JABATAN DAN AGENSI

Majlis Amanah Rakyat (MARA)​
Logo MARA

Tingkat 22, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.
Tel: 603-2613 2000 / 603-2613 2000
E-Mel: webmaster@mara.gov.my
Portal Rasmi: www.mara.gov.my

Mengenai MARA

MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489] dengan tujuan untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi serta sosial dalam Malaysia khususnya bagi kawasan-kawasan luar bandar.

Penubuhan MARA adalah berasaskan cetusan idea dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang telah diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Melalui Kongres tersebut, resolusi supaya RIDA yang ditubuhkan pada tahun 1950 disusun semula agar badan ini menjadi pencetus perubahan dalam pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi masyarakat, berfokuskan kepada pembangunan sumber modal insan menerusi keusahawanan dan tenaga kerja.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)​
Logo KEMAS

Aras 5-9, No.47
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 603-8891 2000
Faks: 603-8888 2312

E-Mel: info@kemas.gov.my
Laman Web: www.kemas.gov.my

Mengenai KEMAS

KEMAS adalah lanjutan daripada Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada tahun 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”. Berikutan pelancaran “Dasar Ekonomi Baru” pada tahun 1970, Jabatan ini telah ditukar namanya kepada “Jabatan Kemajuan Masyarakat” dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat di luar bandar.

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkat dengan pengenalan konsep “Functional Literacy” oleh UNESCO sebagai usaha menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai strategi membangunkan masyarakat luar bandar.

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Logo JAKOA

Tkt. 3, 5, 20 & 20m, West Block
Wisma Golden Eagle Realty
142-c, Jalan Ampang
50548 Kuala Lumpur

Tel: 03-2161 0577
Faks: 03-2162 1470

E-Mel: pro@jakoa.gov.my
Laman Web: www.jakoa.gov.my

Mengenai JAKOA

Jabatan Orang Asli (JOA) ditubuhkan pada 25 Februari 1954 di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) untuk memberi perlindungan, kesejahteraan dan kemajuan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Penubuhan JOA awalnya berorientasikan keselamatan untuk memastikan masyarakat Orang Asli tidak terpengaruh dengan gerakan komunisme.

Pada tahun 1963, JOA bertukar nama kepada JHEOA sehingga 2011, sebelum dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Peranan JAKOA diperluas dengan misi melaksanakan pembangunan inklusif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup serta memartabatkan warisan masyarakat Orang Asli.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)​
Logo RISDA

Bangunan RISDA
Km 7, Jalan Ampang
Karung Berkunci 11067
50990 Kuala Lumpur

Tel: 03-4256 4022
Faks: 03-4257 6726

E-Mel: webmaster@risda.gov.my
Laman Web: www.risda.gov.my/my/

Mengenai RISDA

RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 [Akta 85].

Objektif penubuhan RISDA adalah untuk menggalakkan penanaman semula dan penanaman baharu tumbuhan getah dalam sektor pekebun kecil, membangunkan industri getah, mengawal selia industri getah dalam sektor pekebun kecil kecuali penyelidikan, dan membangunkan dasar serta pentadbiran teratur bagi sektor pekebun kecil.

Felcra Berhad (FELCRA BERHAD)​
Logo FELCRA

Wisma FELCRA, Lot 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur

Tel: 603 – 4145 5000
Faks: 603 – 4142 8162

E-Mail: felcrabhd@felcra.com.my
Portal Rasmi: www.felcra.com.my

Mengenai FELCRA

FELCRA Berhad sebelum ini merupakan sebuah Badan Berkanun Kerajaan dikenali sebagai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Pesekutuan atau Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority ditubuhkan pada 1 April 1966 di bawah Akta Memperbadankan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah.

Bermula pada 1 September 1997, FELCRA telah dikorporatkan dan statusnya berubah daripada sebuah Badan Berkanun kepada sebuah entiti syarikat milik penuh Kerajaan berdasarkan Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran) 1997 [Akta 570]. Penggubalan akta baharu ini menjadikan FELCRA Berhad sebagai sebuah syarikat yang mengambil alih peranan FELCRA.

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)​
Logo PERDA

No. 1, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah
12200 Butterworth, Pulau Pinang

Tel: 604-314 1100
Faks: 604-310 3178

E-Mel: webmaster@perda.icu.gov.my
Portal Rasmi: https://www.perda.gov.my

Mengenai PERDA

PERDA ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983 [Akta 282] bagi memajukan kumpulan sasar PERDA dalam bidang sosioekonomi melalui pembangunan modal insan, ekonomi dan fizikal, serta peningkatan taraf hidup.

