PROGRAM PINTAR@KKDW

Pengenalan

Program bimbingan tambahan bekonsepkan Community Social Responsibility (CSR) yang diberikan secara percuma kepada kepada calon-calon peperiksaan UPSR dan SPM yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah (B40, Miskin dan Miskin Tegar) terutamanya di luar bandar serta mempunyai penguasaan akademik yang sederhana dan lemah. Program ini memberi tumpuan kepada mata pelajaran teras untuk UPSR dan SPM.

Program ini merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu para ibu bapa khususnya di luar bandar untuk mengurangkan beban kos pembelajaran sekaligus dapat membantu mengurangkan bebanan kos kehidupan mereka. Program Pintar Harapan@KKDW 2019 ini juga akan turut melibatkan pelbagai bentuk aktiviti termasuk Kelas Tuisyen, Kursus Teknik Menjawab, Bengkel Ilmu, Seminar Kecemerlangan, Program Mentoring, Program bantuan alat tulis dan buku latihan.

Pelaksanaan program ini juga turut menerapkan elemen insaniah seperti Program Motivasi, Jati Diri, melalui penglibatan secara terus ibu bapa dan pihak syarikat korporat.

Agensi Pelaksana

  • Yayasan Pelajaran MARA (YPM), KESEDAR, KETENGAH, KEJORA, KEDA, dan PERDA.

Maklumat Tambahan

BILPROGRAMMAKLUMAT PROGRAMPERUNTUKAN (RM)
1.Program Pintar@KPLB
  • Program inisiatif Kerajaan membantu ibu bapa berpendapatan rendah di luar bandar dalam membantu mengurangkan kos pembelajaran tambahan seterusnya mengurangkan bebanan kos hidup dalam memberi bimbingan tambahan secara percuma kepada calon-calon SPM dan UPSR.
  • Berkonsepkan Corporate Social Responsibility (CSR) Agensi-agensi di bawah KPLB sebagai agen pelaksana serta penglibatan pihak swasta dan korporat.

 

Tiada