KELAS TADABBUR AL-QURAN SIRI 23/2021 PADA 2 JULAI 2021 SECARA ATAS TALIAN
YBhg Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,
Seperti mana YBhg Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan sedia maklum bahawa Kelas Tadabbur Al-Quran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merupakan program mingguan yang diadakan pada setiap hari Jumaat bagi memberi peluang kepada warga KPLB untuk meningkatkan ilmu pembacaan dan kefahaman tentang Al-Quran di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga KPLB, INFRA dan KEMAS. Penceramah jemputan ialah Dr. Mohd Izwan bin Md. Yusof dan Ustaz Ali Mohamad.
2. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Surau KPLB akan menganjurkan Kelas Tadabbur Al-Quran Siri 23/2021 secara atas talian kepada warga kerja Kementerian mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 2 Julai 2021 (Jumaat)
Masa : 8.00 hingga 9.00 pagi
Link : https://zoom.us/j/3362397604?pwd=UHI5YmdZSlBEa3JBWUYrZDhlZFFyUT09 Meeting ID : 336 239 7604
Passcode : 353081
3. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, YBhg Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan boleh hubungi Encik Mohd Yazid bin Disun di talian 019-2468105. Perhatian dan kerjasama YBhg Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima Kasih.
Sekian terima kasih.
Sekian.