PERDA beroperasi di empat daerah: Seberang Perai Utara, Tengah, Selatan, dan Barat Daya (kecuali Timur Laut).

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)​
Logo KETENGAH

Karung Berkunci No. 3,
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23409, Dungun, Terengganu

Tel: 609-8231 000
Faks: 609-8223 104 / 105 / 106

E-Mel: ketengah@ketengah.gov.my
Portal Rasmi: www.ketengah.gov.my

Mengenai KETENGAH

KETENGAH telah ditubuhkan pada 12 April 1973 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973 [Akta 104]. KETENGAH diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Pada 12 Jun 1993, kawasan pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan negeri Terengganu.

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)​
Logo KESEDAR

Bandar Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan

Tel: 609-9132200 Faks: 609-9121211

Portal Rasmi: www.kesedar.gov.my

Mengenai KESEDAR

KESEDAR ditubuhkan pada 1 Mei 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 [Akta 203] bagi mengimbangi komposisi penduduk Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, mengecilkan jurang pembangunan, meningkatkan kemudahan infrastruktur dan awam, membasmi kemiskinan, serta membangunkan modal insan. KESEDAR diberi kuasa menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 1.234 juta hektar meliputi jajahan Gua Musang seluas 797,976 hektar, jajahan Kuala Krai seluas 227,690 hektar, jajahan Jeli seluas 129,680 hektar dan sebahagian jajahan Tanah Merah (Ulu Kusial dan Jedok) seluas 78,652 hektar.
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)​
Logo KEDA

Tingkat 2-5, Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195, 05720 Alor Setar, Kedah

Tel: 604-7205 300 / 7205 301
Faks: 604-7340 958

E-Mel: keda@keda.com.my
Portal Rasmi: www.keda.gov.my

Mengenai KEDA

KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 [Akta 249] bagi mempercepat pembangunan sosioekonomi di kawasan KEDA seluas 8,297 km².

KEDA bertanggungjawab dalam pembangunan sosioekonomi, pembasmian kemiskinan dan menyeimbangkan pembangunan fizikal antara bandar dan luar bandar.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)​
Logo KEJORA

Bangunan Ibu Pejabat KEJORA
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus
81930 Bandar Penawar, Johor

Tel: 607-8843 000
Faks: 607-8221 600

E-Mel: kejora@kejora.gov.my
Laman Web: www.kejora.gov.my

Mengenai KEJORA

KEJORA ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 [Akta 75]. KEJORA diberikan kuasa untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kawasan dalam negeri Johor, mewujudkan peluang pekerjaan dan mempercepat pertumbuhan ekonomi dalam wilayah KEJORA.

Wilayah KEJORA terletak di dua daerah: Kota Tinggi dan Kluang, meliputi 300,277 hektar (~16% negeri Johor).

Majlis Amanah Rakyat (MARA)​

Maklumat Perhubungan

Tingkat 22, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.
Tel : 603-2613 2000
E-Mel : webmaster@mara.gov.my
Portal Rasmi :
www.mara.gov.my

 

Mengenai MARA

MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489] dengan tujuan untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi serta sosial dalam Malaysia khususnya bagi kawasan luar bandar.

Penubuhan MARA adalah berasaskan cetusan idea dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang telah diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur.

Melalui Kongres tersebut, resolusi supaya RIDA yang ditubuhkan pada tahun 1950 disusun semula agar badan ini menjadi pencetus perubahan dalam pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi masyarakat, berfokus kepada pembangunan modal insan menerusi keusahawanan dan tenaga kerja.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)​

Maklumat Perhubungan

Aras 5-9, No.47
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 603-8891 2000
Faks : 603-8888 2312
E-Mel : info@kemas.gov.my
Laman Web :
www.kemas.gov.my

 

Mengenai KEMAS

KEMAS merupakan lanjutan daripada Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada tahun 1961 melalui Kertas Kabinet Bil.385/25/60 dengan fokus utama kepada program pembasmian buta huruf.

Berikutan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970, jabatan ini ditukar namanya kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat dengan penekanan kepada pembangunan masyarakat luar bandar.

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf dipertingkatkan melalui pengenalan konsep “Functional Literacy” oleh UNESCO sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar secara lebih menyeluruh.

