Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat

Nama : Azizah binti Abd Kadir
E-mel : azizah.abdkadir@rurallink.gov.my
No. Telefon : 03 – 8891 5888
No. Faks : 03 – 8888 2360
OBJEKTIF
- Membangun dan mengurus selia pengurusan dan teknologi maklumat yang berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan dalam menggubal dasar dan mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi penduduk luar Bandar.
- Menilai dan melaporkan kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan ICT KKDW dan agensi-agensi di bawahnya.
- Membudayakan penggunaan ICT di kalangan anggota KKDW dan agensi ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi dan pengurusan kementerian.
FUNGSI
CAWANGAN PENGURUSAN ICT, INOVASI, PORTAL DAN MULTIMEDIA (M)
UNIT PORTAL DAN KOMPETENSI
- Merancang, mengurus, membangun dan menyelenggara Portal Rasmi Kementerian dan Laman Web Khas Kementerian (TVET dan EKSPO TVET@ KKDW).
- Memantau, mengurus dan melaksana penambahbaikan Portal Rasmi Kementerian melalui pemantauan kendiri Sistem Pemantauan Laman Web dan Servis Kerajaan (SPLaSK).
- Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras keperluan Latihan teknikal ICT untuk Bahagian dan Kementerian.
- Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal bagi pelaksanaan Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (SISPAA).
- Menyelaras pelaporan perkhidmatan End-To-End (E2E) Kementerian dan Agensi di bawah Kementerian kepada Jabatan Digital Negara (JDN).
UNIT MULTIMEDIA DAN GEOSPATIAL
- Membangunkan montaj bagi menyokong pelaksanaan program Kementerian.
- Menghasilkan reka bentuk grafik bagi menyokong usaha promosi, penerbitan dan penganjuran majlis Kementerian.
- Merancang dan mengurus latihan berkaitan multimedia.
- Menyelenggara Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu Paparan Digital iBoard Kementerian.
- Menghasilkan reka bentuk paparan antaramuka (GUI) bagi sistem aplikasi dalaman.
- Membangun dan menyelenggara data Geospatial Kementerian.
UNIT TADBIR URUS DAN PENGURUSAN PROJEK ICT
- Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek ICT (JPPI) dan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian.
- Memantau dan menyelaras pelaksanaan projek ICT di bawah kelulusan JPPI dan JPICT Kementerian/ Agensi.
- Mengurus dan menyelaras pelaksanaan projek ICT di bawah kelulusan Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) bagi projek ICT Kementerian/ Agensi.
- Menyelaras penyediaan laporan pemantauan pelaksanaan projek ICT di bawah kelulusan JPPI dan JPICT Kementerian/ Agensi kepada Jabatan Digital Negara.
- Merancang, mengurus dan mengadakan lawatan tapak/ naziran pemantauan projek ICT di bawah kelulusan JPICT Kementerian/ Agensi.
- Mengurus, melaksanakan latihan, khidmat nasihat dan bantuan teknikal bagi sistem aplikasi di bawah perkhidmatan Kerajaan Elektronik (EG).
UNIT PENYELARASAN DASAR DAN INOVASI
- Merancang, menyelaras, mengurus setia dan memantau pembangunan serta pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian.
- Mengurus secara menyeluruh pembangunan dan pelaksanaan Enterprise Architecture (EA) di peringkat Kementerian berdasarkan kerangka dan garis panduan MyGovEA.
- Merancang, menyelaras dan mengurus setia pelaksanaan inovasi yang berkaitan dengan ICT.
- Promosi dan kesedaran kepada pematuhan dasar dan polisi ICT sektor awam di Kementerian.
- Penyelarasan kajian dan inovasi pengukuhan pendigitalan (ICT) di Kementerian mengikut keperluan.
- Merancang, menyelaras, mengurus setia program pengukuhan ICT peringkat Kementerian.
CAWANGAN ANALISA DAN PEMBANGUNAN SISTEM (P)
UNIT PENGURUSAN ANALISA DATA BERSEPADU
- Merancang, mengurus dan melaksana dokumentasi SOP pangkalan data, SOP proses analisa data dan kamus data.
- Menyelaras pengurusan pangkalan data.
- Menyelaras pengumpulan data daripada semua bahagian.
- Menyelaras pembersihan data dan penganalisaan data.
- Membangunkan dashboard/ visualization mengikut keperluan bisnes di Kementerian.
- Memastikan data disimpan dan diurus dengan mematuhi piawaian keselamatan dan dasar privasi yang ditetapkan.
