Setiausaha Bahagian Korporat dan Pembangunan Kemahiran

SUBPSM  

Nama : Mohd Nazri bin Mohd Deni

E-mel : mohd.nazri@@rurallink.gov.my

No. Telefon : 03 – 8891 2211

No. Faks : 03 – 8888 2336

OBJEKTIF

  • Menyelaras dasar, peraturan dan urusan kawal selia serta tadbir urus korporat termasuk aktiviti pelaburan dan penswastaan syarikat milikan Agensi KKDW bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh anak syarikat adalah selaras dengan dasar dan peraturan semasa Kerajaan serta agensi regulatori.
  • Melaksanakan urusan berkaitan pelantikan, penamatan dan lain-lain urusan perkhidmatan Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milikan agensi KKDW bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh anak syarikat selaras dengan prinsip dan amalan tadbir urus terbaik korporat.
  • Menyelaras isu dasar dan menguruskan hal ehwal berkaitan MARA bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh MARA adalah selaras dengan Akta MARA 1966 dan arahan serta dasar semasa Kerajaan.
  • Menyelaras dasar hala tuju TVET dan mengawal selia fungsi dan tadbir urus semua institusi TVET KKDW bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh institusi TVET adalah selaras dengan arahan dan dasar semasa Kerajaan.
  • Merancang dan mengurus kolaborasi strategik serta menyelaras program/ projek TVET semua institusi TVET KKDW bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh institusi TVET adalah selaras dengan arahan dan dasar semasa Kerajaan.
  • Merancang, melaksanakan dan menyelaras urusan Akaun Amanah BAKTIDESA bagi memastikan tatacara pelaksanaan pengurusan akaun adalah selaras dengan Surat Ikatan Amanah di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957, arahan serta dasar semasa Kerajaan.
  • Menyelaras penyediaan deraf jawapan bagi pertanyaan Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi perkara/ isu dasar di bawah skop tugas Bahagian.
  • Menerajui pengurusan sumber manusia, kewangan dan pentadbiran, teknologi maklumat dan hal ehwal korporat Bahagian berdasarkan arahan dan peraturan yang berkuat kuasa bagi memastikan pencapaian visi dan misi Bahagian.

FUNGSI

Unit Kawal Selia Dan Tadbir Urus Korporat (Unit A)
  • Mengkaji, meneliti dan menyemak dasar dan peraturan semasa syarikat milikan agensi KKDW agar selaras dengan amalan tadbir urus terbaik korporat.
  • Mengawalselia dan memantau pelaksanaan dasar, peraturan dan hala tuju syarikat milikan agensi KKDW bagi memastikan fokus terhadap perniagaan teras diutamakan dan objektif penubuhan syarikat dicapai.
  • Mengkaji, meneliti dan menyemak dasar pelantikan wakil KKDW untuk menganggotai Lembaga Pengarah syarikat milikan agensi KKDW agar selaras dengan prinsip dan amalan tadbir urus terbaik korporat.
  • Menguruskan pelantikan, penamatan dan lain-lain urusan perkhidmatan Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milikan agensi KKDW agar selaras dengan prinsip dan amalan tadbir urus terbaik korporat.
  • Melaksanakan penilaian dan aktiviti semak dan imbang (check and balance) serta memperakukan permohonan syarikat milikan agensi KKDW iaitu RISDA, FELCRA, PERDA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH dan KEDA untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Melulus (PBM) agar teratur dan mematuhi semua keperluan peraturan yang berkuatkuasa, antaranya:

(i) Pelaburan;

(ii) Pinjaman;

(iii) Dividen, bonus atau insentif kewangan;

(iv) Penswastaan;

(v) Pembelian atau pelupusan aset; dan

(vi) Penubuhan atau pelupusan syarikat.

