Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Nama : Puan Norazah binti Abdul Shukor
E-mel : norazah@rurallink.gov.my
No. Telefon : 03 – 8891 5677
No. Faks : 03 – 8888 2349
OBJEKTIF
- Memastikan struktur organisasi Kementerian mantap dan dinamik dengan menggunakan sumber manusia yang optimum;
- Memastikan urusan perkhidmatan warga Kementerian diuruskan dengan berkesan dan menepati peraturan yang berkuat kuasa;
- Melahirkan anggota Kementerian yang berilmu pengetahuan, berdaya saing, berproduktiviti tinggi dan menghayati nilai-nilai murni melalui pembelajaran sepanjang hayat;
- Memastikan kompetensi anggota berada di tahap yang optimum agar objektif Kementerian dapat dicapai; dan
- Mensejahterakan warga Kementerian dari sudut minda, emosi dan tingkah laku.
FUNGSI
CAWANGAN PERANCANGAN TENAGA MANUSIA DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (A)
- Mengkaji keperluan perjawatan dan sumber manusia
- Pelaksanaan dasar-dasar perjawatan semasa berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan arahan agensi pusat
- Pelaksanaan semakan skim perkhidmatan di bawah Ketua Perkhidmatan Ketua Setiausaha KPLB
- Pengemaskinian pangkalan data perjawatan Kementerian dan carta fungsi dan carta organisasi KPLB
- Khidmat nasihat perjawatan dan pembangunan organisasi serta Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
- Pemantauan implementasi perjawatan (naziran perjawatan).
- Urus setia Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
- Urus setia Darjah Kebesaran / Bintang / Pingat Persekutuan / Negeri
- Urus setia Perlantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Agensi
CAWANGAN PERKHIDMATAN DAN KEMAJUAN KERJAYA (B)
- Menguruskan hal-hal perkhidmatan personel di Kementerian dari segi pengambilan, penempatan, pertukaran, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan dalam jawatan berpencen dan persaraan
- Menguruskan kemudahan, cuti, dan saraan pegawai dan anggota KPLB
- Mentadbir, mengemaskini dan memantau Sistem HRMIS
- Menguruskan urusan kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya
- Menyelaras urusan perkhidmatan personel di Jabatan dan Agensi KPLB
- Menguruskan pelantikan Ketua Jabatan / Agensi di bawah KPLB
- Urus setia Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)
- Urus setia Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Kementerian / Jabatan;
- Memberi khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan personel kepada Jabatan / Agensi KPLB
CAWANGAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (C)
- Merancang dan membangunkan Pelan Operasi Latihan Kementerian berdasarkan Training Need Analysis dan Analisis Jurang
- Melaksanakan Program Latihan di bawah Pelan Operasi Latihan Kementerian
- Memantau pencapaian dan menyediakan Laporan Pelaksanaan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam bagi KPLB dan Agensi
- Merancang dan melaksanakan Program Islam Hadhari dan Penerapan Nilai Islam (PNI)
- Melaksanakan urusan Pentadbiran dan Kewangan Bahagian
- Merancang dan melaksana Program Transformasi Minda dan kursus mandatori untuk pengesahan perkhidmatan warga KPLB dan Agensi
- Menguruskan permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), biasiswa, pinjaman, program luar negara, latihan praktikal untuk Kementerian
- Urus setia bagi kelulusan Kursus Ke Luar Negara bagi warga KPLB dan Agensi
- Urus setia Jawatankuasa Latihan Kementerian
CAWANGAN KOMPETENSI DAN PEPERIKSAAN (D)
- Menyelaras dasar pelaksanaan kompetensi dan peperiksaan
- Merancang, merangka dan melaksana modul / kurikulum penilaian kompetensi dan peperiksaan pegawai skim perkhidmatan bukan guna sama
- Merancang dan mengurus pelaksanaan penggubalan soalan kompetensi dan peperiksaan
- Menyediakan Laporan Analisa Keputusan Penilaian Kompetensi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Urus setia Lembaga Penilaian Kompetensi
- Urus setia Lembaga Peperiksaan Kementerian
- Urus setia Panel Penilaian Kompetensi Kementerian
- Urus setia Panel Peperiksaan Kementerian
- Menguruskan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan Ketua Pegawai Eksekutif Anak Syarikat
CAWANGAN PENGURUSAN PSIKOLOGI (E)
- Memberikan khidmat nasihat berkaitan psikologi dan kaunseling kepada Warga KPLB dan Agensi
- Menguruskan program psikologi dan kaunseling dalam bentuk seminar/bengkel/forum/kursus
- Menguruskan Program Pementoran di KPLB dan Agensi
- Memberikan perkhidmatan kaunseling individu, kelompok dan keluarga kepada warga KPLB dan Agensi
- Menjalankan intervensi pemulihan kepada pegawai KPLB dan Agensi
- Urus setia Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) KPLB dan Agensi