Inisiatif

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)

[Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)]
[Program Latihan Dan Bimbingan Usahawan]
[Program Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/Kilang Industri Luar Bandar]
[Program Pemasaran Dan Promosi]
[Program Pertanian Komersial Dan Pelancongan Desa]
[Program Pembangunan Ekonomi]

Program Pembangunan Perusahaan Luar Bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

Objektif Skim

  • Meningkatkan bilangan pengusaha Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang;
  • Meningkatkan perusahaan yang diceburi oleh pengusaha Bumiputera luar bandar supaya lebih berdaya maju, berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai komitmen yang tinggi;
  • Menyediakan kemudahan pinjaman kepada pengusaha Bumiputera luar bandar bagi membantu memula dan meningkatkan bidang ekonomi di luar bandar;
  • Menyediakan skim pinjaman tanpa cagaran dengan kadar bayaran balik yang rendah; dan
  • Meningkatkan penglibatan pengusaha Bumiputera luar bandar dalam bidang-bidang ekonomi luar bandar yang lebih berpotensi dan berdaya maju bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dari kalangan penduduk luar bandar.

 

Agensi Pelaksana

  • Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) - bagi pembiayaan yang melibatkan industri pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan desa; dan
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (BKRM) - bagi pembiayaan yang melibatkan industri pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan desa.

 

Ciri – Ciri Skim

Konsep Pembiayaan

  • Pembiayaan berlandaskan konsep Syariah (Ijarah Thummalbai, Bai' Bithaman Ajil, Bai' Dayn dan Al Qardhul Hassan).

 

Tujuan Pembiayaan

  • Pembelian mesin/peralatan yang akan membantu memajukan perniagaan/perusahaan yang diceburi;
  • Pinjaman modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah; dan
  • Pinjaman untuk mengubahsuai atau menaik taraf premis perniagaan/perusahaan.

 

Had Pembiayaan

  • RM20,000.00 - RM250,0000.00 (bagi pengusaha yang telah beroperasi kurang dari 3 tahun);
  • RM250,000.00 - RM500,000.00 (bagi pengusaha yang beroperasi lebih dari 3 tahun); dan
     
  • Pembiayaan dibenarkan sebanyak 3 kali dengan syarat :

  • i. Tidak melebihi had maksimum kelayakan pemohon;
    ii. Permohonan selepas tempoh satu tahun daripada kelulusan pinjaman pertama atau kedua;
    iii. Perniagaan beroperasi baik dan menunjukkan prestasi meningkat; dan
    iv. Pinjaman pertama dan kedua tiada tunggakan dan dibayar mengikut jadual.

 

Tempoh Bayaran Balik Pinjaman

  • 3 hingga 5 tahun (pinjaman RM250,000.00 ke bawah); dan
  • 5 hingga 7 tahun ( (pinjaman RM250,000.00 - RM500,000.00).

 

Tempoh Pernafasan (Grace Period)

Bayaran pokok selama 6 bulan mulai dari tarikh pengeluaran pinjaman.

Pemberian Geran

Pemberian geran akan dipertimbangkan kepada peminjam yang mendapat pembiayaan RM250,000.00 ke bawah dan memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Telah menjelaskan bayaran balik pinjaman sebanyak 70%;
  • Tiada tunggakan dan bayaran balik pinjaman tidak melewati tarikh yang ditetapkan;
  • Prestasi perniagaan yang baik selepas pembiayaan SPED; dan
  • Pemberian geran adalah terhad kepada pinjaman SPED yang pertama sahaja.

 

Kadar Bayaran Perkhidmatan

  • 5% setahun berasaskan baki pinjaman.

 

Skop Pembiayaan

  • Industri Pembuatan
  • Pertanian Komersial
  • Industri Perkhidmatan
  • Pelancongan Desa

 

Pinjaman Yang Tidak Dibiayai

  • Perusahaan/perniagaan bidangan besar seperti projek cari gali petroleum/galian, projek perumahan dan perhotelan;
  • Pembelian aset tetap untuk tujuan dijual semula atau untuk disewakan seperti pembelian tapak perusahaan/tanah, kedai dan kilang/bengkel dan kenderaan;
  • Pembelian kenderaan-kenderaan untuk tujuan pengangkutan awam;
  • Pinjaman untuk membayar hutang;
  • Pinjaman bagi tujuan penternakan ayam;
  • Pinjaman untuk membina bangunan perniagaan / perusahaan yang baru; dan
  • Aktiviti di luar syariah dan di luar skop pembiayaan.

