KKDW NEWS
PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus memperkukuh budaya kerja berintegriti menerusi Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni dan Integriti sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat KKDW Tahun 2026 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKDW.
Program bertemakan “Integriti Kita, Nilai Kita” itu menghimpunkan seramai 200 warga KKDW bagi menyemarakkan penghayatan nilai amanah, ketelusan dan tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas.
Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa integriti tidak terhad kepada Sambutan Hari Intergriti semata-mata, sebaliknya perlu menjadi budaya kerja seluruh warga KKDW selaras dengan aspirasi “KKDW Sejahtera Tanpa Rasuah”.
Majlis turut menyaksikan Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) KKDW yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Setiausaha KKDW dan disaksikan oleh Yang Berusaha KPKPj Samsul bin Salip, Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen KKDW dalam membudayakan integriti serta membentuk warga kerja yang beretika, amanah dan bertanggungjawab demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.
#KKDW
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#PejuangDesa
#EkonomiDesaNasional



