Setiausaha Bahagian Akaun

SABARIAH-AKAUN

Nama : Sabariah binti Yusof @ Mohd Eusope

E-mel : sabariah.yusof@rurallink.gov.my

No. Telefon : 03 – 8891 5807

No. Faks : 03 – 8888 5861

OBJEKTIF

  • Memastikan semua Terimaan dan Perbelanjaan KKDW diperakaunkan dengan cekap, berkesan dan bertanggungjawab
  • Memastikan sistem perakaunan dan pengawasan yang sesuai diadakan untuk mengelakkan kehilangan kerana penipuan atau kecuaian, tertakluk kepada penyeliaan am Pegawai Pengawal.
  • Memastikan hasil yang diterima diperakaunkan dengan betul dan tepat.
  • Memastikan hanya perbelanjaan yang dibenarkan diterima dan dibayar dalam tempoh yang ditetapkan serta dperakaunkan dengan betul dan tepat.
  • Melaporkan kepada Pegawai Pengawal apa-apa luar aturan yang berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya.

FUNGSI

UNIT PERAKAUNAN KEWANGAN
  • Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kementerian.
  • Memastikan transaksi kewangan dan perakaunan diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.
  • Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian yang berkualiti dan berintegriti.
  • Memberikan khidmat nasihat yang berkualiti kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam isu-isu perakaunan.
  • Menyediakan maklumat dan laporan perakaunan pengurusan bagi membantu Pengurusan Atasan dalam pembuatan keputusan. 
UNIT PERUNDINGAN DAN PEMANTAUAN
  • Menyemak penyata pemungut;
  • Menyemak Buku Kira-Kira Wang Tunai Bulanan semua Pejabat Pemungut yang terlibat dalam Kutipan Hasil;
  • Memberi latihan dan khidmat nasihat di dalam perlaksanaan Integrated Government Financial & Management Accounting System (iGFMAS);
  • Membuat naziran terimaan ke atas Pejabat Pemungut bagi memastikan semua pungutan diperakaunkan; dan
  • Membuat naziran ke atas enam (6) PTJ iGFMAS di Lembah Klang untuk memastikan peraturan kewangan dipatuhi.
UNIT PERAKAUNAN PENGURUSAN
  • Menyedia dan menganalisa maklumat kos untuk menilai program Kementerian/ Bahagian/ Jabatan/ PTJ dan lain-lain keperluan pengurusan.
  • Menganalisa prestasi / maklumat kewangan, menyediakan laporan dan memberi cadangan penambahbaikan kepada pihak pengurusan.
  • Menyedia dan menganalisa maklumat aset serta sumber manusia bagi tujuan pengurusan sumber yang berkesan.
  • Menyediakan laporan prestasi pembayaran bil 14 hari peringkat Kementerian.
  • Menyelaras laporan dan maklumat dari semua seksyen di Bahagian Akaun untuk pembentangan dalam Mesyuarat JPKA Kementerian.
UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
  • Menguruskan urusan pentadbiran dan perkhidmatan pegawai-pegawai di bahagian.
  • Menguruskan urusan kewangan dan belanjawan bahagian.
  • Menguruskan kedudukan aset alih dan keperluan stor bahagian.