Setiausaha Bahagian Teknikal


Nama : Ir. Roslan bin Mat Sapri

E-mel : roslanms@rurallink.gov.my

No. Telefon : 03 – 8891 2299

No. Faks : 03 – 8888 2339

OBJEKTIF

Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kementerian,bahagian-bahagian dan agensi-agensi di bawah KPLB dalam urusan-urusan berkaitan dengan teknikal dan menguruskan projek-projek di bawah program kementerian agar dilaksanakan dengan sempurna mengikut jadual, spesifikasi dan syarat – syarat kontrak yang telah di tetapkan.

FUNGSI

  • Mengkaji kesesuaian dari aspek teknikal untuk projek-projek di bawah kementerian ini.
  • Mengurus perlantikan dan menyelia perkhidmatan pakar-pakar perunding termasuk mengkaji laporan-laporan, menyemak dan memperakukan tuntutan-tuntutan yuran professional serta menganggotai Jawatankuasa Teknikal sesuatu projek.
  • Merekabentuk dan menyelia sendiri projek-projek.
  • Penyediaan tender-tender, termasuk penyediaan dokumen-dokumen tender, penilaian tender-tender, pengawasan kerja-kerja kontraktor dan pembayaran kemajuan kerja kontraktor –kontraktor sehingga siap perlaksanaan.
  • Menyediakan spesifikasi –spesifikasi dan pelan-pelan konsep piawai untuk bangunan-bangunan dan kemudahan-kemudahan asas atau infrastuktur.
  • Mengadakan lawatan-lawatan atau pemeriksaan-pemeriksaan tapak bina untuk menilai keadaan di tapak bina, kemajuan kerja dan mengkaji masala-masalah yang timbul jika ada.
  • Membantu bahagian-bahagian di Kementerian dalam perlaksanaan kerja-kerja pengubahsuaian ruang-ruang pejabat dan lain-lain kerja yang berkaitan dari semasa ke semasa atas permintaan.
  • Menyelaras perkara-perkara teknikal yang berhubungkait dengan agensi-agensi teknikal yang lain seperti Majlis-majlis Tempatan, JKR sebagainya.