|
Unit Dasar (D1)
- Merancang, menyelaras dan menggubal rangka dasar makro dan sektoral;
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan dasar utama negara menekankan aspek pembangunan Modal Insan, Institusi, Ekonomi, ICT dan Infrastruktur Luar Bandar;
- Menyedia dan menyelaras Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP), Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), Rancangan Tahunan dan Kajian Separuh Penggal (KSP);
- Bersama Agensi Pusat merangka dasar pembangunan desa/luar bandar melalui mesyuarat Inter Agency Planning Group (IAPG) dan Technical Working Group (TWG);
- Menyediakan serta menyelaras kertas kerja untuk pembentangan di Mesyuarat Jawatankuasa Dasar (JKD);
- Menyelaras serta menyediakan ulasan ke atas dasar-dasar sektoral pembangunan Luar Bandar dan dasar makro yang berkaitan;
- Menyelaras dan menyediakan ulasan Memorandum Jemaah Menteri dari Kementerian-kementerian lain; dan
- Focal point Kementerian bagi penyelarasan dasar-dasar kerajaan berkaitan pembangunan luar bandar serta dasar berkaitan.
Unit Data dan Analisis (D2)
- Menyedia, mengumpul dan menganalisis data dan statistik pembangunan luar bandar;
- Menyelaras dan menguruskan siling peruntukan pembangunan serta menyediakan maklumat berkaitan siling mengikut negeri, parlimen, agensi dan tahunan secara berkala;
- Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Perubahan Skop KKLW;
- Menilai dan mengkaji untuk memberi nilai tambah terhadap program-program Kementerian yang sedang dilaksanakan supaya terus releven;
- Mengenal pasti, menganalisa dan merumuskan implikasi hasil kajian dari segi dasar sebagai input untuk proses perancangan, penggubalan dan pengukuhan dasar dan strategi Pembangunan Luar Bandar;
- Focal Point KKLW Bagi Perancangan Fizikal Negara Oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); dan
- Perkongsian Pintar dengan Agensi Pusat, swasta, NGO dan lain-lain yang berkaitan.
Unit Perancangan (P1)
- Merancang, menyedia dan menggubal Pelan Perancangan Strategik yang bertepatan dengan dasar nasional;
- Mengurus dan memantau pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik;
- Menjalankan kajian semula terhadap strategi pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik;
- Mengenal pasti isu dan cabaran semasa dalam membangunkan luar bandar dan masyarakat luar bandar;
- Menyediakan kertas konsep dan blueprint inisiatif-inisiatif pembangunan luar bandar yang telah dikenal pasti;
- Menyediakan serta menyelaras kertas kerja untuk pembentangan di Mesyuarat MEXCLUB;
- Menyelaras penyediaan Key Perfomance Indicator (KPI) Kementerian dan Agensi;
- Menyelaras/memantau penyediaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) strategik KSU.
Unit Keurusetiaan (P2)
- Urusan pentadbiran dan kewangan Bahagian;
- Menyedia, menyelaras dan mengurus setia mesyuarat utama peringkat Kementerian dan Kebangsaan:
- Mesyuarat Jawatankuasa Dasar (JKD);
- Mesyuarat Penyelarasan Menteri KKLW Dengan Exco Luar Bandar (MEXCLUB);
- Menyedia dan memantau maklumbalas:
- Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri;
- Mesyuarat KSN/KSU/Ketua Perkhidmatan;
- Mesyuarat Majlis Raja-raja;
- Mesyuarat Menteri Besar/Ketua Menteri;
- Mesyuarat Majlis Tanah Negara; dan
- Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet
- Urusan berkaitan Hal-hal Parlimen
- Menyelaras penyediaan jawapan bagi pertanyaan mulut dan pertanyaan lisan;
- Menghadiri mesyuarat dengan YB Timbalan-Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar bagi penyediaan input tambahan untuk menjawab pertanyaan mulut bagi Sidang Dewan Rakyat dan Sidang Dewan Negara;
- Menghadiri mesyuarat berkaitan urusan Parlimen yang diadakan oleh Bahagian Pentadbiran Am Kementerian.
- Menyedia titah Yang Di-pertuan Agong
Unit Perhubungan Antarabangsa (P3)
- Menyelaras dan merancang serta menyelaras program KKLW di peringkat antarabangsa;
- Mengendali dan menyelaras isu-isu pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di peringkat antarabangsa khususnya di bawah kerjasama ASEAN (pelbagai hala) dan dua hala;
- Focal point bagi AMMRDPE, SOMRDPE, AARDO, dan CIRDAP;
- Focal point penyelarasan aktiviti berkaitan ICT luar bandar di peringkat ASEAN;
- Menyelaras penyertaan peserta Malaysia dalam kursus/seminar antarabangsa dalam bidang pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan;
- Mengurus dan menyelaras lawatan-lawatan peringkat Menteri dan pegawai dari luar negara termasuk memberi taklimat umum mengenai KKLW; dan
- Mengurus dan menyelaras lawatan-lawatan peringkat Menteri dan pegawai Kementerian ke luar negara.
|