RURAL BUSINESS OUTLET

Rural Business Outlet (RBO@KPLB) adalah sebuah outlet berkonsepkan pusat sehenti yang memasarkan produk-produk usahawan desa yang terpilih.  RBO@KPLB menyediakan platform pemasaran kepada produk usahawan bimbingan KPLB yang berpotensi.  Selain itu, program ini juga membantu untuk menyediakan platform promosi produk usahawan desa di pasaran komersil.

Program pemasaran produk ini menyasarkan usahawan luar bandar yang telah mendapat bimbingan KPLB. Keutamaan diberikan kepada usahawan yang mempunyai alamat perniagaan di kawasan parlimen luar bandar dan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Objektif program

  1. Menyediakan platform jualan yang tetap kepada usahawan terpilih;
  2. Mempromosikan produk usahawan luar bandar ke peringkat nasional;
  • Membantu usahawan untuk memajukan perusahaan dan meningkatkan hasil jualan produk keluaran usahawan desa;
  1. Menyediakan peluang kerja kepada warga tempatan secara tidak langsung dengan pertambahan pengeluaran produk;
  2. Membantu usahawan mengenalpasti potensi produk keluaran mereka dengan adanya bimbingan lanjutan dari program ini; dan
  3. Membantu meningkatkan pendapatan usahawan luar bandar.

Komponen program

Skop program melibatkan:

  1. Penyewaan ruang dan pemasaran di platform RBO@KPLB; dan
  2. Pemasaran produk usahawan luar bandar yang terpilih berdasarkan tiga (3) kluster iaitu makanan, fesyen dan kraf.

Proses saringan/ pemilihan

Usahawan yang mempunyai produk berpotensi akan melalui proses saringan berbentuk product pitching di hadapan panel penilai terdiri daripada wakil KPLB, Agensi Pelaksana, Pemilik Platform dan atau Pemudahcara Program.

Usahawan yang layak untuk memohon menyertai program ini hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Merupakan usahawan yang mempunyai alamat perniagaan di kawasan parlimen luar bandar yang bernaung di bawah KPLB dan/ atau agensi KPLB iaitu MARA, RISDA, JAKOA, KEMAS, FELCRA, KEDA, PERDA, KESEDAR, KETENGAH dan KEJORA;
  2. Merupakan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia; dan

iii.     Merupakan entiti perniagaan yang aktif dan telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun dari tarikh permohonan.

Usahawan-usahawan luar bandar yang berminat untuk memohon, hendaklah menghubungi  jabatan/agensi pembimbing masing-masing dan memaklumkan hasrat untuk menyertai program RBO@KPLB.

Jabatan/Agensi pembimbing akan melihat kesesuaian produk yang hendak dikomersikan dan usahawan akan dijemput hadir ke sesi product pitching yang akan diadakan mengikut keperluan pelaksanaan program.

Sila rujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) Program RBO@KPLB.

Bahagian Pembangunan Usahawan Desa

Aras 19, Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya

Telefon: +603-8891 5602

Faks: +603-8888 2341