  • Melaksanakan pemantauan prestasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) syarikat milikan agensi KKDW bagi memastikan syarikat mempunyai daya saing dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan kerjasama pintar (smart partnership) dan program jalinan rangkaian (networking) dalam kalangan syarikat milikan agensi KKDW atau pihak luar bagi membolehkan syarikat terus berkembang dan meraih manfaat daripada kepesatan perubahan teknologi semasa.
  • Melaksanakan pemantauan pengemaskinian maklumat dalam Sistem ePSA.
  • Menganjurkan kursus dan latihan berkaitan pentadbiran, pembangunan modal insan ke arah memantapkan tadbir urus korporat dalam pengurusan syarikat.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Penyelarasan Mara Dan Pentadbiran (Unit B)
  • Menyelaras isu dasar dan menguruskan hal ehwal berkaitan MARA bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh MARA adalah selaras dengan Akta MARA 1966 dan arahan serta dasar semasa Kerajaan.
  • Melaksanakan penilaian dan aktiviti semak dan imbang (check and balance) serta memperakukan permohonan syarikat milikan MARA untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Melulus (PBM) agar teratur dan mematuhi semua keperluan peraturan yang berkuatkuasa bagi perkara berikut:

(i) Pelaburan;

(ii) Pinjaman;

(iii) Dividen, bonus atau insentif kewangan;

(iv)Penswastaan;

(v) Pembelian atau pelupusan aset; dan

(vi) Penubuhan atau pelupusan syarikat.

  • Merancang dan mengurus Akaun Amanah BAKTIDESA (AAB) agar mematuhi tatacara pelaksanaan pengurusan akaun Surat Ikatan Amanah di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957, arahan serta dasar semasa Kerajaan.
  • Penyediaan jawapan bagi pertanyaan Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi perkara/ isu dasar di bawah skop tugas Bahagian.
  • Menguruskan hal ehwal berkaitan pentadbiran, sumber manusia, kewangan dan perolehan Bahagian.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Perancangan TVET (Unit C)
  • Menggubal dan menyelaras pelaksanaan dasar serta hala tuju TVET di peringkat Kementerian dan semua Institusi TVET KPLB bagi memastikan fokus dan objektif penubuhan institusi TVET KPLB tercapai (bagi institusi-institusi TVET di bawah MARA, RISDA, FELCRA, PERDA, KEDA, KETENGAH, KEMAS dan JAKOA).
  • Merancang dan mengawalselia fungsi dan tadbir urus semua Institusi TVET KPLB bagi memperkasakan TVET KPLB selaras dengan agenda pembangunan TVET negara (bagi institusi-institusi TVET di bawah MARA, RISDA, FELCRA, PERDA, KEDA, KETENGAH, KEMAS dan JAKOA)
  • Merancang, mengurus dan menyelaras program/ projek pembangunan TVET meliputi aspek tenaga pengajar, pelatih, modul, pengajaran dan pembelajaran, pembiayaan dan kualiti untuk semua Institusi TVET KPLB bagi memastikan kecemerlangan pembangunan modal insan.
  • Menyelaras dan menganalisa data berkaitan TVET KPLB bagi tujuan perancangan dan penggubalan dasar TVET di peringkat Kementerian dan peringkat nasional.
  • Menyediakan deraf Nota/ Memorandum Jemaah Menteri bagi perkara/ isu di bawah seliaan kepada Bahagian Perancangan Strategik KPLB.
  • Mengurusetiakan mesyuarat dan jawatankuasa utama TVET di peringkat Kementerian (JKTVET@KPLB, JPPTVET@KPLB dan TWG TVET@KPLB).
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Pembangunan TVET (Unit D)
  • Merancang dan mengurus perhubungan, kerjasama serta kolaborasi strategik dengan semua stakeholder institusi TVET KPLB bagi memastikan fokus dan objektif penubuhan institusi TVET KPLB tercapai (bagi institusi-institusi TVET di bawah MARA, RISDA, FELCRA, PERDA, KEDA, KETENGAH, KEMAS dan JAKOA).
  • Mengurus, memantau dan menilai hubungan institusi TVET KPLB dengan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja pelatih.
  • Menyediakan perancangan penjenamaan TVET seperti hebahan, promosi bagi aktiviti dan program TVET untuk sebaran maklumat kepada golongan sasar bagi meningkatkan imej TVET KPLB.
  • Melaksanakan urusan naziran pemantauan agensi/ Institusi TVET KPLB.
  • Menyelaras pembangunan sistem dan aplikasi berkaitan TVET KPLB bagi tujuan memudahkan akses maklumat TVET.
  • Menyelaras maklumbalas berkaitan TVET.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.