Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

SUB KEW

Nama : Puan Norazah binti Abdul Shukor

E-mel :  norazah@rurallink.gov.my

No. Telefon : 03 – 8891 5677

No. Faks : 03 – 8888 2349

OBJEKTIF

  • Memastikan struktur organisasi Kementerian mantap dan dinamik dengan menggunakan sumber manusia yang optimum;
  • Memastikan urusan perkhidmatan warga Kementerian diuruskan dengan berkesan dan menepati peraturan yang berkuat kuasa;
  • Melahirkan anggota Kementerian yang berilmu pengetahuan, berdaya saing, berproduktiviti tinggi dan menghayati nilai-nilai murni melalui pembelajaran sepanjang hayat;
  • Memastikan kompetensi anggota berada di tahap yang optimum agar objektif Kementerian dapat dicapai; dan
  • Mensejahterakan warga Kementerian dari sudut minda, emosi dan tingkah laku.

FUNGSI

CAWANGAN PERANCANGAN TENAGA MANUSIA DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (A)
  • Mengkaji keperluan perjawatan dan sumber manusia
  • Pelaksanaan dasar-dasar perjawatan semasa berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan arahan agensi pusat
  • Pelaksanaan semakan skim perkhidmatan di bawah Ketua Perkhidmatan Ketua Setiausaha KPLB
  • Pengemaskinian pangkalan data perjawatan Kementerian dan carta fungsi dan carta organisasi KPLB
  • Khidmat nasihat perjawatan dan pembangunan organisasi serta Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
  • Pemantauan implementasi perjawatan (naziran perjawatan).
  • Urus setia Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
  • Urus setia Darjah Kebesaran / Bintang / Pingat Persekutuan / Negeri
  • Urus setia Perlantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Agensi
CAWANGAN PERKHIDMATAN DAN KEMAJUAN KERJAYA (B)
  • Menguruskan hal-hal perkhidmatan personel di Kementerian dari segi pengambilan, penempatan, pertukaran, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan dalam jawatan berpencen dan persaraan
  • Menguruskan kemudahan, cuti, dan saraan pegawai dan anggota KPLB
  • Mentadbir, mengemaskini dan memantau Sistem HRMIS
  • Menguruskan urusan kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya
  • Menyelaras urusan perkhidmatan personel di Jabatan dan Agensi KPLB
  • Menguruskan pelantikan Ketua Jabatan / Agensi di bawah KPLB
  • Urus setia Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)
  • Urus setia Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Kementerian / Jabatan;
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan personel kepada  Jabatan / Agensi KPLB
CAWANGAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (C)
  • Merancang dan membangunkan Pelan Operasi Latihan Kementerian berdasarkan Training Need Analysis dan Analisis Jurang
  • Melaksanakan Program Latihan di bawah Pelan Operasi Latihan Kementerian
  • Memantau pencapaian dan menyediakan Laporan Pelaksanaan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam bagi KPLB dan Agensi
  • Merancang dan melaksanakan Program Islam Hadhari dan Penerapan Nilai Islam (PNI)
  • Melaksanakan urusan Pentadbiran dan Kewangan Bahagian
  • Merancang dan melaksana Program Transformasi Minda dan kursus mandatori untuk pengesahan perkhidmatan warga KPLB dan Agensi
  • Menguruskan permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), biasiswa, pinjaman, program luar negara, latihan praktikal untuk Kementerian
  • Urus setia bagi kelulusan Kursus Ke Luar Negara bagi warga KPLB dan Agensi
  • Urus setia Jawatankuasa Latihan Kementerian
CAWANGAN KOMPETENSI DAN PEPERIKSAAN (D)
  • Menyelaras dasar pelaksanaan kompetensi dan peperiksaan
  • Merancang, merangka dan melaksana modul / kurikulum penilaian kompetensi dan peperiksaan  pegawai skim perkhidmatan bukan guna sama
  • Merancang dan mengurus pelaksanaan penggubalan soalan kompetensi dan peperiksaan
  • Menyediakan Laporan Analisa Keputusan Penilaian Kompetensi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Urus setia Lembaga Penilaian Kompetensi
  • Urus setia Lembaga Peperiksaan Kementerian
  • Urus setia Panel Penilaian Kompetensi Kementerian
  • Urus setia Panel Peperiksaan Kementerian
  • Menguruskan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan Ketua Pegawai Eksekutif Anak Syarikat
CAWANGAN PENGURUSAN PSIKOLOGI (E)
  • Memberikan khidmat nasihat berkaitan psikologi dan kaunseling kepada Warga KPLB dan Agensi
  • Menguruskan program psikologi dan kaunseling dalam bentuk seminar/bengkel/forum/kursus
  • Menguruskan Program Pementoran di KPLB dan Agensi
  • Memberikan perkhidmatan kaunseling individu, kelompok dan keluarga kepada warga KPLB dan Agensi
  • Menjalankan intervensi pemulihan kepada pegawai KPLB dan Agensi
  • Urus setia Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) KPLB dan Agensi