Latar Belakang
Latar Belakang
  • Pada tahun 2004 mula dikenali sebagai Bahagian Perancangan Strategik. Ia berperanan merancang pembangunan luar bandar yang menyeluruh meliputi aspek-aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial dan kemanusiaan ke arah meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat luar bandar.
  • Di samping itu, turut bertindak sebagai ‘Unit Perancangan Ekonomi’ dan ‘Unit Penyelarasan Pelaksanaan’ (ala Agensi Pusat) kepada kementerian dalam hal-hal perancangan makro, menyelaras pelaksanaan dasar serta pengagihan peruntukan pembangunan (siling) projek-projek kementerian secara menyeluruh.
  • Bahagian Perancangan Strategik terdiri daripada 5 Unit:

    • Unit Dasar;
    • Unit Data dan Analisis;
    • Unit Perancangan;
    • Unit Keurusetian dan Pentadbiran;
    • Unit Perhubungan Antarabangsa.
  • Jumlah perjawatan keseluruhan Bahagian Perancangan Strategik pada masa ini adalah sebanyak 33 jawatan: (Diisi-27 dan Kekosongan-6)

 

Visi

Rancangan pembangunan luar bandar yang komprehensif dan mapan


Misi

Menyediakan perancangan strategik pembangunan luar bandar yang berkualiti melalui penggunaan sumber-sumber secara optima


Piagam Pelanggan

KAMI BERJANJI AKAN SENTIASA MEMASTIKAN SUPAYA:

  • Ulasan Kertas Jemaah Menteri akan diberi dalam tempoh 2 minggu;
  • Maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri akan diberi dalam tempoh 3 hari bekerja;
  • Dokumen Rancangan 5 Tahun, Kajian Separuh Penggal dan Rancangan Jangka Panjang Kementerian disediakan dan dibentangkan kepada pengurusan dalam tempoh seminggu sebelum tarikh yang ditetapkan oleh agensi pusat;
  • Menyediakan KPI Tahunan Kementerian pada Januari tahun pelaksanaan dan pembentangan prestasi pencapaian KPI pada Jun dan Disember tahun pelaksanaan;
  • Penyediaan draf pertama kertas kerja mengenai dasar baru atau isu yang spesifik yang diarahkan oleh pihak pengurusan disiapkan dalam tempoh 3 minggu atau mengikut jadual yang ditetapkan; dan
  • Mengemaskini dan menyediakan buku perangkaan makro dua tahun sekali.

 

 
myGOV e-KL MAMPU JKJR SME Info Portal Anakku Sayang PEMUDAH Institut Intergrasi Malaysia

image




image
Hakcipta Terpelihara 2012 © Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dasar Privasi | Keselamatan | Penafian
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1280 x 1024