Portal Rasmi

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel : 03 8000 8000 | E-mail : info@rurallink.gov.my

Makluman Pelaksanaan Projek Malaysia Government Unified Communication (MyGovuc) 2.0 Di Kementerian Pembangunan Luar Bandar

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Makluman Pelaksanaan Projek Malaysia Government Unified Communication (MyGovuc) 2.0 Di Kementerian Pembangunan Luar Bandar

 

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat MAMPU.600-5/1/10(2) bertarikh 13 November 2020 adalah dirujuk.

 

  1. Sukacita dimaklumkan, pihak MAMPU sebagai penyedia perkhidmatan MyGovUC akan melaksanakan proses migrasi kepada platform baharu MyGovUC 2.0 bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan sektor awam yang mendukung Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan. Antara ciri-ciri Perkhidmatan MyGovUC 2.0 adalah penggunaan e-mel baharu (menggantikan e-mel KPLB @rurallink.gov.my sedia ada), Video Conference, Chat (Web Chat / Team Chat) dan berkongsi serta mengemas kini dokumen.

 

  1. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan juga,  perkhidmatan MyGovUC sedia ada akan tamat pada 31 Disember 2020 dan akan digantikan dengan MyGovUC 2.0. Warga Kementerian dijangka akan mula boleh mengakses platform baharu bermula pada 23 Disember 2020 secara berperingkat sehingga 31 Disember 2020. Video pengenalan MyGovUC 2.0 boleh di capai melalui https://www.pernec.com.my/page/pengenalan

 

  1. Untuk perhatiansemua, perkhidmatan MyGovUC sedia ada (termasuk capaian e-mel melalui microsoft Outlook, webmail (OWA) dan Telefon Pintar) tidak lagi dapat digunakan bermula 1 Januari 2021 dan perlu di konfigurasi semula kepada platform baharu. Sehubungan itu, sebagai langkah persediaan awal, semua warga Kementerian dimohon untuk melaksanakan kerja-kerja housekeeping dan backup e-mel sedia ada secara kendiri bermula sekarang bagi mengelakkan sebarang gangguan pada e-mel KPLB masing-masing semasa dan selepas proses migrasi dijalankan. Sila rujuk pautan berikut sebagai panduan untuk melaksanakan backup e-mel masing-masing https://www.1govuc.gov.my/api/uploads/MS_Outlook_Client_Archive_b70468e3b8.mp4

 

  1. Walau bagaimanapun sekiranya pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan perkara ini bolehlah menghubungi “Helpdesk ICT KPLB” di helpdesk@rurallink.gov.my untuk tindakan pihak kami selanjutnya.

 

 

 

Sekian, terima kasih.