 

Syarat – Syarat Memohon

  • Perniagaan / Perusahaan dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera;
  • Perniagaan / Perusahaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
  • Keutamaan kepada perusahaan/perniagaan bertempat di luar bandar;
  • Pengusaha menjalankan perniagaan/perusahaan sepenuh masa;
  • Premis perniagaan berasingan daripada premis kediaman;
  • Pengusaha atau syarikat yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank atau institusi kewangan serta lain-lain dana Kerajaan melebihi RM250,000.00. Walau bagaimanapun, SPED boleh membiayai sekiranya pinjaman tersebut telah selesai dibayar sekurang-kurangnya 75%;
  • Menepati peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan termasuk Kod Amalan Kebersihan Makanan dan Pembuangan Sisa Industri, Akta pencemaran Alam Sekitar dan sebagainya.
  • Perniagaan yang dijalankan adalah berdaya maju; dan
  • Had umur peminjam tidak melebihi 60 tahun.

 

Cagaran

  • Mesin/peralatan yang dibiayai diberi berdasarkan perjanjian dan mesin/peralatan akan menjadi cagaran kepada peminjam.

 

Insurans

  • Peminjam dikehendaki mengambil polisi insurans ke atas mesin/peralatan bagi sepanjang tempoh pinjaman; dan
  • Bagi pinjaman bukan mesin, syarat mengambil polisi insurans akan ditentukan mengikut keperluan seperti insurans nyawa.

 

Kos Setem Dan Guaman

  • Agensi Pelaksana akan mengenakan pembayaran cukai setem atas Surat Perjanjian atau dokumen lain dan bayaran guaman yang berkaitan berdasarkan kadar yang standard dan munasabah; dan
  • Syarat-syarat tambahan lain yang dikenakan dari semasa ke semasa.

 

Pengeluaran Wang Pembiayaan

  • Agensi Pelaksana akan mengeluarkan pinjaman setelah peraturan-peraturan dan syarat-syarat berikut dipatuhi:
  • Menyempurnakan Surat Perjanjian Pinjaman;
  • Mengemukakan invois-invois pembelian dan sebagainya yang sah dibuat atas nama bank;
  • Menerima tawaran beserta syarat-syarat dan peraturan dinyatakan di dalam seperti mana yang Surat Tawaran;
  • Mengesah penerimaan mesin/peralatan melalui dokumen Certificate of Acceptance and Satisfaction;.
  • Mengemukakan nota/polisi insurans Comprehensive/ All Risk;.
  • Mengemukakan bayaran guaman dan kos yang berkaitan di dalam penyediaan, pendaftaran, duti stem dan perbelanjaan lain ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan; dan
  • Mematuhi lain-lain syarat kelulusan.

 

Jawatankuasa Pelaksanaan Skim

Permohonan diproses melalui 2 peringkat Jawatankuasa :

  • Jawatankuasa Penilai Teknikal – diurus setiakan oleh Bank; dan
  • Jawatankuasa Tertinggi SPED – diurus setiakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

 

Tatacara Permohonan

  • Tatacara Permohonan SPED adalah seperti berikut:
  • Menggunakan Borang Permohonan SPED yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat/ Cawangan Bank Pelaksana atau di KKLW;
  • Panduan bagi mengisi borang dan penyediaan kertas kerja disertakan bersama-sama dengan borang permohonan; dan
  • Borang permohonan sebanyak dua (2) salinan yang telah dilengkapi bersama-sama kertas kerja dan dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan seperti berikut:
  • SET PERTAMA dikemukakan kepada KKLW untuk penyemakan pematuhan dasar, syarat dan skop pembiayaan.

    SET KEDUA dikemukakan kepada Agensi Pelaksana iaitu Bank untuk penilaian teknikal pengurusan, pemasaran, kewangan dan daya maju projek.

  • Permohonan akan diproses setelah borang dan kertas kerja projek diisi dengan lengkap; dan
     
  • Sekiranya permohonan tidak lengkap, satu tempoh 30 hari akan diberikan untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Selepas tempoh tersebut, permohonan tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berminat.

 

Keputusan Permohonan

  • Permohonan yang dilulus akan dimaklumkan oleh Agensi Pelaksana, manakala yang tidak dipertimbang akan dimaklumkan oleh KKLW;
  • Permohonan yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pinjaman dengan Agensi Pelaksana; dan
  • Pengeluaran wang pinjaman dibayar terus oleh pihak Agensi Pelaksana kepada pembekal.

 

Borang dan Panduan Berkaitan

Panduan Ringkasan Kertas Kerja
Senarai Dokumen Dikemukakan Bersama Permohonan

Borang SPED Muka Depan
Borang SPED Muka Belakang

 

 

 Nota :

Semua jadual di atas adalah dalam fail "Portable Document Format" (PDF). Untuk membaca dokumen-dokumen tersebut, anda memerlukan perisian Acrobat Reader, yang boleh didapati secara percuma dengan klik di sini :  
 

 
  Pautan  
 
infodesa Pemudah SME Info Public Complaint Bureau Mampu MSC MyGov MyId MyIdeas JKJR IIM SPA SPR MICCOS PMSPK KSN PRPM
RTC
 
     

 


image




image
Hakcipta Terpelihara 2012 © Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dasar Privasi | Keselamatan | Penafian
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1280 x 1024