Setiausaha Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah

Nama : Dr. Hartini binti Mohd Nasir
E-mel : hartini.nasir@rurallink.gov.my
No. Telefon : 03 – 8891 2181
No. Faks : 03 – 8888 2334
OBJEKTIF
- Menjadikan agensi LKW sebagai agensi pembangunan wilayah yang unggul.
- Menjadikan agensi LKT sebagai agensi pembangunan tanah, pertanian dan pekebun kecil yang terbaik.
- Mewujudkan pembangunan wilayah dan kawasan yang seimbang dengan penglibatan agensi LKW dan agensi-agensi pelaksana di bawah KKDW.
FUNGSI
CAWANGAN PEMAJUAN TANAH (T)
- Mengawal selia LKT dan menyelaras perancangan dasar serta strategi pembangunan tanah;
- Menyelaras perancangan program/projek pembangunan LKT;
- Bertindak sebagai liaison, mediator, pemudahcara bagi pihak LKT dan agensi-agensi pelaksana dengan pihak lain;
- Memantau pelaksanaan program/projek pembangunan oleh LKT; dan
- Menilai keberkesanan dan prestasi program pembangunan tanah yang telah dilaksanakan.
CAWANGAN PEMAJUAN WILAYAH (W)
- Mengawal selia LKW dan menyelaras perancangan dasar serta strategi pembangunan wilayah;
- Menyelaras perancangan program/projek pembangunan LKW;
- Bertindak sebagai liaison, mediator, pemudahcara bagi pihak LKW dan agensi-agensi pelaksana dengan pihak lain;
- Memantau pelaksanaan program/projek pembangunan oleh LKW;
- Menilai keberkesanan dan prestasi program pembangunan wilayah yang telah dilaksanakan;
- Menyelaras pelaksanaan dasar/keputusan pembubaran agensi bagi memastikan ia teratur dan sempurna;
- Menguruskan pentadbiran sebelum, semasa dan selepas pembubaran LKW bagi memastikan proses pembubaran sempurna.
CAWANGAN PEMAJUAN KAWASAN (K)
- Menilai dan menggubal dasar PPK mengikut dasar dan keperluan semasa;
- Merancang pelaksanaan Program Pemajuan Kawasan (PPK);
- Menyelaras dan mengkaji kebolehlaksanaan cadangan permohonan projek PPK daripada negeri dan agensi;
- Menyelaras keperluan peruntukan dan membuat penilaian pelaksanaan projek PPK di lapangan;
- Memantau dan mengawasi pelaksanaan projek.
- Mengurusetia dan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan PPK 2 kali setahun dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan;
- Menyelaras keperluan dan isu melalui kerjasama dengan negeri dan agensi; dan
- Menilai keberkesanan dan prestasi program pembangunan kawasan yang telah dilaksanakan.
CAWANGAN AGROPOLITAN (G)
- Menggubal dasar, menyelaras dan mengkaji kebolehlaksanaan cadangan permohonan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) daripada negeri dan agensi;
- Menyelaras keperluan peruntukan, memantau dan membuat penilaian pelaksanaan projek di lapangan bagi tujuan kawalan dan keberkesanan pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK);
- Menilai, memantau dan mengawasi pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) melalui lawatan, menyemak senarai laporan projek, menyemak kedudukan peruntukan anggaran belanjawan yang ditetapkan dan sebagainya;
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan; dan
- Mengemas kini maklumat dan data prestasi bagi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK).
CAWANGAN KAWAL SELIA DARA & LKWJ
- Merancang, melaksana dan memantau perkhidmatan khidmat bandaran di kawasan Pahang Tenggara sehingga diserah kepada Kerajaan Negeri;
- Menyelaras dan menguruskan hartanah yang terletakhak kepada PTP;
- Menyelaras kutipan ABT.
- Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program/projek sosioekonomi
- Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah LKW, KKDW
UNIT PENTADBIRAN
- Menguruskan hal-hal berkaitan perolehan bekalan, perkhidmatan pegawai Bahagian dan kerja;
- Mengurus dan mengawal selia hal-hal yang berkaitan dengan kewangan pejabat; dan
- Menguruskan hal-hal pentadbiran pejabat dan personal.