- Menyelaras data berstruktur dan data tidak berstruktur antara Kementerian/ Agensi di sektor awam.
- Menyelaras ke arah pangkalan data bersepadu untuk penggunaan SSO.
- Memastikan semua pangkalan data yang dibangunkan diatur secara optima dan bertanggungjawab terhadap integriti data dan penggunaan pangkalan data.
- Menyenggara dan melaksanakan backup pangkalan data secara berkala.
UNIT PENYELENGGARAAN DAN PEMBANGUNAN SISTEM APLIKASI
- Merancang, mengurus dan menyelaras hala tuju sistem aplikasi Kementerian.
- Menjalankan kajian keperluan pengguna (user requirement study) bagi setiap sistem aplikasi Kementerian yang akan dibangunkan.
- Mereka bentuk dan membangunkan pangkalan data dan antara muka pengguna bagi setiap sistem aplikasi Kementerian.
- Menyediakan prototaip sistem aplikasi Kementerian yang akan dibangunkan.
- Membangunkan kod aturcara sistem aplikasi Kementerian secara dalaman (inhouse).
- Merancang, mengurus dan menyelaras pembangunan sistem yang dibangunkan secara luaran (outsource).
- Melaksanakan pengujian fungsian dan penerimaan pengguna bagi sistem aplikasi yang dibangunkan.
- Melaksanakan pengujian capaian dan keselamatan sistem aplikasi yang dibangunkan.
- Menyenggara dan melaksanakan backup pangkalan data dan sistem aplikasi secara berkala.
- Melaksanakan penambahbaikan semua sistem aplikasi sedia ada dari masa ke semasa mengikut permintaan dan keperluan pengguna.
- Merancang, mereka bentuk, membangun dan melaksanakan mobile applications.
- Mengurus, menyelia, menyelaras dan memastikan semua sistem aplikasi Kementerian dan pangkalan data sentiasa tersedia dan selamat.
- Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal bagi penggunaan sistem aplikasi Kementerian.
- Mengurus dan melaksanakan latihan pengguna dan pentadbir sistem bagi setiap sistem aplikasi yang dibangunkan.
- Menyediakan dokumentasi bagi setiap sistem aplikasi yang dibangunkan.
CAWANGAN INFRASTRUKTUR DAN OPERASI (R)
UNIT OPERASI DAN SOKONGAN PENGGUNA
- Merancang, mengurus dan melaksana operasi dan bantuan teknikal ICT (Helpdesk ICT).
- Merancang, mengurus dan melaksana bantuan teknikal bagi mesyuarat/bengkel/program rasmi Kementerian.
- Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau tugasan juruteknik komputer di ibu pejabat.
- Menyelaras keperluan dan agihan aset alih ICT Kementerian
- Menyelaras keperluan perolehan komponen ICT dan perisian serta pengurusan agihan perisian umum dan khusus untuk Kementerian.
- Merancang, mengurus, menyelaras kerja-kerja Penyelenggaraan Pencegahan (PM) dan Penyelenggaraan Pembetulan (CM) bagi aset ICT milik BPM termasuk di Pejabat KKDW Negeri (PKN).
- Menyelaras dan memantau penyelenggaraan peralatan ICT yang melibatkan Penyelenggaraan Pencegahan (PM) dan Penyelenggaraan Pembetulan (CM) bagi aset sewaan yang masih dalam tempoh kontrak.
UNIT PENGURUSAN RANGKAIAN DAN PUSAT DATA
- Merancang, mengurus, menyelaras, menyelenggara infrastruktur rangkaian komputer Kementerian termasuk di PKN dan PKD.
- Merancang, mengurus dan menyelaras sistem rangkaian dan kemudahan Internet/ Intranet (WAN) dan VPN.
- Merancang, mengurus dan mentadbir semua pelayan dan pangkalan data termasuk kerja-kerja housekeeping dan backup.
- Merancang, mengurus dan menjalankan operasi pemantauan dan keselamatan pusat data Kementerian.
- Merancang, mengurus dan memastikan pengoperasian sistem Kementerian yang dihoskan di Pusat Pemulihan Bencana (DRC) JDN termasuk pengujian DR mengikut keperluan.
- Menguruskan operasi Pusat Pemantauan Rangkaian (NOC).
- Merancang, mengurus, menyelaras perolehan dan kerja-kerja penyelenggaraan bagi aset, rangkaian dan pusat data.
- Merancang dan mengurus program penambahbaikan infrastruktur rangkaian dan pusat data melalui perkongsian pengetahuan dan teknologi terkini.
