Elektrik

 

Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)

[Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)]
[Sistem Alternatif A]
[Sistem Alternatif B]
[Sistem Alternatif C]

Tujuan



Program BELB dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumah-rumah di kampung-kampung tradisional di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara termasuklah rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman negeri Sabah dan Sarawak, perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia, perkampungan di pulau-pulau serta penempatan di estet-estet kecil berkeluasan kurang dari 400 hektar (kurang 1,000 hektar).

 

Program BELB dilaksanakan melalui 2 kaedah: pertama melalui kaedah sambungan talian grid dari punca-punca bekalan Pihak Berkuasa Elektrik Negeri (PBEN) iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi Semenanjung Malaysia, Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) bagi negeri Sabah dan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCo) bagi negeri Sarawak. Bagi kawasan-kawasan pedalaman yang tidak kesampaian serta tidak ekonomik untuk disambung menggunakan talian grid akan diberi bekalan elektrik menggunakan kaedah alternatif seperti solar, set generator, solar hibrid dan sebagainya.

Mulai tahun 1998, Kerajaan telah menubuhkan tabung Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK). Dana akaun ini disumbangkan oleh semua Penjana Kuasa Bebas (IPP) yang beroperasi di Semenanjung Malaysia. 60% daripada tabung akaun ini dibelanjakan bagi melaksanakan program BELB (di bawah KKLW, TNB dan sebagainya.)

Dengan adanya tabung AAIBE, semua projek BELB talian grid serta projek solar hibrid di Semenanjung Malaysia dibiayai menggunakan peruntukan tersebut. Peruntukan pembangunan BELB Semenanjung Malaysia digunakan untuk membiayai pelaksanaan projek alternatif lainnya, kos operasi dan penyenggaraan projek alternatif (selain solar hibrid), kos pemasangan projek LJK, kos operasi dan penyenggaraan LJK serta kos khidmat perunding. Lebihan peruntukan sekiranya ada dipindah ke negeri Sabah serta Sarawak bertujuan mengimbangi jurang ketidaksamaan liputan di antara Semenanjung dengan kedua-dua negeri tersebut.

Sambungan Talian Grid

Skop

  • Pembinaan infrastruktur ke had maksima talian penghantaran voltan 33kv
     
  • Pembinaan stesen pencawang dan stesen jana elektrik diesel luar bandar 
     
  • Penyambungan talian bekalan voltan rendah ke kampung-kampung dan rumah
     
  • Peningkatan sistem dan kualiti bekalan dari 12 jam kepada 24 jam
     
  • Pendawaian elektrik dalam rumah adalah diluar skop

Kriteria Pemilihan

  • Keutamaan diberi kepada kampung-kampung yang mempunyai bilangan rumah yang banyak, terdapat rumah baru serta mempunyai kemudahan awam seperti sekolah dan klinik;
     
  • Kos purata sebuah rumah hendaklah tidak melebihi RM25,000.00. Jika melebihi kos purata itu, pertimbangan secara berasingan akan dibuat berdasarkan bilangan penduduk.
     
  • Bagi penempatan baru, sekurang-kurangnya 30% daripada bilangan lot telah didirikan rumah dan didiami. Walaubagaimanapun, kelonggaran syarat boleh diberi berdasarkan faktor-faktor tertentu.
     
  • Bagi kawasan-kawasan perumahan yang dimajukan oleh pihak swasta atau Agensi-agensi Kerajaan adalah tidak termasuk dalam kriteria ini.