Ketua Unit Integriti

Nama : Encik Ahmad Zulnasri bin Abdul Khalid

E-mel : zulnasri@rurallink.gov.my

No. Telefon : 03 – 8891 5922

No. Faks : 03 – 8888 2366

OBJEKTIF

Bertanggungjawab untuk mengurus dan melaksanakan inisiatif-inisiatif pengukuhan integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku serta tindakan punitif secara lebih fokus, terancang, efisien dan optimum, selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013.

FUNGSI

Cawangan A – Pengukuhan Integriti dan Pengurusan Aduan
  • Memastikan pembudayaan, pengukuhan dan pelaksanaan integriti dalam Kementerian.
  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/ maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai isu integriti.
Cawangan B – Tadbir Urus dan Pematuhan
  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai isu tadbir urus.
Cawangan C – Pengesanan, Pengesahan dan Tatatertib
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika Kementerian serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
  • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.
  • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai isu tatatertib.