Pelaksanaan PLKK Oleh Agensi

Pelaksanaan PLKK Oleh Agensi

  1. Agensi-agensi pelaksana bagi Program PLKK pada tahun 2017 adalah melibatkan GIATMARA, FELCRA, JAKOA, KEDA, KEJORA, KESEDAR dan KETENGAH. Pelaksanaan kursus meliputi kursus jangka pendek, sederhana dan panjang. Selain dilaksanakan dengan kerjasama di antara agensi-agensi di bawah kementerian, program ini juga melibatkan syarikat pengendali latihan kemahiran swasta. Berdasarkan pemantauan, lebih daripada 70 peratus peserta mengikuti program ini telah mendapat jaminan pekerjaan sama ada bekerja makan gaji atau membuka perniagaan sendiri;
  1. Program ini telah memberi kesan yang amat mendalam kepada para peserta program. Ini kerana kursus-kursus di bawah program ini telah memberikan impak yang positif kepada peserta iaitu telah mendapat pekerjaan dan seterusnya menambah pendapatan peserta yang dahulunya tidak mempunyai berpendapatan atau berpendapatan rendah kepada berpendapatan secara tetap; dan
  1. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi program PLKK pada tahun 2017. PLKK telah mencapai pelaksaanaan sebanyak 182 Kursus dan 2250 peserta bagi tahun 2017.

JENIS KURSUS YANG DITAWARKAN DI BAWAH PLKK

testq

Konsep

Konsep

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran serta kemahiran asas MLVK (Sijil Kemahiran Malaysia SKM I dan SKM II).

 

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar program ini ialah dari golongan miskin tegar yang berdaftar dengan pangkalan data Sistem e-kasih atau SPKR. Keutamaan akan diberikan kepada golongan berikut:

  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang produktif;
  • Ahli Isi Rumah (AIR) yang tidak bersekolah dan tidak bekerja;
  • Ibu Tunggal (IT) miskin tegar yang mempunyai ramai tanggungan dan masih produktif;
  • AIR miskin tegar yang ditanggung oleh KIR ibu tunggal; dan
  • Suri Rumah (SR)/(AIR) miskin tegar yang ditanggung oleh KIR kurang upaya.

 

Komponen dan Kadar Bantuan

Kadar bantuan meliputi yuran pengajian, tempat tinggal, makan/minum peserta serta elaun peserta. Bagi kursus kurang tempoh sebulan, setiap peserta hendaklah diberi Elaun Hilang Pendapatan sebanyak RM25 sehari manakala bagi kursus lebih dari tempoh tersebut, Elaun Sara Hidup sebanyak RM150 sebulan hendaklah diberikan.

Capture6

 

Jenis Latihan

Kursus-kursus yang dijalankan meliputi bidang berikut:

  • Pertanian (ternakan, ternak air, nursery bunga-bungaan, dll)
  • Perkhidmatan (baik pulih kereta motor, baik pulih computer, dll)
  • Pembuatan (kulinari, pemprosesan makanan, kraftangan, dll)

Kaedah Pelaksanaan

Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksanaan yang dilantik iaitu:

  • Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan.
  • Agensi-agensi KPLB
  • Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta
  • Kementerian / Agensi lain

 

Muat Turun: