Portal Rasmi

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

 47, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

#luarbandarsejahtera

PERUTUSAN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Datuk Dr Abd Latiff Ahmad

MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Assalamualaikum dan selamat datang ke laman web Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Kehidupan Norma Baru, Pasca Covid-19 pastinya menjadi satu cabaran kepada kita
semua. Namun begitu, ini juga ialah peluang untuk pembaharuan yang lebih efisien dan
berimpak tinggi bagi semua rakyat Malaysia khususnya warga kerja KPLB. Saya yakin
dan percaya, pembangunan luar bandar yang mampan dan penggunaan teknologi
adalah langkah yang terbaik bagi masyarakat di luar bandar demi menggalakkan
pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing.
Sehubungan itu, KPLB bersama dengan agensi-agensi di bawahnya akan terus
berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mencapai matlamat ‘Luar Bandar Sejahtera’ yang
semestinya diiringi dengan sistem penyampaian perkhidmatan yang mengutamakan
keperluan rakyat serta mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik.
Saya mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan melayari laman web KPLB yang
memaparkan pelbagai maklumat dan insentif yang disediakan untuk dimanfaatkan serta
aktiviti-aktiviti KPLB untuk makluman dan hebahan.

FNC 0825 burned