Objektif
Objektif Bahagian Kesejahteraan Rakyat(BKR) ialah untuk membantu usaha-usaha Kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan dan membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar negara serta meningkatkan mutu kehidupan golongan miskin di luar bandar selaras dengan dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan dan pembangunan luar bandar. Hasrat ini akan dapat dicapai melalui :
- Peningkatan keupayaan Agensi Pelaksana dalam tugas-tugas perancangan, pengawasan, pengesanan dan penilaian serta penyelarasan di semua peringkat dalam pelaksanaan Program-Program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR);
- Mempastikan supaya projek-projek SPKR mencapai matlamat yang ditetapkan dengan bantuan benar-benar sampai kepada kumpulan sasar melalui pengawasan, pengesanan dan penyelarasan yang berkesan; dan
- Peningkatan penglibatan dan sumbangan Badan Bukan Kerajaan dan Swasta dalam program pembasmian kemiskinan supaya selaras dengan matlamat mewujudkan masyarakat penyayang.