Utama » Program Bina Insan (PBI)
PROGRAM BINA INSAN (PBI)
Konsep Program
Program Bina Insan (PBI)
Kemudahan Program
Menyediakan bantuan kewangan serta pengurusan latihan
bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus yang merangkumi perubahan sikap,
motivasi dan pembangunan insan.
Fokus Pembangunan
Membangunkan minda dan sikap kumpulan sasar agar lebih bermotivasi dalam meningkatkan
ilmu pengetahuan, tahap pendidikan, kemahiran diri serta pendapatan keluarga.
Program ini turut berperanan dalam menganjak paradigma belia luar bandar
agar lebih berdaya saing serta mampu berdikari pada masa hadapan.
Mekanisme Pelaksanaan
Mekanisme Pelaksanaan Program Bina Insan (PBI)
1
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berperanan sebagai penyelaras utama dalam penggubalan dasar dan strategi pelaksanaan, termasuk merancang, menyelaras, memantau serta menilai impak projek di peringkat Persekutuan dan melaporkan kemajuan kepada Agensi Pusat.
2
KKDW boleh melantik mana-mana agensi di bawahnya, Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) serta anak syarikat agensi sebagai Agensi Pelaksana PBI.
3
Kursus PBI boleh dilaksanakan melalui kerjasama dengan kementerian lain, Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan termasuk penggunaan Pusat Latihan atau Institut Kemahiran Kerajaan, serta pembangunan modul kursus yang bersesuaian.
4
Tertakluk kepada perakuan KKDW, Agensi Pelaksana PBI boleh melantik Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau pengendali latihan swasta yang mempunyai kepakaran bagi melaksanakan kursus.
Konsep Program
PBI menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus perubahan sikap, motivasi dan pembangunan insan. Matlamatnya ialah untuk membangunkan minda dan sikap kumpulan sasar supaya lebih bermotivasi untuk berusaha meningkatkan ilmu, pendidikan, kemahiran serta pendapatan keluarga. Sekaligus menganjak paradigma belia luar bandar agar mampu berdikari pada masa hadapan.
Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40). Kriteria kumpulan sasar yang layak adalah seperti berikut:
- disahkan sebagai miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) berserta berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
- diperaku dan disahkan layak oleh Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri atau Daerah (FG); dan
- bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada kriteria di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan KKDW.
Syarat-Syarat Pelaksanaan
Syarat-syarat pelaksanaan PBI adalah seperti berikut:
- Pelatih PBI adalah warganegara Malaysia;
- Had umur pelatih adalah 15 tahun ke atas. Walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada belia di bawah umur 40 tahun;
- Keupayaan minimum dalam membaca, menulis dan mengira (3M);
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah; dan
- Bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada syarat-syarat di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan KKDW.
Komponen dan Kadar Bantuan PBI
- Program ini mempunyai 3 komponen utama, iaitu motivasi (perubahan sikap), pembangunan minda dan sahsiah serta kecemerlangan keluarga. Komponen kursus merangkumi slot ceramah, aktiviti berkumpulan, lawatan sambil belajar, sesi perkongsian pengalaman (townhall), dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.
- Kos maksimum bagi setiap peserta adalah RM 1,000 yang meliputi kos pengurusan, bayaran perkhidmatan, penginapan, makan minum, peralatan, pengangkutan, logistik dan lawatan sambil belajar.
- Bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada syarat-syarat dan kadar bantuan maksimum seperti di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan KKDW.
Mekanisme Pelaksanaan
- KKDW berfungsi sebagai penyelaras utama dari segi penggubalan dasar dan strategi pelaksanaan serta membuat perancangan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian impak projek di peringkat Persekutuan dan melaporkan kemajuan pelaksanaan program kepada Agensi Pusat.
- KKDW boleh melantik mana-mana agensi di bawah KKDW, Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW), dan anak-anak syarikat agensi sebagai Agensi Pelaksana PBI.
- Kursus PBI juga boleh dilaksanakan melalui kerjasama dengan Kementerian-kementerian lain, Kerajaan Negeri dan agensi-agensi di bawahnya. Kerjasama ini boleh melibatkan penggunaan Pusat Latihan/ Institut Kemahiran Kerajaan dan pembangunan modul kursus.
- Tertakluk kepada perakuan KKDW, Agensi-agensi Pelaksana PBI boleh melantik Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau pengendali latihan swasta yang mempunyai kepakaran bagi melaksanakan kursus.
- KKDW berfungsi sebagai penyelaras utama dari segi penggubalan dasar dan strategi serta membuat perancangan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian impak projek di peringkat Persekutuan dan melaporkan kemajuan pelaksanaan program kepada Agensi Pusat.