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)​

Maklumat Perhubungan

Tingkat 3, 5, 20 & 20M, West Block
Wisma Golden Eagle Realty
142-C, Jalan Ampang
50548 Kuala Lumpur
Tel : 03-2161 0577
Faks : 03-2162 1470
E-Mel : pro@jakoa.gov.my
Laman Web :
www.jakoa.gov.my

 

Mengenai JAKOA

Jabatan Orang Asli (JOA) telah ditubuhkan pada 25 Februari 1954 di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) bagi memberi perlindungan, kesejahteraan dan kemajuan kepada masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Pada peringkat awal, penubuhan JOA berorientasikan aspek keselamatan bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak terpengaruh dengan gerakan komunisme. Pada tahun 1963, JOA ditukar nama kepada JHEOA sehingga tahun 2011 sebelum dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Peranan JAKOA kini diperluas dengan misi melaksanakan pembangunan secara inklusif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi serta kualiti hidup masyarakat Orang Asli secara menyeluruh dan mampan.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)​

Maklumat Perhubungan

Bangunan RISDA
Km 7, Jalan Ampang,
Karung Berkunci 11067,
50990 Kuala Lumpur
Tel : 03-4256 4022
Faks : 03-4257 6726
E-Mel : webmaster@risda.gov.my
Laman Web :
www.risda.gov.my/my

 

Mengenai RISDA

RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 [Akta 85].

Objektif penubuhan RISDA adalah untuk:

  • Menggalakkan penanaman semula dan penanaman baharu getah dalam sektor pekebun kecil.
  • Membangunkan serta menggalakkan industri getah dalam kalangan pekebun kecil.
  • Mengawal selia industri getah sektor pekebun kecil (kecuali penyelidikan).
  • Menyokong matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan sektor pekebun kecil secara teratur.
Felcra Berhad (FELCRA BERHAD)​

Maklumat Perhubungan

Wisma FELCRA, Lot 4780
Jalan Rejang, Setapak Jaya
Peti Surat 12254
50772 Kuala Lumpur
Tel : 603-4145 5000
Faks : 603-4142 8162
E-Mel : felcrabhd@felcra.com.my
Portal Rasmi :
www.felcra.com.my

 

Mengenai FELCRA

FELCRA Berhad sebelum ini merupakan sebuah badan berkanun kerajaan yang dikenali sebagai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority), ditubuhkan pada 1 April 1966 di bawah Akta Memperbadankan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah.

Bermula 1 September 1997, FELCRA telah dikorporatkan dan statusnya berubah daripada badan berkanun kepada sebuah entiti syarikat milik penuh Kerajaan berdasarkan Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran) 1997 [Akta 570].

Penggubalan akta baharu ini menjadikan FELCRA Berhad sebagai sebuah syarikat yang mengambil alih sepenuhnya peranan dan fungsi FELCRA terdahulu dalam pembangunan tanah dan peningkatan sosioekonomi luar bandar.

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)​

Maklumat Perhubungan

No. 1, Lorong Kampung Gajah 2
Jalan Kampung Gajah
12200 Butterworth
Pulau Pinang
Tel : 604-314 1100
Faks : 604-310 3178
E-Mel : webmaster@perda.icu.gov.my
Portal Rasmi :
www.perda.gov.my

 

Mengenai PERDA

PERDA ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983 [Akta 282] dengan tujuan memajukan kumpulan sasar dalam bidang sosioekonomi melalui pembangunan modal insan, ekonomi dan fizikal serta peningkatan taraf hidup.

Secara amnya, PERDA beroperasi di empat daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Daerah Barat Daya, kecuali Daerah Timur Laut.

Peranan utama PERDA adalah melaksanakan program pembangunan yang meliputi bidang hartanah, latihan kemahiran, ekonomi, pembangunan modal insan dan pelaburan.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)​

Maklumat Perhubungan

Karung Berkunci No. 3,
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23409, Dungun,
Terengganu
Tel : 609-8231 000
Faks : 609-8223 104 / 105 / 106
E-Mel : ketengah@ketengah.gov.my
Portal Rasmi :
www.ketengah.gov.my

 

Mengenai KETENGAH

KETENGAH telah ditubuhkan pada 12 April 1973 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973 [Akta 104].

KETENGAH diberi kuasa untuk melaksanakan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Pada 12 Jun 1993, kawasan pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah diwartakan melalui P.U.(B) 356.

Pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah pembangunan berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira separuh daripada keluasan negeri Terengganu.

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)​

Maklumat Perhubungan

Bandar Gua Musang,
18300, Gua Musang,
Kelantan
Tel : 609-9132 200
Faks : 609-9121 211
Portal Rasmi :
www.kesedar.gov.my

 

Mengenai KESEDAR

KESEDAR ditubuhkan pada 1 Mei 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 [Akta 203] dengan tujuan mengimbangi komposisi penduduk antara Kelantan Selatan dan Kelantan Utara, mengecilkan jurang pembangunan, meningkatkan kemudahan infrastruktur serta membasmi kemiskinan melalui pembangunan modal insan dan penyusunan semula masyarakat.

