SESI INSIGHT SIRI 6 – “CABARAN lNSTITUSI KEKELUARGAAN “DEMAM TERPERUK” COVID-19
SESI INSIGHT SIRI 6 – “CABARAN lNSTITUSI KEKELUARGAAN “DEMAM TERPERUK” COVID-19 “
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menganjurkan Sesi Insight Siri 6 secara atas talian khusus bagi warga kerja Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Objektif sesi ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya motivasi diri supaya dapat mengelakkan konflik dan tekanan dalam mengimbangi antara kerjaya dan rumah tangga. Selain daripada perlu melaksanakan tugasan kerja hakiki dan dalam masa yang sama berperanan sebagai ibu/ bapa menguruskan keluarga semasa bekerja dari rumah (BDR). Selain itu, program ini turut berfokus untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelaksanaan tanggungjawab sebagai penjawat awam dengan penghasilan kualiti kerja yang efektif dan produktif.
Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian berbesar hati ingin menjemput YBhg. Dato’ Dr./ Datuk/ Dato’ / Tuan/ Puan untuk mengikuti sesi tersebut mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 1 Julai 2021 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tajuk : Cabaran lnstitusi Kekeluargaan “Demam Terperuk” COVID-19
Platform :
i) Dalam Talian, aplikasi Zoom (Terhad kepada 100 orang sahaja)
https://zoom.us/j/92393735367pwd=UVAxQVFveFhKQzhsemhSYTdYMXNHdz09
ii) Secara Live di FB Page Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Kerjasama YBhg. Dato’ Dr./ Datuk/ Dato’ / Tuan/ Puan adalah dimohon untuk membuat pendaftaran melalui Sistem Pendaftaran Majlis dan Seminar (SPMS) mengikut pautan berikut, https://tinyurl.com/yk5wcqzb.Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’ Dr./ Datuk/ Dato’ / Tuan/ Puan di dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”LUAR BANDAR SEJAHTERA”



