Setiausaha Bahagian Akaun
Nama : Sabariah binti Yusof @ Mohd Eusope
E-mel : sabariah.yusof@rurallink.gov.my
No. Telefon : 03 – 8891 5807
No. Faks : 03 – 8888 5861
OBJEKTIF
- Memastikan semua Terimaan dan Perbelanjaan KKDW diperakaunkan dengan cekap, berkesan dan bertanggungjawab
- Memastikan sistem perakaunan dan pengawasan yang sesuai diadakan untuk mengelakkan kehilangan kerana penipuan atau kecuaian, tertakluk kepada penyeliaan am Pegawai Pengawal.
- Memastikan hasil yang diterima diperakaunkan dengan betul dan tepat.
- Memastikan hanya perbelanjaan yang dibenarkan diterima dan dibayar dalam tempoh yang ditetapkan serta dperakaunkan dengan betul dan tepat.
- Melaporkan kepada Pegawai Pengawal apa-apa luar aturan yang berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya.
FUNGSI
UNIT PERAKAUNAN KEWANGAN
- Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kementerian.
- Memastikan transaksi kewangan dan perakaunan diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.
- Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian yang berkualiti dan berintegriti.
- Memberikan khidmat nasihat yang berkualiti kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam isu-isu perakaunan.
- Menyediakan maklumat dan laporan perakaunan pengurusan bagi membantu Pengurusan Atasan dalam pembuatan keputusan.
UNIT PERUNDINGAN DAN PEMANTAUAN
- Menyemak penyata pemungut;
- Menyemak Buku Kira-Kira Wang Tunai Bulanan semua Pejabat Pemungut yang terlibat dalam Kutipan Hasil;
- Memberi latihan dan khidmat nasihat di dalam perlaksanaan Integrated Government Financial & Management Accounting System (iGFMAS);
- Membuat naziran terimaan ke atas Pejabat Pemungut bagi memastikan semua pungutan diperakaunkan; dan
- Membuat naziran ke atas enam (6) PTJ iGFMAS di Lembah Klang untuk memastikan peraturan kewangan dipatuhi.
UNIT PERAKAUNAN PENGURUSAN
- Menyedia dan menganalisa maklumat kos untuk menilai program Kementerian/ Bahagian/ Jabatan/ PTJ dan lain-lain keperluan pengurusan.
- Menganalisa prestasi / maklumat kewangan, menyediakan laporan dan memberi cadangan penambahbaikan kepada pihak pengurusan.
- Menyedia dan menganalisa maklumat aset serta sumber manusia bagi tujuan pengurusan sumber yang berkesan.
- Menyediakan laporan prestasi pembayaran bil 14 hari peringkat Kementerian.
- Menyelaras laporan dan maklumat dari semua seksyen di Bahagian Akaun untuk pembentangan dalam Mesyuarat JPKA Kementerian.
UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
- Menguruskan urusan pentadbiran dan perkhidmatan pegawai-pegawai di bahagian.
- Menguruskan urusan kewangan dan belanjawan bahagian.
- Menguruskan kedudukan aset alih dan keperluan stor bahagian.



