Paparan terbaik menggunakan browser Google Chrome atau Mozila Firefox versi terkini dengan skrin beresolusi 1280 x 1024 piksel | 2023 © Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah
Jumlah Pelawat : [srs_total_visitors]
Tarikh Dikemaskini: 22 July 2025
Aplikasi Mudah Alih KKDW yang merangkumi Time Attendace Management System (TAMS), myPKD dan ePKD adalah aplikasi yang dibangunkan untuk kakitangan KKDW dan juga orang awam (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna”) bagi memudahkan capaian kepada perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh KKDW kepada pengguna dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.
Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.
Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada info@rurallink.gov.my
Paparan terbaik menggunakan browser Google Chrome atau Mozila Firefox versi terkini dengan skrin beresolusi 1280 x 1024 piksel | 2023 © Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah
Jumlah Pelawat : [srs_total_visitors]
Tarikh Dikemaskini: 22 July 2025