagian.