SOALAN LAZIM EKSPO TVET@KKDW 2026
Ekspo TVET@KKDW 2026, boleh jelaskan secara ringkas mengenainya?
Ekspo TVET@KKDW 2026 merupakan acara tahunan berskala nasional bagi mempromosikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah KKDW. Penganjuran acara ini selaras dengan aspirasi Dasar TVET Negara 2030 yang meletakkan TVET sebagai pilihan utama kerjaya dan pendidikan negara.
Sebagai edisi ke-8, ekspo ini berfungsi sebagai medium utama untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya generasi muda, agar melihat TVET bukan sekadar alternatif, tetapi sebagai laluan kerjaya berprestij setara dengan pendidikan akademik.
Ekspo ini dianjurkan melalui kerjasama strategik antara KKDW, agensi dan institusi TVET di bawahnya, Kerajaan Negeri Selangor serta Majlis TVET Negara (MTVET), sejajar dengan usaha memperkukuh ekosistem TVET secara menyeluruh.
Selari dengan Teras Strategik E (TVET Pilihan Utama Kerjaya) dalam Dasar TVET Negara 2030, penganjuran ini memberi penekanan kepada:
- Promosi berimpak tinggi (Strategi E1);
- Membina jenama TVET Kebangsaan (Strategi E2);
- Memantapkan imej TVET (Strategi E3); dan
- Memperkasa bimbingan kerjaya (Strategi E4).
Apakah objektif penganjuran Ekspo TVET@KKDW 2026?
Objektif penganjurannya Ekspo TVET@KKDW 2026 adalah seperti berikut:
- meningkatkan keterlihatan serta mempromosikan program, bidang pengajian dan peluang latihan kemahiran yang ditawarkan oleh agensi dan institusi TVET di bawah KKDW kepada masyarakat;
- menyediakan platform interaksi secara langsung dan inklusif antara masyarakat bandar dan luar bandar dengan institusi TVET di bawah KKDW bagi mendapatkan maklumat berkaitan program pengajian, kemasukan dan peluang kerjaya; dan
- memperkukuh jaringan strategik dan sinergi antara kerajaan, institusi TVET, industri serta pihak berkepentingan dalam memperkasa agenda TVET nasional.
Apakah Tema Ekspo TVET@KKDW 2026
Tema Ekspo TVET@KKDW 2026 adalah “Pilihan Kemahiran Anda”.
Apakah institusi pendidikan TVET yang terlibat dalam Ekspo TVET@KKDW 2026
Penganjurannya melibatkan kerjasama 281 institusi pendidikan TVET di bawah tujuh (8) agensi utama Kementerian ini, seperti berikut:
- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS);
- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA);
- Majlis Amanah Rakyat (MARA);
- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA);
- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA);
- Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA);
- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH); dan
- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA Berhad).
Manakala, Institusi Pendidikan TVET@KKDW yang terlibat adalah seperti berikut:
- TVETMARA
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL);
- German-Malaysian Institute (GMI);
- GIATMARA;
- Akademi Kemahiran KEMAS (AKK);
- Pusat Latihan JAKOA;
- Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM);
- Kolej RISDA;
- Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH);
- Kolej KEDA;
- Kolej KETENGAH; dan
- Kolej FELCRA.
Bila dan di mana Ekspo TVET@KKDW 2026 diadakan?
Ekspo TVET@KKDW 2026 akan diadakan secara hibrid mulai 23 – 25 Oktober 2026 (Jumaat – Ahad), bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam, menerusi platform seperti berikut:
- Secara fizikal: Stadium Sungai Besar, Sungai Besar, Selangor
- Secara dalam talian:
- Portal ekspo TVET@KKDW 2026 (https://www.rurallink.gov.my/ekspotvetkkdw-2026/); dan
- Media sosial rasmi KKDW seperti:
- Facebook (https://www.facebook.com/kkdwofficial/);
- Instagram (https://www.instagram.com/kkdw_gov/?hl=en);
- X (Twitter) (https://x.com/kkdw_gov);
- Youtube (https://www.youtube.com/channel/UCYzgeOAevyLcQIablPEj5Ug);
- Tik Tok (https://www.tiktok.com/@kkdw_gov); dan
- Threads (https://www.threads.com/@kkdw_gov)
Apakah aktiviti-aktiviti menarik dalam Ekspo TVET@KKDW 2026?
Pelbagai pengisian aktiviti yang menarik dalam Ekspo TVET@KKDW 2026 seperti berikut:
| ZON | PENGISIAN | AKTIVITI |
| 1 | PAMERAN & DEMONSTRASI |
|
| 2 | PERTANDINGAN INOVASI & KEMAHIRAN |
|
| 3 | TVET KOMUNITI |
|
| 4 | RAKAN STRATEGIK & KERJAYA |
|
Di mana boleh diperolehi jadual program Ekspo TVET@KKDW 2026?
Jadual program dan aktiviti Ekspo TVET@KKDW 2026 sepanjang tiga (3) hari tempoh pelaksanaannya boleh dicapai seperti di pautan laman https://ekspotvet.rurallink.gov.my/
Pertanyaan/ bantuan berhubung Ekspo TVET@KKDW 2026?
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan/ bantuan, boleh hubungi pihak Urus Setia menerusi talian seperti berikut:
- Telefon: 03-8891 2213/ 2220/ 2219/ 2236/ 2218/ 2231; dan
- Alamat emel: ekspotvet@rurallink.gov.my