Program Taman Asuhan Kanak-kanak

 

Konsep

Program ini menyediakan kemudahan fizikal iaitu bangunan TASKA dan peralatan di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk miskin tegar dan mempunyai anak-anak yang masih kecil. Pelaksanaan program ini adalah secara sinergi dengan program KEMAS yang menyediakan tenaga pengasuh terlatih dan operasi harian TASKA.

Menyediakan kemudahan pembelajaran kepada anak-anak golongan kumpulan sasar bagi mendapatkan asuhan dan pra-pendidikan yang baik bagi membolehkan ibu-ibu melaksanakan aktiviti menambah pendapatan keluarga.

Kumpulan Sasar

Keluarga miskin tegar yang mempuyai anak-anak berumur 1-4 tahun yang tinggal di penempatan:

  • Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)
  • Program Bersepadu Desa Terpencil (PROSDET)
  • petempatan masyarakat Orang Asli
  • kampung-kampung yang mempunyai bilangan penduduk miskin tegar

Komponen Dan Kadar Bantuan

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi menyediakan bangunan dan peralatan baru serta bantuan pemulihan bangunan dan peralatan sedia ada.

Bil

Komponen Program

Sub Komponen

Negeri/Wilayah

Anggaran Kos (RM)

1.

Bangunan

Pembinaan Bangunan

Semenanjung:
Sabah & Sarawak & Labuan

150,000
170,000

2.

Peralatan

 

Semenanjung:
Sabah & Sarawak & Labuan

20,000
26,000

3.

Baikpulih bangunan dan gantian peralatan yang lama

 

Semenanjung:
Sabah & Sarawak

Kos sebenar

 

Kaedah Pelaksanaan

  • Program dilaksana secara sinergi dengan program KEMAS.
  • Pembinaan bangunan TASKA dilaksanakan oleh Unit Khidmat Teknikal, KKLW
  • Peralatan, tenaga pengasuh dan operasi harian dilaksanakan oleh KEMAS.