RURAL PREMIUM GATEWAY

Pengenalan

Program RPG@KPLB dirangka sebagai satu program untuk pengkomersilan produk-produk usahawan desa untuk dipasarkan di platform-platform premium dalam negara. Sebagai permulaan, platform premium yang telah dikenalpasti adalah outlet Sense of Malaysia (SOM) milik Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) yang terletak di enam buah lapangan antarabangsa di seluruh Malaysia.

Apa yang anda perolehi?

Subsidi untuk pembangunan kapasiti produk termasuk pembangunan penjenamaan dan pembungkusan produk supaya setaraf dengan produk premium untuk dipasarkan di platform-platform yang dikenalpasti oleh KPLB

Untuk siapa?

Program pengkomersilan produk ini menyasarkan usahawan luar bandar yang mempunyai produk berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk premium serta mempunyai ‘niche market’ tersendiri yang membolehkan produk dijual dengan harga premium

Pelaksanaan program

Objektif program

  1. Bertujuan supaya produk usahawan luar bandar dapat dipasarkan di platform premium terpilih dalam negara; dan
  2. Membantu meningkatkan kapasiti produk yang berpotensi supaya dapat mencapai tahap piawaian yang ditetapkan oleh platform premium yang berkenaan.

Komponen program

Skop program melibatkan:

  1. Latihan pemasaran berkaitan dengan platform premium yang dikenalpasti;
  2. Konsultansi berkaitan penjenamaan dan pembungkusan;
  • Pembangunan penjenamaan dan pembungkusan;
  1. Penyewaan ruang dan pemasaran di platform premium; dan
  2. Promosi dan pemantauan

Proses saringan/ pemilihan

Usahawan yang mempunyai produk berpotensi akan melalui proses saringan berbentuk product pitching di hadapan panel penilai terdiri daripada wakil KPLB, Agensi Pelaksana, Pemilik Platform dan atau Pemudahcara Program.

Syarat-syarat kelayakan?

Usahawan yang layak untuk memohon menyertai program ini hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Memiliki perniagaan Enterprise, Perkongsian atau Sendirian Berhad;
  2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi melebihi 1 tahun;

iii.      Beroperasi di premis perniagaan yang berlesen;

  1. Mempunyai produk yang sesuai dan berpotensi untuk dipasarkan di platform SOM iaitu produk dari kluster Makanan & Minuman, Kesejahteraan (Spa & Kosmetik) dan Gaya Hidup (Fesyen, Aksesori dan Kraftangan); dan
  2. Produk buatan Malaysia atau mempunyai kandungan tempatan sekurang-kurangnya 60%.
Hendak memohon?

Usahawan-usahawan luar bandar yang berminat untuk memohon, hendaklah menghubungi  jabatan/agensi pembimbing masing-masing dan memaklumkan hasrat untuk menyertai program RPG@KPLB.

Jabatan/Agensi pembimbing akan melihat kesesuaian produk yang hendak dikomersikan dan usahawan akan dijemput hadir ke sesi product pitching yang akan diadakan mengikut keperluan pelaksanaan program

Pertanyaan lanjut?

Sila rujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) Program RPG@KPLB

Alamat Perhubungan

Bahagian Pembangunan Usahawan Desa

Aras 19, Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya

Telefon: +603-8891 5602

Faks: +603-8888 2341