UNIT KESELAMATAN DAN PEMULIHAN BENCANA ICT
- Merancang, mengurus, mentadbir dan menyelenggara Sistem E-mel MyGovUC Kementerian.
- Merancang, mengurus, mentadbir dan menyelenggara Sistem Antivirus, dan Sistem Backup dan Recovery.
- Mengurus, memantau dan menyelaras pengendalian insiden keselamatan ICT.
- Merancang, mengurus dan menyelaras pengoperasian Pelan Pemulihan Bencana (Disaster Recovery Plan).
- Merancang, mengurus, mentadbir dan melaksana langkah pengukuhan keselamatan ICT secara berkala melalui Security Posture Assessment (SPA).
- Merancang, mengurus dan mengemaskini Polisi Keselamatan Siber (PKS) Kementerian.
- Merancang dan mengurus program pemantapan keselamatan ICT melalui perkongsian pengetahuan dan teknologi terkini.
- Merancang, mengurus dan melaksana program pembudayaan keselamatan ICT.
- Penyelaras Pasukan Tindak balas Insiden Keselamatan Komputer/ Computer Security Incident Response Team (CSIRT) Kementerian.
- Penyelaras Pelaksanaan Pensijilan Information Security Management System (ISMS).
UNIT PENGURUSAN PEROLEHAN DAN NAZIRAN ASET ICT
- Menyelia, menyelaras dan melaksanakan proses penerimaan, pendaftaran, agihan penempatan dan pinjaman aset.
- Menyelaras dan melaksana pengemaskinian penempatan dan status aset melalui Sistem Pengurusan Aset Alih Kerajaan (SPA).
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan aset (naziran) terhadap aset alih yang didaftarkan di bawah Bahagian Pengurusan Maklumat di peringkat Kementerian, PKN dan PKD secara berkala.
- Merancang, mengurus, melaksana dan memantau urusan pelupusan aset alih ICT yang telah melebihi tempoh 5 tahun dan mempunyai status BER (Beyond Economic Repair).
- Melaksanakan Pemeriksaan Pelupusan (PEP) ke atas Peralatan ICT di Kementerian, PKN, PKD dan Agensi di bawah Kementerian.
- Mengurus dan memantau Kontrak berkaitan aset dan sewaan ICT di Bahagian Pengurusan Maklumat.
- Menyediakan pelaporan untuk Mesyuarat JKPAK Kementerian.
- Merancang, mengurus, menyelaras keperluan dan urusan perolehan aset alih ICT.
- Merancang, mengurus dan menyelaras perolehan alat dan talian mudah alih.
- Merancang dan mengurus operasi serta tempahan Makmal Komputer ICT dan Makmal GIS.
UNIT PENTADBIRAN
UNIT PENTADBIRAN
- Menyelaras peruntukan tahunan dan memantau perbelanjaan Bahagian.
- Menyelia kehadiran, cuti dan rekod perkhidmatan pegawai Bahagian serta menyelaras urusan seperti penempatan, pertukaran dan kenaikan pangkat mengikut pekeliling/ peraturan yang ditetapkan.
- Menyelaraskan permohonan kursus, latihan, seminar dan bengkel untuk pembangunan kompetensi pegawai Bahagian.
- Menyelaras aduan berkaitan fasiliti dan keselamatan bangunan serta tugasan Pegawai Bertugas Harian, termasuk memastikan kawalan dan pengurusan kunci keselamatan pejabat dilaksanakan secara teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Mengurus dan menyelia fail dan dokumen terperingkat di peringkat Bahagian.
- Menyediakan laporan, memo, minit mesyuarat, notis dan makluman rasmi.
- Menyelaras tempahan bilik mesyuarat, penyediaan makanan dan minuman dan lain-lain kemudahan berkaitan penganjuran mesyuarat.
- Menyelaras tempahan tiket penerbangan dan kenderaan bagi pegawai yang bertugas di luar pejabat.
- Menyelaras proses perolehan mengikut prosedur dan had kuasa kewangan (Pesanan Pembelian (PO) dan Pesanan Kontrak (CO).
- Menyemak dan menyelaras permohonan tuntutan elaun perjalanan dan tuntutan kerja lebih masa daripada pegawai yang layak, memastikan kelayakan mengikut pekeliling dan kadar semasa sebelum dihantar ke Bahagian Kewangan, serta menyimpan rekod tuntutan bagi tujuan audit dan pemantauan.