KESEDAR diberi kuasa menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial meliputi kawasan:

  • Seluas 1,234,000 hektar meliputi Jajahan Gua Musang (797,976 hektar);
  • Jajahan Kuala Krai (227,690 hektar);
  • Jajahan Jeli (129,680 hektar); dan
  • Sebahagian Jajahan Tanah Merah (Ulu Kusial dan Jedok) seluas 78,652 hektar.
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)​

Maklumat Perhubungan

Tingkat 2–5, Bangunan Tunku
Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195
05720 Alor Setar
Kedah
Tel : 604-7205 300 / 604-7205 301
Faks : 604-7340 958
E-Mel : keda@keda.com.my
Portal Rasmi :
www.keda.gov.my

 

Mengenai KEDA

KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 [Akta 249] dengan tujuan mempercepat pembangunan sosioekonomi di kawasan operasi KEDA.

Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,297 kilometer persegi daripada keseluruhan negeri Kedah.

KEDA diberi tanggungjawab dalam pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi termasuk pembasmian kemiskinan serta menyeimbangkan pembangunan fizikal antara kawasan bandar dan luar bandar.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)​

Maklumat Perhubungan

Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar,
Johor
Tel : 607-8843 000
Faks : 607-8221 600
E-Mel : kejora@kejora.gov.my
Laman Web :
www.kejora.gov.my

 

Mengenai KEJORA

KEJORA telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 [Akta 75].

KEJORA diberikan kuasa di bawah Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 bagi mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kawasan dalam negeri Johor melalui pewujudan peluang pekerjaan dan mempercepat pertumbuhan ekonomi wilayah.

Wilayah KEJORA terletak di dalam dua daerah iaitu Kota Tinggi dan Kluang meliputi kawasan seluas 300,277 hektar, iaitu kira-kira 16 peratus daripada keluasan negeri Johor (Pelan Gazet 738 bertarikh 7 Mei 1972, Seksyen 410 KTN).

Majlis Amanah Rakyat (MARA)​

Tingkat 22, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.
Tel : 603-2613 2000 / 603-2613 2000
E-Mel : webmaster@mara.gov.my
Portal Rasmi : https://www.mara.gov.my

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)​

Aras 5-9, No.47
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 603-8891 2000 Faks : 603 – 8888 2312
E-Mel : info@kemas.gov.my
Laman Web : https://www.kemas.gov.my

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)​

Tkt. 3, 5, 20 & 20m, West Block,
Wisma Golden Eagle Realty,
142-c, Jalan Ampang,
50548 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2161 0577 / Fak : 03-2162 1470
E-Mel : pro[at]jakoa[dot]gov[dot]my
Laman Web : https://www.jakoa.gov.my/

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)​

Bangunan RISDA,
Km 7, Jalan Ampang,
Karung Berkunci 11067,
50990 Kuala Lumpur.
Tel : 03-42564022 / Fak : 03-42576726
E-Mel : webmaster@risda.gov.my
Laman Web : https://www.risda.gov.my/my/

Felcra Berhad (FELCRA BERHAD)​

Wisma FELCRA, Lot 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
Phone : 603 – 4145 5000
Fax : 603 – 4142 8162
E-Mail : felcrabhd@felcra.com.my
Portal Rasmi : www.felcra.com.my

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)​

No. 1, Lorong Kampung Gajah 2,
Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth,
Pulau Pinang
Tel : 604-314 1100 |  Faks : 604-310 3178
E-Mel : webmaster[at]perda.icu.gov.my
Portal Rasmi : https://www.perda.gov.my

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)​

Karung Berkunci No. 3
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23409, Dungun, Terengganu.
Tel : 609-8231 000 Faks : 609-8223 104 / 105 / 106
E-Mel : ketengah@ketengah.gov.my
Portal Rasmi : https://www.ketengah.gov.my

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)​

Bandar Gua Musang
18300 Gua Musang Kelantan
Tel : 609-9132200 Faks : 609-9121211
Portal Rasmi : https://www.kesedar.gov.my

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)​

Tingkat 2-5, Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195
05720 Alor Setar
Kedah.
Tel : 604-7205 300 / 7205301 Faks : 604-7340 958
E-Mel : keda@keda.com.my
Portal Rasmi : https://www.keda.gov.my

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)​

Bangunan Ibu Pejabat KEJORA
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus
81930 Bandar Penawar, Johor.
Tel : 607-8843 000 Faks : 607-8221 600
E-Mel : kejora@kejora.gov.my
Laman Web : https://www.kejora.gov.my