Menyediakan Rangka Dasar dan Strategi Makro Bagi Pembangunan Luar Bandar yang komprehensif ke arah mewujudkan kawasan luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan.
Memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program dan projek pembangunan Luar Bandar yang dilaksanakan oleh semua Bahagian/jabatan/Agensi di bawah KKLW mengikut matlamat dan dasar yang ditetapkan.
Menyediakan Rangka Dasar dan Strategi Makro Bagi Pembangunan Luar Bandar.
Merangka, menyelaras dan menilai strategi pembangunan modal insan dan menangani ketidak seimbangan sosioekonomi luar bandar.
Mengumpul dan menyediakan pangkalan data yang lengkap untuk perancangan serta penilaian program/projek pembangunan KKLW.
Mengendalikan Urusan Hal Ehwal Antarabangsa mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan.
Mempromosi dan meningkatkan penglibatan pihak Agensi Kerajaan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam Pembangunan Luar Bandar.